Negara Toksik II

399 59 9
                                    

Raja Venom mengadakan majlis sambutan yang gilang-gemilang sempena kepulangan puteranya yang sudah lama menghilangkan diri.

Sesampainya Toni di kawasan rehat, beberapa pahlawan dan askar kerajaan datang ke arahnya dan menjulangnya.

"Hidup Putera Toni! Hidup Putera Toni"

Laungan yang riuh dan meriah bersahut-sahutan mengisi ruang rehat tersebut. Toni disambut dengan layanan yang sangat mewah. Kegelapan malam sudah tidak dikisahkan.

Dayang-dayang dan gundik istana seorang demi seorang menyertai majlis ini. Mereka mengadakan makan-makan dan aktiviti tari-menari.

"Kita akan bergembira sehinggalah ke larut malam!,"laung Raja Venom sambil mengangkat cawan minuman kerasnya.

"Yahh!!!!!!"

Sorakan yang bergema menyahut kata-kata Raja Venom. Manakala Raja Venom pula bergerak menaiki satu pentas platform bersama dengan penasihatnya.

Raja Venom berbisik pada penasihatnya itu untuk memberikan ucapan.. Semua hadirin yang tadinya ralit bergembira dan menari , berhenti seketika lalu fokus memandang mereka berdua.

"Disini saya nak menyampaikan sepatah dua kata sebagai ucapan untuk meraikan kepulangan anak raja, Putera Toni..."

"Mari kita imbau kembali kisah bagaimana kerajaan telah kehilangan putera kita yang sangat gagah ini pada suatu ketika dahulu. Putera Toni telah membuat satu keputusan yang tidak dijangkakan dan amat salah apabila dia melarikan diri dari istana sewaktu pertabalan kuasa bagi pembesar-pembesar kerajaan ini...,"sambungnya lagi.

"Dia tidak mahukan jawatan yang akan diberikan kepadanya. Dia beralasan bahawa dia belum lagi bersedia untuk mentadbir malah dia juga mengatakan dia tidak mahu menjadi pemerintah bagi kerajaan yang bersistemkan kuku besi. Jadi dia membuat tindakan yang drastik dengan melarikan diri ke Negara Unitex dan bersekolah di sana."

Toni menundukkan kepalanya. Dia berasa malu dan segan apabila beberapa orang memandangnya semasa namanya disebut.

"Tapi Putera Toni memang seorang yang bijak. Kini dia telah kembali untuk menebus semula kesilapannya . Pasti dia sudah menyedari bahawa tiada tempat yang lebih bagus daripada Negara Toksik ini. Hidup Putera Toni!". Penasihat mengakhiri ucapannya dengan laungan semangat menjunjungkan nama Toni.

"Hidup Putera Toni!"

"Hidup Putera Toni!"

"Hidup Putera Toni!"

Laungan namanya bersahut-sahutan sekali lagi. Toni diangkat lalu dilambung ke udara beberapa kali.

Mereka bergembira, menari dan bersembang sehinggalah ke larut malam.

Keesokan paginya...

Toni keluar daripada biliknya senyap-senyap. Dia mengerling keadaan sekeliling terlebih dahulu. Sunyi dan tiada orang. Bagus, masa yang sesuai!

Toni segera berlari ke arah tangga. Tangga yang bersegi tidak dapat memperlahankan langkah Toni yang sangat pantas, bagaikan tangga tersebut telah menjadi landasan yang menyokong tindakannya.

Toni segera berlari sehinggalah tiba ke ruang tamu istana. Dia memerhatikan keadaan sekeliling sekali lagi, tiada mana-mana pengawal ataupun dayang yang lalu-lalang di sini.

Toni segera mendekati kurungan besi yang berada di penjuuru ruang tamu istana. Dia melihat Windy dan Reo yang masih tidur di dalam.

'Maafkan aku atas perbuatan aku semalam,'monolog Toni.

Toni menggoncangkan pintu kurungan perlahan tetapi cukup kuat untuk membangunkan mereka berdua. Dia melakukannya berkali-kali sehinggalah Reo kelihatan mula mencelikkan mata.

"Erhhh... Eh! Toni! Ma-maksud saya Putera Toni. Jangan apa-apakan kami,"rayu Reo yang bergerak menjauhi Toni sehingga dia bersandar dengan dinding di belakangnya.

Windy pula kemudiannya terbangun dek kerana bunyi rayuan Reo yang agak lantang.

"Weh... aku minta maaf. Semalam tu aku tak ada niat pun nak takutkan korang, aku cuma... perlu pastikan yang ayah aku betul-betul percaya yang aku dah berada di pihaknya. Yang mana kebenarannya , aku tak pernah menyokong tindakan kejam dia...". Toni memujuk dan memberi penjelasan kepada Reo.

