Perhimpunan

2.3K 238 46
                                    

Aqua dan Geo menggigil ketakutan manakala Pyro yang berada di hadapan, hanya berjalan beriak selamba.

Melihatkan Pyro sebegitu, mereka beranggapan bahawa Pyro sudah membiasakan diri dengan situasi ini.

'Psttt... Pyro tak takut ke?,'bisik Geo cukup untuk didengari Aqua.

Aqua menjongketkan bahunya tanda tidak tahu. Berani juga Pyro ni ya. Macam berlagak pun ada juga.

Pyro menjengukkan kepala ke dalam bilik disiplin . Kelihatan Puan Yennie sedang duduk sambil membetulkan fail di rak.

Puan Yennie menyedari kehadiran Pyro. Hatinya mula mendidih sebelum menghela nafas berat. Mana tak begitu, hampir setiap hari Pyro lah orang pertama yang 'berkunjung' ke biliknya.

"Saya nak tanya... kenapa kamu lambat lagi?"

Pyro hanya diam membisu tanpa memberikan sebarang jawapan.

"Saya tanya ni... kenapa kamu lambat lagi Pyro?!"

Jeritan itu kedengaran dari arah bilik disiplin. Geo dan Aqua memecut langkah ke sana untuk melihat apa yang telah menyebabkan Pyro ditengking sebegitu.

"Kamu memang tak pernah nak datang awal. Lambat , lambat dan hari ini pun lambat! Apa alasan kamu kali ini? Rumah kamu terbakar? Kamu terbakar kasut sekolah? Atau kuasa kamu ... ,"Puan Yennie menghentikan leterannya sebaik ternampak kehadiran Aqua dan Geo.

Pyro melontarkan riak wajah yang tidak dapat dibaca. Wajahnya kelihatan tenang bagaikan tiada apa berlaku namun nampak agak ketakutan juga.

"Ibu kamu tak kejutkan kamu ke pagi-pagi? "

"Pagi-pagi biasanya ibu saya akan sibuk memasakkan sarapan sampai terlupa nak kejutkan saya,"jawab Pyro sambil tersenyum menampakkan gigi sehingga terpejam matanya.

"Ha jadi, ayah kamu pula taknak ke ambik tanggungjawab untuk kejutkan kamu? Apa salahnya duami tolong isteri?"

Jelas wajah Pyro menunjukkan bahawa dia sedikit tersentak apabila mendengar perkataan 'ayah' itu. Raut wajahnya berubah. Dia menundukkan wajahnya.

Puan Yennie tersedar atas keterlanjuran kata-katanya yang pasti telah mengguris hati Pyro.

"Err... ma-maafkan cikgu ye. Saya lupa ayah kamu dah meninggal. Maafkan saya,"pujuk Puan Yennie

"Tak apa, saya tak terasa"

Puan Yennie menarik nafas lega. Takut-takut jika dia telah tidak sengaja 'mendera mental' anak muridnya itu.

" Tapi saya pasti dia belum meninggal lagi. Saya pasti. Dia hanya hilang tetapi dia masih hidup,"balas Pyro dingin sambil wajahnya masih tertunduk ke tanah.

Puan Yennie duduk bersandar lalu menarik nafas panjang.

Belum sempat dia melafazkan ayatnya, Aqua dan Geo pun akhirnya masuk ke dalam untuk turut serta disebelah Pyro.

"Aqua? Kamu pun boleh lambat juga?"

Aqua menundukkan kepala . Dia mengangguk perlahan tanpa memandang wajah cikgu disiplinnya. Puan Yennie memang nampak seram walaupun hanya dengan melihat wajahnya.

"Haih... takpela, disebabkan ini kali pertama buat kamu.. cikgu lepaskan kamu,"alah Puan Yennie

Mendengarkan perkataan 'lepaskan' itu, Aqua segera mendongakkan kepalanya memandang wajah 'malaikat penyelamat' nya itu. Dia tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya tadi.

"Be-betul ni cikgu?"

Puan Yennie mengangguk.

