Memori Pyro

3.6K 274 35
                                    

"Ayah!,"laung Pyro sambil berlari mendepakan tangan mendekati ayahnya.

"Pyro... balik dulu. Ayah ada urusan nak diselesaikan ni,"terang ayahnya yang turut merendahkan badannya sejajar dengan anak kecilnya itu.

Dia sambil mengusap kedua-dua belah pipi anaknya sambil tersenyum sayu.

Keenam-enam rakan ayahnya yang turut berada di situ hanya mengangguk menyokong apa yang diucapkan.

"Tapi... ayah... ". Nada ucapannya mula bergelora akibat menahan tangis.

Si anak kecil kesayangan mula menitiskan air matanya yang jernih di hadapan hero hatinya.

Melihatkan anaknya yang bersedihan, timbul rasa sebak di lubuk hatinya. Namun dikentalkan juga diri dihadapan anaknya. Dia meraut wajah anaknya.

"Jangan risaulah . Ayah tak akan apa- apa. Kawan-kawan ayah kan ada nak jaga ayah?,"pujuknya serentak tangannya turut mengarah kepada enam rakannya.

Pyro melihat setiap satu wajah rakan-rakan ayahnya. Fikirnya, mungkin dia patut percayakan mereka. Lagipun... mereka kan sahabat ayah.

"Ayah janji . Selepas ayah dan kawan kawan ayah selesaikan kes ni, ayah akan belikan hadiah untuk anak kecil ayah ni. Lagipun hari jadi Pyro yang ke-6 kan dah makin dekat. Nak hadiah tak?,"luah si hero lalu mencuit pipi anaknya.

Pyro tersenyum kegembiraan mendengar janji-janji manis ayahnya. Dia menyeka sisa air matanya lalu tersenyum.

"Nak! Nak! Ayah jangan tipu tau,"kata Pyro.

Ayahnya mengangguk sambil tersenyum.

Seusai itu, ayahnya berdiri semula dan mengikuti rakannya yang sudah mula mengorak langkah meninggalkannya.

"Zakiah! Jaga anak kita baik baik. Abang mungkin balik lewat sikit." Sempat dia berpesan pada isteri tercinta.

Puan Zakiah mengangguk lalu membimbing tangan Pyro untuk membawanya masuk ke rumah.

Selang beberapa saat, keadaan tiba tiba menjadi gundah gulana. Bunyi yang riuh memecahkan suasana harmoni sebentar tadi. Angin yang tadinya tenang kini bertiup deras.

Cahaya merah terang menyilaukan mata memancar-mancar ke seluruh tempat.

Pyro menoleh ke belakang dengan matanya yang disepetkan dek kerana tiupan angin berbaur debu .

Perkara terakhir yang dapat dilihatnya sebelum keadaan kembali normal ialah... ayahnya dan enam rakannya yang lain ditarik masuk ke dalam satu lubang penuh kegelapan yang berjalur merah.

"Ayah!!"

Pyro merentap tangannya kasar supaya dilepaskan ibunya. Pyro berlari sedaya upaya untuk menyelamatkan ayahnya. Dia berlari ke arah lubang hitam tadi namun belum sempat dia mencapai tangan ayahnya, lubang kegelapan itu tertutup menelan ayahnya pergi.

Dan itulah perkara terakhir yang terdapat dalam fikirannya.

"Ayahhhh!!"

Pyro terjaga dari tidurnya. Badannya berpeluh bagai disirami air. Dia meramas rambutnya sambil menangis.

"Ayah.."butir bicaranya mula sebak.

Ini dah kesekian kalinya dia mengalami mimpi yang sama. Mimpi yang mampu membunuhnya . Mimpi yang membuatkannya merasai keperitan yang berulang.

Tetapi anehnya, wajah ayahnya tidak pernah kelihatan walaupun sudah berkali-kali mimpi ini berulang. Wajah ayahnya hanya kabur dalam memorinya.

Mungkin hal ini disebabkan ketidakhadiran ayahnya setelah sekian lama.

"Ayah...Ayah janji nak balik... . Tapi... dah lapan tahun Pyro tunggu ayah... "tangisnya.

