Halaman rumah

1.1K 143 4
                                    

"Lari!"

Mereka memandang sesama sendiri. Jeritan itu datang dari arah depan . Di kawasan perumahan Aqua.

Windy bergegas ke rumah Aqua . Ember dan rakannya yang lain hanya mengikuti Windy dari belakang.

"Tak salah lagi. Tadi tu jeritan suara Pyro"

Windy mempercepatkan langkahnya. Tiba di belakang rumah Aqua, dia menghendap hendap untuk melihat situasi di depan.

Windy tak dapat melihat sepenuhnya tetapi dia ternampak ada beberapa orang askar yang sudah berkumpul disana. Mereka ditangkap? Ah macam mana ni.

Ember pun tiba di belakang Windy. Ember melihat wajah Windy yang sudah tidak keruan . Ember cuba meneka dengan suara yang perlahan.

"Kawan kau kena tangkap?", tanya Ember.

Windy mengangguk. Dia rasa bersalah kerana meninggalkan mereka tadi.

"Jangan risau, kita serang askar tu. Menjadi atau tak tu, belakang cerita", kata Virnus cuba menenangkan Windy.

Windy mengangkat kepala. Ya, itu sahaja cara yang ada sekarang.

"Lepaskan kami!", jerit Pyro sambil memandang askar yang berada di hadapannya.

"Heh, tak semudah tu. Kami kena bawa kau ke pangkalan kami ", jawab askar itu tanpa memandang wajah Pyro.

Askar yang lain mendekati Aqua pula. Muka Aqua sudah tidak bermaya. Dia sudah penat untuk menyerang mahupun mempertahankan diri.

"Adik tak payah risau. Di sana, adik tak akan rasa sakit. Cuma rasa menderita je", kata askar itu sambil membelai pipi Aqua.

Dengan pantas, satu sambaran api menembak askar itu. Askar yang terkena serangan itu berundur beberapa tapak .

Gedebuk!

Dia terjatuh ke tanah akibat disadung tanah cerakam yang dibuat Terra.

Askar yang lain segera mendekati belakang rumah Aqua. Perlahan lahan langkah mereka ke sana dengan kacamata yang sudah ditanggalkan.

Tiba tiba, satu deruan angin kencang meniup mereka dengan kuat. Beberapa askar yang sudah tidak dapat bertahan telah tercampak ke jalan tar.

Askar yang masih berdiri cuba untuk membuka mata. Deruan angin kencang menyukarkan penglihatan kerana habuk yang turut berterbangan menjejaskan penglihatan.

Hydro sudah membuat panah air. Bertubi tubi tembakan dilancarkan ke arah askar yang masih berdiri. Seorang demi orang tersungkur sehingga tiada lagi yang berdiri.

Mereka yang diikat tadi hanya bersorak perlahan. Bagaikan menonton wayang terlebih 3D ni.

Windy , Ember dan 3 rakan lainnya memunculkan diri ke halaman rumah Aqua.

"Pergi dari sini! Kalau takmahu kena lagi teruk!", ugut Virnus .

Askar askar itu berdiri semula. Dianggarkan ada 10 orang askar yang terdapat di kawasan itu.

Melihat askar itu yang masih tidak mahu berundur, Windy segera mencipta sabit angin ditangannya. Sabit angin itu dilemparkan ke arah Pyro, Aqua dan lain lain.

Flora yang takut menutup matanya. Eh, tak jadi apa apa pun. Dia membuka matanya semula. Tali yang mengikat mereka telah terputus. Dengan segera , mereka mendekati Windy.

Askar askar itu tersenyum kecil memandang remaja remaja yang tak mahu mengalah itu. Tapi dia tidak gentar.

"Kami 16 orang dan korang cuma sepuluh. Apa kamu boleh buat?", ugut Dash.

Askar askar itu hanya tersenyum sinis mendengar ayat Dash itu. Mata mereka yang tidak tertutup itu mula mengeluarkan cahaya hijau. 10 cahaya hijau terang menyala memandang tepat ke arah mereka.

Tembakan dilancarkan. Tembakan itu menyusur laju dalam bentuk garisan lurus .

Boom!

Habuk habuk berterbangan. Sukar untuk melihat kelibat remaja remaja itu dalam keadaan begini. Barangkali, mereka semua sudah mati rentung. Habuk habuk mulai hilang.

Tersadai satu perisai tanah yang besar di hadapan askar itu. Tembakan mereka tidak mengena.

"Besarnya , tak mungkin seorang budak seusia mereka boleh mencipta tembok seperti ini", keluh seorang yang kagum.

"Memang bukan seorang . Tapi dua"

Suara itu kedengaran di belakang mereka . Askar askar itu menoleh kebelakang dengan pantas . Terlihat dua remaja penjaga unsur tanah yang berdiri tegak.

"Kami takkan mengalah. Kalau nak kan kami semua, lawan", kata Terra sambil mengancam askar tersebut.

_______________________
to be continued... :)

ELEMENTOM ©️Where stories live. Discover now