SPECIAL CHAPTER I 🍪

12.3K 369 27
                                    

Selesai menyiapkan kelengkapan anak keduanya, Razia terus bersiap untuk ke kolej. Selepas Razia selamat melahirkan anak keduanya, Razia terus mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya ke peringkat yang seterusnya. Harith juga tidak kesah, sebaliknya Harith jugalah yang menyokong segala keputusan isterinya.

"Abang boleh ke jagakan Yaya dengan Riyaz kat rumah sorang-sorang?" tanya Razia serbasalah. Risau membebankan suaminya pula.

"Boleh sayang... Daripada Yaya lahir sampailah Riyaz keluar, abang memang dah pro bab-bab ni. Lagipun, Yaya behave kan? Yaya boleh tolong babah jagakan adik kan?" tanya Harith ke arah anak sulungnya. Nama Yaya adalah singkatan daripada Noor Hidayah. Kata Harith tak perlu nama yang gempak pun, sekadar baik maknanya sudah cukup memadai. Dan sekarang Yaya sudah berusia tiga tahun, manakala Muhamad Riyaz pula berusia sepuluh bulan.

"Yaya budak baik la. Kan umi kan?" Mata dikedipkan beberapa kali.

"Ya awak memang budak baik... Tapi ingat ya, jangan nak main tepung kat dapur tu. Kalau umi dapat tahu Yaya main tepung, siap Yaya..." pesan Razia garang.

Kadang tu sampai naik hairan Razia dengan kelaku anak sulungnya itu. Suka sangat main dengan tepung kat dapur tu. Katanya nak belajar buat cookies. Tak lain tak bukan, mesti terpengaruh dengan watak Yaya dalam kartun Boboiboy tu. Haila, Yaya, Yaya...

"Mana ada Yaya main tepung. Kan babah kan?" Lengan Harith digoncang-goncang. Cubaan meminta bantuan daripada Harith pula.

"Entah, cuba awak tanya Riyaz. Riyaz kakak awak ni suka main tepung ke tidak?" tanya Harith ke arah anak bongsunya yang berada dalam dukungannya itu. Seperti biasa, Riyaz memang tidak akan membalas apa-apa.

Yaya muncungkan mulutnya! Semua orang tak percaya dengan dia. Hmp majuk!

"Razia gerak dulu abang. Kalau ada apa-apa call Razia tau." Tangan suaminya ditarik untuk disalam.

"Baik, elok-elok bawa kereta tu sayang..." pesan Harith lembut. Setelah bayangan kereta uminya hilang dari pandangan, Yaya terus mendongak melihat Harith.

"Babah jom kita main tepung," ajak Yaya tanpa rasa serbasalahnya. Tangan kiri Harith ditarik-tarik.

"Budak ni... Kalau umi awak dapat tahu macam mana? Babah taknak masuk campur. Nanti umi awak bertukar jadi singa. Fuh, seram..."

Yaya cebirkan bibirnya. "Ala... jomlah babah. Yaya promise Yaya tak buat sepah. Yaya ada resipi baru. Jomlah babah," ajak Yaya masih tidak putus asa.

Harith tarik nafas panjang. Kalau tak diikutkan nanti, mulalah merajuk. Perempuan macam ginilah.

"Kalau umi awak tahu, nak cakap salah siapa?" tanya Harith.

"Calah Riyaz!" Mudah Yaya membalas. Tak menunggu lama Yaya terus berlari meninggalkan Harith yang terkebil-kebil disitu.

Nafas dihela. "Riyaz dah besar nanti, jangan jadi macam kakak tau, letih babah nak menjaganya..."

                                  _____•_____

Usai menidurkan Riyaz, maka bermulalah misi dua beranak itu. Dari tadi, Yaya hanya mengarah. Yang nak kena siapakan segala bahan-bahannya, Harith. Sedap pula dia jadi big boss disitu.

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now