Melihatkan jam locengnya yang menunjukkan baru pukul empat pagi, Pyro menyambung semula tidurnya tanpa mengelap air matanya terlebih dahulu.

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

"Pyro! Bangun. Kamu dah terlambat ke sekolah!"

Pyro terjaga dari tidurnya .Ahh.. sudah pagi.Mimpinya malam tadi dia sudah lupakan seperti tiada apa yang berlaku. Maklumlah, sudah kerap mimpi ini menghantuinya sehingga tak dihiraukannya lagi.

Dia segera mengambil tuala dan terus ke bilik air .

"Haish, dah berapa kali lambat. Dah berapa kali kena denda . Tapi tak serik lagi tu," keluh ibunya yang sudah bersedia di meja makan menghidangkan sarapan.

Setelah menyarungkan uniform sekolah dan mengemas buku, Pyro segera mendapatkan kasutnya.

"Hei, sarapan dulu lah, "tegur ibunya

"Dah tak sempat ibu , dekat sekolah nanti Pyro beli lah apa- apa makanan,"jawab Pyro tanpa melihat ibunya.

Selesai menyarungkan kasut, dia pergi ke arah ibunya untuk bersalam . Pyro melihat jam tangannya. Dia sedar lagi 5 minit perhimpunan akan bermula.

Dia menurunkan papan luncurnya dan bergerak laju ke sekolah

Sedang dia bergerak pantas, dirinya terasa diikuti dari belakang . Dia berasa seperti tidak sedap hati lalu menoleh ke belakang dan ternampak seorang gadis menunggang basikal di belakangnya.

Oh Aqua!

"Eh Aqua, kau pun lambat juga ke?,"sakat Pyro .

Aqua tidak menjawab soalannya. Malah memberi jelingan maut kepadanya. Dalam masa kurang sesaat, tiba-tiba mukanya menjadi pucat dan menjerit...

"Pyro! Lori didepan!,"jerit Aqua

Pyro menoleh ke depan dan terlihat lori kontena tersadai di hadapan matanya . Pyro hanya menutup mata dan berharap dirinya selamat. Sempat juga dia menjerit ala-ala heroin Hindustan.

Namun, tiba-tiba dia melambung ke udara dan melintasi lori itu . Pyro meraba-raba tubuhnya tak mempercayai dirinya yang masih selamat.

Rupa rupanya itu disebabkan pertolongan Geo . Dia telah membuat satah condong menggunakan unsur tanahnya supaya Pyro melambung ke udara .

"Fuh, terima kasih," ujar Pyro sambil memandang ke arah Geo yang menaiki basikal . Dia melayangkan sebaris senyuman kerang busuknya kepada Geo.

"Itulah , kau asyik cuai je . Pandang depan lah, aku taknak tolong kau lagi kalau ada lori mahupun kapal selam ada di depan nanti,"kata Geo kemudian mengayuh laju basikalnya meninggalkan Pyro di belakang.

Mereka bertiga akhirnya tiba di hadapan pagar sekolah setelah meredah hutan dan menaiki jambatan di persimpangan jalan sekolah .

"Heh Pyro.Lambat lagi? Dan oh kali ini kau bawa kawan pula sama-sama lambat ke sekolah?,"sindir Windy yang mengawasi pagar.

Pada setiap hari Isnin memang gadis berambut ungu inilah yang akan mengawasi pagar sekolah memandangkan dia merupakan penolong ketua pengawas sekolah.

"Aik.. Asal libatkan aku pula? Aku tadi tak jumpa kasut . Sebab tu aku lambat, nasib jumpa balik,"bantah Geo.

"Aku tak kisah dan aku taknak dengar alasan . Yang penting ,korang pergi ke bilik disiplin sekarang . Puan Yennie dah tunggu budak-budak yang lambat macam korang ni, "angkuhnya sambil menuding jari ke arah mereka bertiga.

Mereka bertiga menuntun basikal dan papan luncur mereka ke dalam tempat yang disediakan .

Aqua hanya menjelingkan mata ke arah Windy dengan geram. Dasar sombong!

"Pyro!!!"

Satu jeritan kedengaran dari bilik disiplin cukup membuatkan lamunan Aqua pecah berderai.

____________________________________
to be continued ... :)

ELEMENTOM ©️Where stories live. Discover now