Pemanipulasi Cuaca

847 105 19
                                    

"Wisdom? Kau..kau musuh Dr. Chrone!", jerit Pyro memandang tepat ke arah Ohm.

"Chrone . Hahaha jadi dia dah jumpa korang lebih awal dari aku? ", kata Ohm sambil membetulkan kasutnya

"Ya , tapi kami tinggalkan dia", kata Flora dengan nada sebak

"Maknanya Chrone gagal. Korang datang ke tempat yang betul", kata Ohm lalu berdiri dan menepuk nepuk seluarnya

"Jangan ingat kami termakan pujuk kau untuk sertai Wisdom, durjana!", teriak Stelix lalu berdiri.

"Heh, kelakar betul kau ni. Aku tak kata pun yang aku nak pujuk, sebab aku boleh paksa", kata Ohm lalu tersenyum kejam memandang mereka.

"Kami tak takut!", kata Ember , Virnus , Hydro dan Terra serentak.

Mereka semua berdiri seorang demi seorang kecuali Pakcik Liq yang masih pengsan.

"Kami akan bersatu untuk kalahkan kau. Kemudian kami akan selamatkan ibu bapa kami!", jerit Aqua .

"Ouh ibubapa? Aku hampir terlupa pula", kata Ohm yang tak lepas dari senyuman sinisnya.

Klik!

Ohm memetik jari lalu lantai di belakangnya bergegar dan terangkat ke permukaan tanah. Terdapat beberapa silinder hijau yang mampu memuatkan seorang setiap satu darinya yang turut timbul ke atas..

Silinder itu terus terangkat lalu berhenti. Silinder hijau itu boleh dikatakan terdapat kira kira 80 bekas di situ. Terdapat ramai orang di dalamnya kini terkurung dalam keadaan berdiri tanpa sedarkan diri.

"Mak!", jerit Pyro tiba tiba.

Puan Zakiah juga berada di dalam itu dalam keadaan pengsan. Mukanya kelihatan pucat dek kerana gas yang disembur di dalam balang itu.

"Kau buat apa pada ibu bapa kami hah?!", jerit Zack mengepal genggaman.

"Takda buat apa. Aku cuma bagi diorang tidur secukupnya sampailah korang tiba", sebutnya ringkas.

"Aku belum tukarkan diorang jadi askar SOLID pun dah cukup baik . Jadi kau kena lah ikut aku sebagai balasan budi, betul tak?", kata Ohm lagi.

"Kau jangan nak merepek!", jerit Dash lalu petir kecil terpancar mengelilingi dirinya.

Ohm sedikit terkejut lalu tersenyum. Dia sudah menjangka perkara seperti ini. Sedikit pun dia tak gentar malah dia sedang menantikannya.

Dash menggertap giginya erat lalu terus berlari ke arah Ohm . Setiap langkah kaki Dash laju selaju petir memancar. Dash mengacukan penumbuknya ke arah Ohm .

Pap!

Tangan Dash digenggam oleh Ohm. Mata Dash terbeliak apabila serangannya dapat dihalang Ohm dengan mudah.

Ohm tersenyum sinis memandangnya lalu mencampakkan Dash ke lantai.

Dash mengerang kesakitan dek kerana impaknya dan badannya yang tergesel pada lantai itu.

Pada masa yang sama , Shiny mengumpulkan cahaya ditangannya lalu menembak setiap satu askar SOLID yang berada di dalam pangkalan itu. Shiny ingin mengurangkan jumlah musuh di dalam itu.

Kegiatan Shiny juga dibantu abangnya, Zack yang mengawal bilah kegelapan menyerang askar itu. Seorang demi seorang askar SOLID tumpas di tangan mereka.

Pyro memandang Aqua . Aqua juga begitu. Mereka berdua mengangguk kepala tanda faham dengan isyarat mata masing masing.

Tiba tiba Pyro bertindak berlari ke sebelah kiri manakala Aqua berlari ke sebelah kanan Ohm.

Wajah Ohm kekal dengan senyumannya . Dia tidak berganjak mahupun lari dari tempatnya.

Pyro dan Aqua melompat serentak apabila sudah dekat dengan Ohm sambil melibas pedang api dan cemeti air mereka .

Tiba tiba beberapa panahan petir besar menembak mereka berdua sehingga jatuh ke tanah. Badan mereka berdua jelas mempunyai kesan lecuran.

Mereka yang lain memandang Ohm . Dirinya kini kelihatan lain daripada tadi. Wajahnya kelihatan seperti sudah dirasuk aura kejahatan.

"Hahaha. Kalian ingat aku senang untuk kalah? Biar aku tunjukkan pula kuasa aku", kata Ohm tersenyum lalu matanya merona merah.

Awan hitam berkumpul di loteng bangunan itu. Beberapa petir juga terpancar dan membunyikan guruh. Angin kuat juga tidak lepas daripada menghembuskan angin yang kuat.

"A...apa ni?", kata Toni yang tergamam.

"Akulah...Pemanipulasi Cuaca!", jeritnya lalu tergelak nada nada yang menyeramkan

_______________________
to be continued...

ELEMENTOM ©️Where stories live. Discover now