BAB 01 (edited)

15.1K 447 4
                                    

Derapan langkah kaki perlahan-lahan menyelusuri kebun yang seluas satu ekar itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Derapan langkah kaki perlahan-lahan menyelusuri kebun yang seluas satu ekar itu. Dengan berhati-hati, kayu yang sepanjang dua meter itu dicapai. Diletakkan dengan penuh cermat sebelum dimulakan misinya. Peluh yang menitik-nitik di dahinya diseka seketika.

"Sikit lagi tu... cepatlah," desak Mirza disisi.

"Sabarlah! Kau ingat senang ke nak buat? Kau main mengarah memang la senang. Yang nak kena buatnya aku!" rungut si Malik.

"Ish! Jangan nak bergaduh bergaduh boleh tak? Nak bergaduh tunggu balik asrama nanti. Sekarang kita kena cepat sebelum..." Belum sempat Razia menyambung kata-katanya, pantas dicelah dengan satu suara garang.

"Hoi! Kau orang buat apa haa kat dalam kebun aku tu? Bertuah punya budak-budak!" jerit seorang lelaki dalam lingkungan 50-an. Dihalakan lampu suluh ke arah wajah mereka bertiga.

"Oh my god! Kita dah terkantoi!" bisik Razia cemas. Terbeliak mata masing-masing bila mana tuan empunya kebun sudah menyinga disitu. Masing-masing telan liur sambil perlahan-lahan kaki mengundur beberapa tapak ke belakang. Cubaan untuk melarikan diri.

"Lari la! Tunggu apa lagi?!" jerit Mirza kuat. Dengan larian sepantas kilat, Mirza mula berlari meninggalkan kawasan. Ditinggalkan sahaja buah mangga yang dipetik sebentar tadi. Bukan sahaja buah mangga yang ditinggalkan, dengan kawan-kawan dia sekali ditinggalnya kebelakang.

Malik dan Razia disitu masih terpinga-pinga. Huh? nak kena buat apa ni?

"Lari Razia!" arah Malik tegas. Malik yang baru sahaja nak buka langkah seribu automatik mati langkahnya tatkala melihat Razia.

Razia gelengkan kepala. Dengan selamba, dia mula mencangkung semula. Dikutip satu persatu buah mangga yang dipetiknya tadi. Ish, kita dah petik penat-penat takkan nak biarkan gitu aje? Membazir namanya.

Malik sudah garu kepala. Ditariknya hujung tudung Razia, sehingga menyenget kepala Razia. Geram!

"Malik! Tudung aku jangan buat main. Tak memasal buah mangga ni aku sumbat dalam lubang hidung kau!" Keras suara Razia memberi amaran, pakej dengan dengusan geram. Tudungnya yang senget tadi dibetulkan sedikit.

"Eh, Razia, kau tak nampak ke pakcik tu kat depan sana? Selamba badak kau aje mengutip buah dia," marah Malik.

Razia sekadar mencebik. Eleh, tadi dia yang kemain kutip paling banyak. Sekarang nak sok-sok alim pula kat sini.

Empunya kebun itu sudah berkerut seribu dahinya. Bibirnya diketap erat. Cis, dibuatnya aku macam halimunan kat sini. Tak guna betul budak-budak zaman sekarang ni.

"Eh, kau orang jangan berani-berani nak ambil buah tu. Aku haramkan!" herdik pakcik tadi.

Razia yang sedang mengutip terkaku sebentar. Alah, dia main dengan kuasa veto pula. Benci la macam ni. Diletakkan semula buah mangga yang sudah berada dalam bajunya itu. Razia bangun dari cangkungan. Bajunya yang sedikit kotor dikibas-kibas.

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now