Lidah berbilah

904 107 8
                                    

"Ayah!", Hydro memeluk erat ayahnya yang tidak sedarkan diri itu.

Ember tergamam melihat Pakcik Liq. Bagaimana boleh jadi begini? Mana pula Spike?

"Cepat. Kita kena balik sebelum diorang semua sedarkan diri", kata Terra untuk memberi peringatan kepada rakannya.

Hydro pun mengangkat badan ayahnya dan dibantu rakannya . Diusungnya sepanjang perjalanan ke rumah.

Berkali kali mereka tersesat jalan. Dengan keadaan yang gelap, lebih menyukarkan mereka untuk mencari jalan balik.

Dalam perjalanan, mereka terserempak dengan seorang gadis yang berdiri di tengah jalan. Gadis itu bercekak pinggang sambil memandang ke arah mereka.

Mereka terasa suasana aneh namun tidak dihiraukan. Mereka mahu meneruskan perjalanan mereka secepat mungkin . Jika tak,malam akan makin larut.

Namun memang benar kata hati mereka. Gadis tadi berganjak dari tempat berdirinya tadi lalu menghalang jalan mereka.

"Aku akan pastikan korang tak dapat pulang dengan cepat, ye adik adik", kata gadis itu.

Virnus hairan dengan kata kata yang dilafazkan. Apa maksudnya?

Baru Virnus perasan. Gadis itu berdiri dengan memakai baju askar berwarna merah .

"Kau askar SOLID?! Tak guna",bentak Ember tiba tiba.

Dia mula menembak beberapa serangan api ke arah gadis itu namun dengan mudahnya dia mengelak.

Gadis itu kembali berdiri dengan tenang. Wajahnya tidak menunjukkan sebarang gerun kepada mereka malah seperti yakin yang misinya akan berjaya.

"SOLID? Maaflah tapi aku bukan dari golongan askar amatur tu. Aku Tetha. Askar Wisdom", kata gadis itu dengan nada gedik.

"Wisdom? Macam yang Dr. Chrone cakap", ujar Hydro.

Mereka meletakkan Pakcik Liq di jalan sementara. Kini mereka tahu pertempuran akan bermula.

"Dr. Chrone? Doktor korang tu kemungkinan sekarang dah nazak. Tinggal nak mati je lagi", kata Tetha dengan bongkak lalu disambung dengan tawanya.

"Diam! Dr. Chrone tak kan kalah!",bentak Hydro lalu mula membentukkan kuda kuda.

Virnus mengumpulkan angin di tangannya lalu dilemparkan pada Tetha. Tetha agak terkejut lalu melompat mengelak serangan.

Tetha sudah tidak sabar untuk menyerang. Dia mula senyum dan ketawa kecil.

"Giliran kakak pula ye", sindirnya.

Dia membuka mulutnya lalu lidahnya terjelir panjang keluar. Kini lidahnya boleh dianggarkan seperti 3 meter. Lidah merah itu juga mempunyai bilah tajam di hadapan.

Tetha menghayunkan lidahnya ke atas lalu ke arah mereka.

Dengan pantas, Terra mencipta dinding batu untuk menghalang serangan itu.

Boom!!

Lidah itu menghempas dinding batu tersebut sehingga separa retak. Tetha mengahayunkan lidahnya ke sebelah yang lain pula.

Hydro yang berada di hujung kiri kini menjadi sasaran. Hydro cuba untuk melompat namun gagal.

Hydro jatuh berguling ke atas jalan. Terdapat kesan calar panjang pada lengannya. Hydro tidak lagi bangkit malah hanya terbaring lemah.

"Tak guna kau!",marah Virnus lalu berlari mendekati gadis itu.

Tetha menarik semula lidahnya lalu dibelit pantas pada badan Virnus. Virnus terkinja kinja cuba untuk melepaskan namun belitannya terlalu ketat.

Melihat keadaan Virnus yang sudah penat, Tetha mencampakkan tubuh Virnus ke tanah.

Ember yang melihat keadaan Virnus mulai berasa geram. Digenggam tangannya sekuat hati. Penumbuk Ember kini disaluti api merah yang marak.

Ember mengangkat mukanya lalu memandang Tetha dengan jelingan yang tajam. Ember berlari sepantas yang mungkin sambil mengacukan tumbukan berapi ke muka Teta.

Tetha hanya tersenyum sinis dengan keberanian Ember. Tetha hanya membiarkan Ember mendekatinya . Kini tinggal beberapa langkah sahaja untuk penumbuknya mengenai Tetha.

Tetha dengan tenang menarik lidahnya untuk melibas Ember. Eh, kenapa tak bergerak ni.

Matanya meleret memandang hujung lidahnya yang sudah disekat dengan pengunci batu. Tak guna, ini mesti kerja betina tanah tu.

Terra mengawal pengunci tanahnya sekuat mungkin supaya lidah Tetha tidak terlepas. Tanpa sedikit pun terlambat, muka Tetha diberi tumbukan padu dari Ember.

Tetha tak sempat membuat apa apa. Dia jatuh ke tanah dengan pipinya yang mula membengkak.

"Cepat! Kita kena lari ke rumah secepat mungkin sementara dia masih terbaring ni",arah Ember dengan cemas namun tegas.

_______________________
to be continued.. :)

ELEMENTOM ©️Where stories live. Discover now