Selamatkan Aqua I

1.2K 147 4
                                    

Mereka semua menoleh ke belakang seraya mendengar jeritan itu. Sekumpulan askar SOLID sedang mengejar mereka dari belakang.

Tanpa berlengah , mereka segera berlari ke arah pagar. Kena tangkap pon kena lah, asalkan dah cuba .

Mereka semakin hampir ke luar pagar sekolah. Namun, malang tidak berbau. 3 orang askar muncul pula di balik pagar. Kini mereka telah dikepung. Stelix menghentikan langkah dan diikuti rakannya.

"Kita tak ada cara lain",kata Shiny sejurus meletakkan Zack ke tanah.

Mereka yang lain faham dengan kata kata Shiny. Mereka mula membentukkan kuda kuda. Shiny melangkah ke hadapan kelompok askar tadi.

Perlahan sahaja langkahnya. Tetapi semakin lama semakin laju. Dia berlari ke arah kumpulan itu sambil dikumpulkan cahaya terang ditangannya. Dengan sekali tembakan,kumpulan askar itu tersungkur.

"Kuat juga budak ni. Kita tak boleh bagi chance pada diorang",kata seorang dari askar itu lalu mula berdiri.

Tanpa mereka sedari , 3 orang askar di pagar tadi sudah rebah di tengah jalan. Flora yang ingin tahu mula berpecah dari mereka.

Dia mendekatkan diri pada askar askar itu. Mereka kelihatan tidak sedarkan diri akibat pernafasan mereka diganggu. Sah! Ini angkara penjaga unsur racun.

Flora ternampak kelibat kaki seseorang yang menyorok di dalam pondok pengawal. Secara perlahan lahan, dia bergerak ke dalam pondok pengawal.

Duri gergasi sudah digenggamnya erat jika ada sebarang serangan dari orang itu. Dia terkejut dan hampir mengalirkan air mata sehingga terlepaskan duri gergasi lalu memeluk orang itu.

"Selamat kau masih tak ditangkap", desah Flora sambil menahan sebak. Toni terkejut dengan tindakan Flora.

"A.. aku okay", jawab Toni. Dia membalas lembut pelukan Flora.

Mereka yang lain juga telah tiba di pondok itu.

"Settle dah?", tanya Flora serentak meleraikan pelukannya.

Shiny mendabik dada sambil tersenyum bangga setelah mendengar soalan itu .

"Ini kan Shiny. Mesti lah dah", jawab Shiny.

Windy hanya memandangnya dengan muka menyampah. Baru tumbangkan berapa orang, dah angkat bakul.

Flora membawa Toni keluar dari tempat itu. Mereka memandang sesama sendiri dengan jantung yang sudah berdebar laju. Pyro menelan liur.

"Sekarang, mula lah misi kita untuk selamatkan Aqua dan kemudiannya rakan yang lain", kat Geo dengan nada seperti komander tentera maritim.

"Dan ingatlah kata-kata ni . Hanya perwira sejati..", kata Geo dengan semangat dan menunggu sahutan rakannya yang lain.

"Yang kekal berdiri!", sorak mereka semua dengan bersemangat.

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Aqua baring di sofa sambil memandang siling. Jika tahu keadaan akan jadi sebosan ini, dia akan ke sekolah walaupun demam.

Dia berjalan ke dapur, ke bilik , ke stor dan ke tandas demi menghilangkan bosan. Tiba tiba dia terdengar bunyi yang huru hara diluar.

"Anjing liar ke? Nasib baik aku dah kunci pintu",kata Aqua di dalam hati.

Tanggapannya terhenti dengan bunyi pergelutan dan serangan yang sahut menyahut di luar. Dia mengambil keputusan untuk mengintai ditingkap walaupun dia rasa berat untuk berdiri. Yelah, tanda orang demam.

Dia nampak sekumpulan anggota askar yang berpakaian serba hijau serta lambang 5 berwarna kuning di poket kanan. Eh bukan 5 , tapi huruf S berwarna kuning.

Askar itu menangkap semua orang secara paksa. Aqua yang masih sangsi terus memerhatikan tingkahlaku askar tersebut.

"Mungkin diorang buat jenayah . Sebab tu kena tangkap",teka Aqua.

Namun dia 100% sedar yang jangkaannya itu meleset jauh. Dia ternampak Puan Zakiah diangkut naik sebuah lori askar.

Aqua mengelamun lama sehinggakan dia tak sedar seorang daripada askar itu telah ternampak dirinya dibalik tingkap. Askar itu berlari ke rumah Aqua dengan segera.

Aqua yang sedar dirinya kini menjadi sasaran, menundukkan dirinya dan duduk memeluk lutut sambil bersandar di dinding.

"Mak .. Ayah.. Aqua takut"

______________________
to be continued... :)

ELEMENTOM ©️Where stories live. Discover now