"Tapi macam mana semua ni boleh berlaku? Kau berubah dengan... dengan sangat drastik, 360°,"soal Windy.

"Sebenarnya aku memang putera nagi kerajaan ni. Tapi seperti yang semua orang tahu, kerajaan Negara Toksik adalah kerajaan yang kejam dan gila kuasa. Jadi aku ambil keputusan untuk lari ke Negara Unitex dan buat identiti yang baru. Identiti yang korang nampak itu lah,"terang Toni.

Windy menganggukkan kepala. Kini baru dia faham keadaan Toni. Dia bagaikan sedang tersepit dengan kehidupan dirinya sendiri.

"Dah , kita tak ada banyak masa. Kita kena larikan diri sekarang juga,"kata Toni sambil tangannya mula membuka kunci pagar kurungan.

Pintu kurungan dibuka perlahan-lahan kerana takut bunyi engsel yang berkarat bergesel menjadi terlalu lantang.

"Kita nak lari ke mana? Kalau nak ikut pintu pagar depan, mati woi! Ramai pengawal!,"tutur Reo.

"Tak, kita takkan lari ikut situ. Kita akan lari ikut jalan yang mana aku gunakan suatu ketika dahulu untuk melarikan diri. Jom ikut aku!,"arah Toni.

Windy mengangguk bersetuju manakala Reo meneguk liurnya kerana kurang yakin.

Toni mula berlari dengan senyap menaiki tangga batu dan diikuti oleh Windy dan Reo daripada belakang.

Mereka berdua tiba koridor di hadapan bilik Toni. Toni membuka pintunya dan menyuruh Windy dan Reo masuk ke dalam.

"Cepat masuk, nanti ada orang nampak,"bisik Toni perlahan-lahan.

Windy dan Reo pula hanya menuruti arahan Toni.

Tiba-tiba bunyi tepukan bergema dari arah hujung koridor tingkat dua tersebut.

Toni terkejut. Dia tahu ini tiada dalam perancangannya, dia juga tahu bahawa satu pertempuran akan berlaku.

"Hahaha, aku memang patut percaya dengan firasat aku sejak semalam lagi. Kau memang tak pernah berubah, kau masih lemah! Kau bodoh dan terpedaya dengan sifat kasihan kau!"

Raja Venom melangkah perlahan-lahan semakin mendekati mereka. Semakin kecil darak antara mereka, semakin kuat bunyi tawa Raja Venom kedengaran.

"Windy, Reo lari! Gunakan terowong yang ada di bawah tong besi perkakas itu. Jalan ni akan terus bawa korang ke luar  ikut jalan belakang istana. Cepat!,"arah Toni.

Windy segera mencari tong besi perkakas yang disebutkan Toni. Dengan bantuan Reo, mereka berdua menolak tong itu dan muncullah satu lubang yang kelihatan sangat dalam.

"Jangan berani kau larikan diri! Aku takkan benarkan!!,"teriak Raja Venom yang mula berlari mendekati Toni yang berada di hadapan bilik tersebut.

"Cepat lari! Aku akan menyusul nanti!,"arah Toni dengan nada yang semakin mendesak.

Tanpa berfikir panjang, Windydan Reo melompat masuk ke dalam terowong. Memang benar seperti yang disebutkan Toni tadi, kini mereka berdua sudah berada di luar pagar istana.

"Dah jom. Kita kena cepat tinggalkan tempat ni sebelum ada mana-mana pengawal istana yang perasan kehadiran kita,"kata Windy lalu menarik tangan Reo untuk membawanya lari.

Tetapi Reo menarik semula tangannya dan menyebabkan Windy terhenti secara paksa.

"Tapi kita tak boleh tinggalkan Toni seorang diri. Dia pasti takkan selamat,"bantah Reo sambil melihat tingkat dua istana tersebut, tempat di mana Toni sedang bertarung nyawa.

"Toni sendiri yang suruh kita untuk lari kan, jadi ikut jelah!,"nada Windy mula naik seoktaf.

"Itu sebab dia nak pastikan kawan dia selamat, iaitu kita! Dan sekarang aku pula nak pastikan yang kawan aku selamat!,"jerit Reo lalu membuka langkah seribu ke arah terowong itu semula.

"Reo , nanti! Ish! "

Windy mendapati dia tiada pilihan lain. Dia juga mula berlari mengikuti Reo untuk naik semula ke tingkat dua.

__________________
to be continued... :)

ELEMENTOM ©️Where stories live. Discover now