Strategi

916 104 4
                                    

Setelah agak lama mereka berbual, Spike memberanikan diri untuk bertanyakan soalan yang dipendamnya dari tadi.

"Pakcik tak terfikir nak lepaskan diri dari tempat ni ke?",soalan itu terpacul dari bibir Spike.

Pakcik Liq yang sedang bersandar di pagar besi itu terus terduduk tegak. Macam lain je soalan budak ni

"Memanglah pakcik nak. Tapi sistem jagaan mereka ketat. Di semua tempat ada askar yang jaga",jawab Pakcik Liq lalu menyandarkan badannya ke pagar semula.

Spike berfikir sejenak. Bagaimana nak lepaskan diri daripada tempat ni. Akhirnya dia pun mendapat idea.

Spike mendekatkan dirinya ke telinga Pakcik Liq lalu dia mula berbisik. Dia membisikkan semua idea yang bermain di fikirannya.

"Boleh berjaya ke ni?", tanya Pakcik Liq sedikit tak yakin.

"Belum cuba belum tahu",jawab Spike dengan penuh yakin.

Spike juga telah memberitahu maknya tentang rancangan untuk melepaskan diri itu, tapi maknya kata ianya terlalu bahaya. Jadi mak Spike buat keputusan untuk tinggal sahaja di sini.

Sudah pukul 1 pagi, namun Spike dan Pakcik Liq belum lagi tidur. Mereka berdua merancang strategi untuk melepaskan diri esok. Semua taktik dilakarnya di atas lantai yang berhabuk itu.

Tiba tiba seorang askar SOLID yang menjaga kawasan itu meronda sel mereka. Disebabkan terkejut, Spike segera berpura pura tidur begitu juga dengan Pakcik Liq.

"Kita sambung esok", bisik Pakcik Liq perlahan kepada Spike.

Spike mengangguk kecil tanda mengerti. Mereka pun tidur.

Keesokan paginya, awal pagi sahaja pagar besi sel mereka diketuk kuat. Semua yang masih tidur tersentak lalu terjaga.

Spike menggosok matanya yang kabur itu. Tiba tiba tangannya ditarik kasar supaya berdiri. Kelihatan semua tahanan yang ditangkap telah bangun dan dipaksa untuk ke tempat lain. Tangan Spike dan mereka yang lain diikat.

Mereka menuju ke satu tempat yang penuh dengan mesin. Terdapat ramai orang yang beratur di hadapan telah dipaksa untuk menggunakan setiap mesin.

Mesin pertama memakaikan sut perang kepada tahanan. Mesin kedua pula menyingkirkan unsur asal tahanan dan mengubahnya kepada unsur plasma. Proses ini agak menyakitkan. Manakala proses mesin terakhir ialah meracun minda supaya tiada memori tentang keluarga mahupun sesiapa. Namun proses ini dibuat oleh beberapa askar upahan berunsur racun.

Seperti dalam perancangan, Pakcik Liq beratur dibahagian hadapan manakala Spike di bahagian belakang. Sebaik sahaja Pakcik Liq menghampiri mesin pertama, Spike sudah bersedia untuk dengan rancangannya. Tapi tiba tiba, dia terdengar jeritan mengaduh dibelakang.

Spike menoleh ke belakang dan ternampak maknya yang terjatuh disebabkan ditolak oleh beberapa askar menggunakan pemukul kayu. Spike menoleh ke hadapan memandang Pakcik Liq, kemudian dia menoleh kebelakang semula memandang emaknya. Macam mana ni?

Tanpa membuang masa, Spike segera berlari ke arah maknya yang sedang mengerang kesakitan sambil bersimpuh. Spike terpaksa melupakan rancangannya sementara.

"Tolong... jangan apa-apakan mak saya",rayu Spike kepada askar askar itu.

"Suruh perempuan ni bangun. Aku tak ada masa nak paksa dia berdiri", kata salah seorang askar itu lalu meninggalkan mereka.

Tanpa sedar, Pakcik Liq telah sampai ke mesin pertama. Disarungkan sut perang itu dibadannya seketat ketatnya. Pakcik Liq hanya kebingungan seorang.

'Mana Spike ni? Dia kata nak serang sebelum aku sampai ke mesin pertama'bisik hati Pakcik Liq yang mula gusar.

Dia perlu terus bergerak ke hadapan kerana dipaksa oleh askar-askar yang menjaga di tepi. Kini Pakcik Liq mula mendekati mesin pertukaran unsur. Takut juga lah Pakcik Liq kerana tadi ada beberapa orang yang menjerit apabila sampai ke sini. Khabarnya ianya memang menyakitkan.

Sementara itu..

"Mak okay?",tanya Spike lalu mengangkat perlahan maknya untuk berdiri.

"Mak okay. Tadi mak terjatuh pula. Tu yang terseliuh sikit",kata maknya untuk menenangkan Spike.

Tiba-tiba terdengar jeritan yang lantang dari arah dalam mesin kedua. Mereka berdua menoleh ke arah mesin kedua itu untuk melihat siapa gerangan yang menjerit lantang tersebut.

'Itu suara Pakcik Liq!,'monolog Spike.

Kelihatan Pakcik Liq telah melepasi mesin kedua. Badannya berpeluh dan terkulai lemah. Kini dia tinggal proses terakhir iaitu peracun minda.

"Alamak! Spike dah terlambat mak",cemas Spike lalu meninggalkan maknya.

Spike berlari memotong barisan ke hadapan. Dia terus bergerak laju ke arah Pakcik Liq. Dengan pantas, Spike menggerakkan tangannya ke kanan dan ke kiri .

Tiba-tiba satu kobis gergasi tumbuh di bawah kaki Pakcik Liq. Pakcik Liq terapung ke atas sambil terduduk di atas kobis itu.

"Kau buat apa ha budak?!", marah seorang askar itu lalu berlari ke arah Spike untuk memberhentikannya.

"Maafkan saya sebab terlambat tapi saya akan pastikan pakcik dapat keluar seperti yang kita rancangkan!", jerit Spike .

Beberapa batang buluh tumbuh mengelilingi kobis itu sebagai pelindung serta menghancurkan atap di atas kobis itu. Tiba tiba kobis itu mengembang sehingga mencampakkan Pakcik Liq ke udara. Pakcik Liq terkapai-kapai di udara sebelum mendarat tepat-tepat di atas sebatang pokok yang agak jauh dari tempat itu.

Askar tadi menahan badan Spike dari bergerak. Spike cuba untuk melepaskan diri . Dia menumbuhkan beberapa batang pokok seri pagi lalu membelit askar askar itu.

Tiba-tiba terdengar jeritan emaknya. Emaknya sedang dicekik seorang lelaki yang memakai uniform berpangkat koperal.

"Berhenti ataupun mak kau mati"

______________________
to be continued... :)

ELEMENTOM ©️Where stories live. Discover now