"Terima kasih cikgu! Saya sayang cikgu". Aqua terlalu gembira sehingga hampir terpeluk Cikgu Yennie, namun memandang wajah Cikgu Yennie yang hanya berkerut seribu.. dia membatalkan hasratnya.

Dengan pantas, Aqua menggenggam kuat begnya lalu bergegas ke dewan.

"Terima kasih cikgu!"jeritnya sekali lagi sambil memecut jauh.

"Mana adil cikgu! Dia dilepaskan begitu sahaja . Kalau macam tu, lepaskanlah saya sekali. You need to be fair on me", bantah Geo.

Pyro pun bersetuju dengan kata kata Geo . Pyro mengangguk-anggukkan kepalanya.Dia mahukan keadilan diberikan ke atasnya juga . Aqua tidak boleh bebas sendiri. Ini tidak adil!.

"Ini baru kali pertama Aqua lambat, jadi memang dia ada kelayakan untuk pengampunan. Tapi kamu berdua sudah banyak kali dan yang paling banyak kamu lah,"sambung Puan Yennie sambil menjuihkan bibirnya ke arah Pyro.

Pyro hanya kembali mendiamkan diri dan tersenyum seperti kerang busuk. Geo pula hanya terpaku semula lalu kembali menatap lantai.

"Haih... macam-macam hal lah kamu ni. Tak apa lah , hari ini saya malas mahu menghukum kalian . Kalian boleh pergi ke dewan sekarang sebelum terlambat,"kata Puan Yennie dengan nada malas.

Mereka berpandangan sesama sendiri . Tak disangka mereka juga dapat dibebaskan . Pyro dan Geo berpeluk gembira sambil bersorak.

"Cepat ke dewan sebelum saya ubah fikiran,"amaran ringkas Puan Yennie membelah suasana.

Dengan sepantas kilat, mereka berdua tunggang-langgang berlari ke arah dewan yang kedengarannya seperti perhimpunan masih belum tamat.

Sewaktu berlari, Puan Yennie sempat melaungkan amaran kedua kepada mereka .

"This is your last chance,"laung Puan Yennie sebelum menyambung kerjanya yang tertangguh .

Setibanya di dewan , mereka bergegas ke barisan kelas masing masing .

Sejurus sahaja Pyro melebarkan punggungnya di lantai , perhimpunan telah pun tamat .

"Baiklah , murid-murid boleh balik ke kelas masing-masing mengikut barisan kelas yang disebutkan ", kata pengerusi majlis.

Pyro terasa amat geram sehingga hampir menjerit.

'Aku baru sampai! Aduh penat-penat aku jelah! Malang betul nasib aku,'monolognya yang penuh geram.

Tetapi amarahnya tidak lama apabila nama kelasnya disebut untuk mula mengambil giliran bergerak ke kelas.

Tingkatan 3 Bara

Tingkatan 3 Samudera

Tingkatan 3 Bata

Tingkatan 3 Bayu

Tingkatan 3 Aloi

Tingkatan 3 Halilintar

Tingkatan 3 Sinar

Tingkatan 3 Rimba

Tingkatan 3 Bisa

Tingkatan 3 Gempita

Tingkatan 3 Gema

Tingkatan 3 Salju

Nama barisan yang disebut,bergerak ke kelas masing masing diikuti Tingkatan 2 dan Tingkatan 1.

Sewaktu proses ke kelas berjalan lancar ,tiba-tiba kedengaran bunyi kecoh di luar dewan .

Guru-guru yang berada di dalam dewan segera keluar untuk menyaksikan apa yang sedang berlaku.

Kelihatan beberapa pelajar berkumpul membuat bulatan mengelilingi dua orang murid yang tak kelihatan wajahnya sambil menjerit dan bersorak .

"Lawan! Lawan!"

Perkataan yang disorakkan mereka membuatkan guru guru bertambah cemas dan bergegas ke tempat kejadian.

___________________________
to be continued... :)

ELEMENTOM ©️Where stories live. Discover now