Cuti

1.5K 157 0
                                    

Cuti telahpun menjelang tiba . Seminggu pula tu. Ramailah pelajar yang akan melancong ataupun setidak tidaknya pulang ke kampung . Asalkan masa yang terluang ini diisi dengan cermat.

Tetapi Izz tidak . Dia tidak ke mana mana walaupun cuti ini agak lama . Dia hanya duduk di meja belajarnya dan meneliti buku buku yang ada dirumahnya termasuklah buku bapanya.

Izz meneliti setiap muka surat buku bapanya yang bertajuk " Negara - negara". Satu persatu perkataan di tatapnya.

Negara di planet ini ada 13;

Negara ........

Negara ..........

Negara ........

Negara .........

Negara ........

Sehinggalah negara tyang terakhir

Negara ........

Khatam sudah buku bapanya . Kebosanan yang dipendam sudah tak tertahan lagi . Walaupun baru dua hari cutinya dinikmati.

Izz keluar dari rumahnya . Dia berniat untuk berjalan jalan ataupun berkawan dengan rakan rakan. Tetapi Izz bukan jenis yang ramai kawan mahupun suka bermain.

Tiba tiba satu wajah terlintas di fikirannya . Ya. Izz segera mengambil basikal dan mengayuh ke rumah pemilik wajah itu .

Kayuhannya berhenti apabila ternampak dua wajah lain yang amat dikenalinya sedang bermain dengan wajah yang dibayangkannya.

"Pyro! Dan sebelahnya itu tak salah dan tak bukan adalah Geo. Mereka bertiga bermain bola bersama??", terkejut izz dibuatnya.

Izz segera memusingkan basikalnya ke belakang . Dia berhasrat untuk pulang ke rumah . Tiba tiba namanya dipanggil dari belakang. Dia pun menoleh.

Ternyata panggilan itu datangnya dari Aqua . Aqua hanya tersenyum sambil melambaikan tangan ke arah Izz.

"Jom main dengan kami .",ajak Pyro.

Izz bertujuan ingin pulang tetapi dia membatalkan hasratnya itu . Dia menyandarkan basikalnya pada tiang elektrik di tepi padang.

"Bolehlah kita main berpasukan, satu kumpulan dua orang", terang Pyro.

"Aku dengan Geo , kau dengan Aqua",kata Pyro lagi sambil menunjukkan ke arah Izz.

Pyro memandang Geo . Geo tersenyum . Pyro pun turut begitu. Senyum ada makna tu.

Gol mereka bukannya menggunakan tiang . Tetapi dengan dua lubang yang ada di setiap hujung padang.

"Okay mula", jerit Geo lalu melemparkan bola ke udara.

Keempat empat mereka memandang bola itu dan menunggunya untuk turun. Tiba tiba satu tikar air menyambut bola itu dan membawanya ke arah Aqua. Aqua tersengih sambil memandang ke arah mereka.

Geo berlari ke arah Aqua untuk merampas bola . Aqua yang cemas mula mencampakkan bola ke arah Izz. Izz menyambut baik bola itu ketika sampai kepadanya .

Izz hanya memeluk bola itu sambil memandang Geo yang sedang berlari ke arahnya. Izz mula mengorak langkah.

Dia meluncur laju ke hadapan dengan menggunakan lantai ais nya. Senang sahaja dia membolosi halangan Geo. Kini tinggal Pyro yang berada hampir dengan lubang di hujung kiri.

Pyro menembak api ke arah Izz tetapi Izz mengelak dengan lincah. Pyro menembak api ke arah lain pula. Rupanya target Pyro bukanlah Izz lagi, tetapi lantai aisnya.

Izz jatuh tersembam apabila ais dikakinya cair. Bola dirampas Pyro dan dicampakkan ke arah Geo . Geo melompat dan menghilangkan diri dibawah tanah bersama bola.

Aqua memandang ke sekeliling mencari Geo. Tiba tiba Geo muncul di tepi lubang. Bola itu dengan perlahannya di masukkan ke dalam lubang. Geo hanya tersenyum memandang Aqua.

"Main taktik kotor boleh lah", kata Aqua sambil menepuk bahu Geo.

Hari kian senja , Izz pun meminta izin untuk pulang. Dia naik ke atas basikalnya dan mengayuh laju ke rumah. Dia memalingkan kepalanya memandang mereka bertiga dan tersenyum .

"Terima kasih", ucap Izz dengan perlahan.

Izz memberhentikan basikalnya dengan mendadak. Dia ternampak seseorang yang amat dikenalinya berpakaian serba hitam berjalan dihadapan rumahnya.

Izz tergamam sendirian . Dia mula takut. Kenapa waktu ini juga ada dia di depan rumah aku?

Dia mempercepatkan kayuhan basikalnya di sebelah orang itu . Tiba tiba bahunya digenggam. Izz menoleh lelaki itu.

"Zack"

___________________________
to be continued ... :)

ELEMENTOM ©️Where stories live. Discover now