BAB 24

5.6K 252 15
                                    

Mariam nampak sedang sibuk menconteng sesuatu di dalam buku diari pinknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mariam nampak sedang sibuk menconteng sesuatu di dalam buku diari pinknya. Hampir beberapa jam setelah yang lain pergi, Mariam masih pegun di meja belajarnya. Langsung tidak berganjak keluar dari biliknya kerana dia takut dengan mama Elmanya.

Namun, selang beberapa minit kemudian, dedaun pintu bilik Mariam ditolak kasar dari luar. Elma sudah berdiri tegak di hadapan pintu dengan wajah bengisnya.

"Sampai bila nak terperap dalam bilik ni? Dah tak reti nak keluar buat apa yang patut?" sindir Elma garang.

Mariam tersentak sedikit. Badannya dipusingkan sedikit sebelum Mariam menghela nafas pendek. "Mayam tengah buat kerja sekolah—" jawab Mariam perlahan.

Elma merengus kasar. Terus dia merempuh masuk ke dalam bilik tidur Mariam. Buku diari yang berada di atas meja belajar itu dirampas. Elma meneliti isi dalamannya. Kemudian, Elma berdecit perlahan.

"Kerja sekolah? Oh, inilah kerja sekolah kau? Menulis diari?" Segala isi dalam buku itu dibaca Elma satu persatu.

"Mayam rindu umi... Mayam taknak tinggal dekat rumah ni. Semua orang tak suka Mayam. Mayam nak umi. Mayam nak Kak Noor..." Elma mula mengajuk isi kandungan diari tersebut pakej dengan mimik muka meluat. Kemudian, diari tadi dihempaskan betul-betul di hadapan Mariam.

"Apa benda ni? Cerita sedih apa kau karang ni? Baguslah... kalau kau dah tahu semua orang tak suka kau. Jadinya apa Mariam? Jadinya, tolonglah berhambus dari rumah ni! Kau kena ingat, lepas aje anak dalam kandungan aku lahir, Harraz tak akan pandang kau dah. Kau bukan sesiapa bagi dia lagi," kata Elma sambil dia menunjal dahi Mariam.

Geram!

Cecair jernih mula menitis dari tubir mata Mariam. "Kenapa mama Elma tak suka dengan Mayam?" soal Mariam kendur.

Elma ketawa terbahak-bahak dengan soalan yang diajukan Mariam tadi. "Kau tanya aku kenapa aku tak suka kau? Jawapan dia hanya ada satu aje Mariam. Kau bukan anak kandung aku! Aku tak suka bila Harraz berbagi kasih sayang antara aku dengan kau. Kasih sayang Harraz hanya untuk aku dan anak dalam kandungan aku. Faham?!" herdik Elma geram.

Mariam menunduk dengan titisan air mata. Melihatkan itu, buatkan Elma menjadi tidak senang.

"Tak payah nak buat drama air mata dekat sini. Lap air mata kau tu. Nanti bapak kau balik, apa pula dia fikir kat aku," arah Elma dingin.

Perlahan-lahan Mariam mengesat air matanya.

"Bagus! Dah habis drama air mata kau nanti, keluar tolong aku buat kerja rumah. Kalau kau nak tahu, dalam rumah ni tak ada bibik yang nak tolong kemaskan mainan kau—" sinis Elma sebelum dia terus beransur keluar dari bilik tidur Mariam.

Mariam hanya memerhati pemergian Elma sambil sedaya upaya dia menahan air matanya. Setelah pintu ditutup, empangan air mata Mariam mula kembali pecah. Diari tersebut dibuka perlahan-lahan sebelum diusap isi kandungannya. Beberapa titis air jernih mula jatuh satu persatu di atas kertas putih tersebut.

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now