BAB 07

6.6K 327 7
                                    

Harith dan Faris sama-sama berlalu ke arah pantri pejabat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Harith dan Faris sama-sama berlalu ke arah pantri pejabat. Disebabkan masih awal, jadi ada baiknya mereka berhenti makan sarapan sebentar. Dah beli sepuluh bungkus, takkan tak makan pula. Membazir namanya.

Kedua mereka melabuhkan duduk di atas kitchen island disitu. Bungkusan nasi lemak tadi diletakkan di atas meja. Kebetulan disitu ada Mak Tam, yang merupakan salah seorang cleaner yang paling lama berkhidmat di pejabat mereka. Mak Tam punya leka membasuh sampai tak sedar dengan kehadiran dua jejaka itu.

Dengan senyuman nakal menghiasi bibirnya, Faris bangkit dari posisi duduknya. Sengaja dia menghalakan pergerakan kaki ke arah Mak Tam. Manakala Harith pula hanya memerhati dalam diam.

"Mak Tam!" sergah Faris dari belakang.

"Ouh mak kau hitam!" Sempat lagi Mak Tam melatah. Sudu yang berada di tangannya terus terlepas dari pegangan. Dadanya diurut perlahan.

"Isy, Faris ni, nasib tak mati katak Mak Tam kat sini," cebik Mak Tam tak puas hati. Sudu yang sudah berada di lantai itu dikutip semula.

Faris mengekek ketawa disitu. Terhibur betul bila dapat mengenakan orang yang ada penyakit melatah ni. Faris kembali bersandar dengan selesa pada kerusinya sambil matanya masih terkunci ke arah Mak Tam.

"Nak minum apa-apa ke? Mak Tam boleh buatkan," pelawa Mak Tam lembut.

"Hmm, saya nak hot coffee la," pinta Faris sopan.

"Harith?" Mak Tam menyoal Harith yang hanya mendiamkan diri sedari tadi.

"Harith, bagi dia air paip aje Mak Tam." Laju Faris memintas.

Harith melemparkan satu jelingan tajam pada kawan baiknya. Isyarat yang dipenuhi dengan niat. Faris hanya mampu tersenyum kelat sambil menggaru hujung keningnya.

"Bagi saya teh suam aje..." pinta Harith lembut.

Mak Tam mengangguk dan terus menyiapkan minuman mereka berdua.

"Mak Tam, marilah makan sekali. Saya ada beli banyak ni... Tak habis nanti, membazir pula." Faris memperlawa.

Mak Tam sempat mengerling sekilas ke arah mereka. Memang banyak sungguh dibelinya.

"Beli banyak-banyak ni buat apa? Faris nak buat amal jariah kat pejabat ini ke?" sindir Mak Tam. Air yang sudah siap dibancuh tadi, dibawa dengan penuh berhati-hati ke arah meja yang diduduki mereka. Mak Tam pula sudah melabuhkan duduk di hadapan mereka berdua. Walaupun Mak Tam merupakan orang bawahan, tetapi langsung tiada tembok yang memisahkan darjat sesama mereka.

Atas atau bawah, semuanya adalah pekerja.

"Entahnya... Beli macam nak bagi saka makan sekali," tambah Harith sambil dia menyuap sesudu nasi ke dalam mulutnya. Hmm... boleh tahan sedap!

Faris mencebik disitu. "Tak adalah Mak Tam... Faris memang ingat nak beli sikit aje. Tapi itulah—" Sengaja dia tak mahu menyambung kata-katanya. Risau sambung nanti, dia pula tersengih sendiri di situ. Tak fasal-fasal kena cop gila.

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now