Doktor Chrone

1.1K 140 3
                                    

------------------------------------

"Macam mana pakcik boleh terselamat daripada ditangkap askar-askar tu?" soal Pyro sambil duduk di sebelah lelaki itu .

"Pertama sekali, saya tak mahu kamu panggil saya pakcik. Umur kita berbeza 5 tahun je. Panggil saya Shahrul. Ataupun lebih baik, Dr. Chrone," jelasnya .

"Sebenarnya... saya dah agak terlambat datang ke sini. Maafkan saya semua" ucap Dr. Chrone tiba-tiba dengan nada suram berbaur kecewa. Bukan kecewa pada keadaan, tetapi lebih kepada kecewa terhadap diri-sendiri.

"A.. apa maksud doktor ni?" soal Geo yang dibuai perasaan tertanya-tanya.

Geo mengalihkan pandangannya pada rakan yang lain. Mereka saling berpandangan sesama sendiri.

'Apakah yang nak dimaksudkan dengan 'terlambat ke sini'? Dr. Chrone bukan berasal dari sini ke? Ataupun dia datang dari negara lain?.' Terbit monolog yang berintikan pelbagai persoalan di minda.

"Saya ni datang dari tempat lain. Err atau lebih tepat... planet lain," jawabnya.

Tersembur air yang sedang diminum Aqua persis seperti hujan yang tiba-tiba menimpa bumi.Terbatuk-batuk dibuatnya. Shiny menepuk-nepuk belakang Aqua untuk meredakan tersedaknya itu.

"Doktor ni biar betul?! Nak gurau pun agak-agaklah. Biar logik sikit," ujar Reo.

Dr. Chrone hanya menundukkan kepala. Wajahnya kelihatan serius
Tak nampak seperti ada tanda-tanda gurauan dalam raut wajahnya.

"Ini perkara sebenar. Tiada unsur penipuan," jawab Dr. Chrone ringkas.

Reo yang masih tidak faham sepenuhnya, mula menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kalau dia dari planet lain, apa sebab dia ke sini? Dia memutuskan untuk bertanya pula.

"Jadi, kenapa doktor datang ke sini?", tanya Zack.

Reo hanya memandang Zack dengan jelingan tajam. Tiba-tiba pula dia nak tanya soalan yang aku nak bagi. Sibuk!

"Saya dari sebuah planet yang bernama Planet Sferum. Tapi saya sebenarnya berasal dari planet Bumi. Saya menjelajah ke planet lain atas urusan berkaitan Planet Sferum tu lah," jawab Dr. Chrone.

"Kenapa nak bawa ke sana? Doktor culik orang juga ke?!,"tanya Pyro lalu sedikit berundur ke belakang. Mana lah tahu Dr. Chrone menyerang secara tiba-tiba setelah rahsia jenayahnya dibongkarkan.

"Eh tak-tak. Saya bukan penculik, tapi lebih kepada penyelamat. Err... sebab kebanyakan orang yang mempunyai kuasa ini tak dapat diterima penduduk lain. Jadi ada sebuah agensi ni yang berperanan membantu mengasingkan mereka semua dan mengumpulkan mereka di sebuah planet kosong, iaitu Sferum," jelas Dr. Chrone.

Khusyuk sahaja mereka mendengar penerangan Dr. Chrone. Zack juga sehingga tak mengalihkan pandangan ke tempat lain. Biasanya ceramah 2 minit cikgu di sekolah pun dia tak mahu dengar.

"Tapi saya tak tahu pula planet ni memang dipenuhi dengan orang yang ada kuasa", sambungnya sambil menggaru kepala.

"Di tempat doktor lain ke? Bukan semua orang ada kuasa?", tanya Flora.

Ember hanya mengumpulkan soalan yang bakal ditanya pula nanti. Bukan selalu jumpa orang dari planet lain.

"Di tempat saya,mendapat kuasa ini hanyalah 3% sahaja berkemungkinan. Kebanyakan yang mendapat kuasa ini pula akan dibenci dan disisihkan dari masyarakat. Tapi tak sangka pula saya antara salah seorang manusia terpilih"

"Doktor ada kuasa apa? Semestinya bukan seperti kami semua, kan? Sebab doktor boleh pergi ke planet-planet lain", tanya Ember yang tak sabar untuk bertanya pula.

"Ya, kuasa saya bukan seperti kalian. Saya mempunyai kuasa... masa"

Mereka terkejut seketika. Kuasa masa? Wujudkah kuasa sehebat itu? Mampu untuk melentur dan memanipulasi masa?

"Dan sebab tulah yang membolehkan saya masuk ke ruang masa dan pergi ke mana-mana planet. Dan sebab itu juga saya diberi gelaran Dr. Chrone", jawabnya dan diakhiri dengan senyuman.

"Jadi doktor ke sini untuk cari siapa? Tetapi maaflah. Memang doktor dah terlambat. Semua pengguna unsur yang hebat di kawasan ini dah ditangkap," jelas Shiny.

Dr. Chrone tersenyum kecil. Rasa kelakar pula dengan telatah dan cara percakapan mereka.

"Sebenarnya saya masih tak terlalu lambat. Sebab pengguna unsur yang saya cari itu masih belum ditangkap," kata Dr. Chrone sambil bercekak pinggang memandang mereka semua.

Mereka berpandangan sesama sendiri lagi. Mana ada orang yang selamat lagi di tempat ini. Yang ada pun sekarang ni cuma kami. Eh!

Aqua memandang Dr. Chrone dengan muka yang agak terkejut . Dia meneka bahawa dia faham maksud kata-kata doktor itu dengan cekap.

"Dok... doktor jangan cakap y-yang kitorang lah pengguna unsur yang dicari-cari tu", kata Aqua terketar ketar.

Dr. Chrone tidak menjawab tekaan Aqua itu, tetapi cukup dia membalas dengan segaris senyuman yang membawa seribu makna.

"Kamu memang bijak Aqua. Ya, memang benar..."

"Kalian lah orang yang saya cari," jawab Dr. Chrone sambil tersengih.

Namun secara sedar tak sedar,  terbit sedikit raut wajah penuh kerisauan di wajah Dr. Chrone.

"Tapi..."

______________________
to be continued... :)

ELEMENTOM ©️Where stories live. Discover now