Negara Pasifik

767 105 15
                                    

"Arghhhhhhh", teriak Pyro melalui portal

Pyro menutup matanya tak mahu memandang sekeliling. Takut takut ada hantu jembalang ke muncul.

BUK

Pyro jatuh terduduk ke tanah.

"Eh, takde lah sakit sangat", bisik hatinya

Pyro membuka mata lalu menatap keadaan sekeliling. Ternyata berbeza berbanding tanah lapang pangkalan SOLID tadi.

Pyro berdiri lalu menggeliat sedikit mengurangkan sakit sakit badan.

Air laut tersergam indah dihadapan matanya. Sesekali ombak menghempas persisiran pantai .

Pyro hairan dengan tempat ini. Pulau yang kecil tetapi di kepungi sang laut yang gergasi.

"Peliknya tempat ni"

Dia ternampak papan tanda yang diperbuat daripada batang pokok kelapa yang tertulis "Selamat datang ke Negara Pasifik"

Pyro berjalan mengikut tepi pantai untuk mengelilingi pulau itu.

Namun Pyro ternampak ada percikan percikan air yang banyak berada di hujung sebelah sana.

"Ada apa tu?", hairan Pyro

Dia berlari ke pantai di hadapan sana supaya dapat melihat keadaan di air itu dengan lebih jelas.

TAP TAP TAP

Pyro berlari sehingga lah cukup dekat dengan percikan air tadi.

Eh! Rupa rupanya percikan air tadi berlaku disebabkan seorang perempuan yang bergerak laju ke arah pasir.

SHUUU

Perempuan itu berhenti di pandai lalu berdiri tepat tepat di hadapan Pyro.

"Wah apa abang handsome buat di sini?", tanya perempuan itu

Pyro tersentak seketika. Tak lama kemudian, pipinya merona merah. Mahu taknya, tiba tiba sahaja dipuji sedemikian.

"Err.. saya pun tak tahu", kata Pyro.

"Abang ni siapa eh? Tak pernah nampak pun sebelum ni", kata perempuan itu.

"Nama saya Pyro. Penjaga unsur api , saya sampai dekat sini disebabkan portal ", kata Pyro

Perempuan itu berubah pucat dia berundur ke belakang menjauhi Pyro.

Perempuanbitu menyeluk sakunya lalu mengeluarkan sebiji cengkerang biru yang cantik. Cengkerang itu ditiupnya lantang.

TUUUUUUUUUTT

Pyro hanya memandang hairan.

Tiba tiba muncul beberapa percikan di laut . Semakin lama tampak semakin banyak.

Pyro memandang percikan itu dan ternyata, ada orang yang membuatkan percikan itu

SHUUUU
SHUUUU
SHUUUUUUUUU

Beberapa orang yang berpakaian berwarna biru mendarat di tepi pantai itu . Mereka berdiri di belakang perempuan tadi

"Lelaki ni....dia , dia penjaga unsur api", kata gadis itu kepada rakannya tergagap gagap.

Mereka semua serta merta memandang Pyro dengan tajam.

ZUUUUUUUUUUUUU!!!!!

Satu pancaran cahaya gelap menembak ke langit . Pyro terkejut lalu memandang ke langit.

Cahaya lurus yang bersimpul dengan kuasa kegelapan. Nampak aneh.

"Ituuu... itu mesti Zack dan Shiny!!", teriaknya meluahkan firasatnya

Penduduk unsur air itu bertambah berang apabila kehadiran mereka disitu seperti tidak wujud, malah Pyro hanya fokus memandang cahaya gelap yang jauh di belakang.

"Kami akan hapuskan kau", kata penduduk unsur air itu

Mereka berundur ke belakang sehingga lah kaki mereka mencecah gigi air.

Tangan mereka digerakkan serentak. Bebola bebola air muncul ke udara.

ZYUU

ZYUUU

Bebola air dilemparkan ke arah Pyro serentak.

Pyro terkejut lalu mengelak bebola air yang banyak itu. Dia mengelak ke kiri, ke kanan serta melompat melangkahi bebola air itu.

Tiba tiba satu bebola air laju menerpa ke wajahnya dan...

BOM!!!!

Siiiiii

Bola air itu hancur ditembak dengan bebola api Pyro lalu menyejat ke udara.

"Lepaskan aku..tolonglah . Aku perlu pergi ke arah cahaya itu segera

"Tak mungkin.. lepaskan kau dan biar kau beritahu apa yang kau lihat kepada penduduk jahat kau itu? Jangan harap!!", teriak mereka lalu terus menembak Pyro.

Pyro mengelak dan terus mengelak. Dia tidak mahu menyerang kembali kerana dia takut akan ada yang tercedera.

"Tolonglah berhenti", rayu Pyro dengan nafas yang berombak

Rayuannya tak didengari malah bebola air semakin banyak menembak ke arahnya

Pyro mengelak menunduk, melompat dan apa apa saja dilakukannya asalkan dia tak perlu menyerang semula

Pyro semakin penat dan lelah. Dia tak mampu bertahan sahaja terlalu lama.

Bebola air terus menerus dilontar tanpa henti .

"BERHENTI LAHHHHHH", teriak Pyro sekuat hati

ZOOO!!!!!

Mereka semua terkejut dan terhenti termasuklah Pyro itu sendiri.

Badan Pyro di selaputi api marak sepenuhnya. Bahang tak dirasainya walaupun tiada seinci pun badannya yang tidak terbakar.

"Wah ...ini kuasa yang hebat", kata salah seorang penduduk itu yang sudah terkaku kagum.

Pyro terpana sebelum tersenyum . Senyumannya kabur kabur sahaja kerana api dimukanya yang marak.

"Ok lah semua, saya dah ada pengangkutan. Saya terpaksa pergi ke pancaran cahaya gelap itu.. bye!!", kata Pyro lalu melompat ke udara.

FUUUUUUUUUUUU

Pyro terbang ke udara dengan laju seperti kapal terbang pejuang. Badannya yang marak dengan api memang memudahkannya bergerak.

"Korang semua!!!! Aku datang", teriak Pyro yang bergerak laju ke bandar Elvetor

___________________
to be continued

ELEMENTOM ©️Where stories live. Discover now