Flashback Ohm

291 34 0
                                    

"Kau? Nak pergi tewaskan Xenon sendirian? Hahaha"

Hilaian tawa bersahut-sahutan bergema di segenap sudut bangunan itu. Bukan hanya seorang, malah kesemua rakan-rakannya mentertawakannya. Tetapi tidak Kevin.

Kevin merupakan sahabatnya yang sentiasa menyokong Ohm walau apa jua keadaan dan inilah yang menyebabkan Ohm masih mampu bertahan dalam Wisdom ini. Disa.ping menjadi penyokong setia, Kevin diibaratkan sebagai penasihatnya.

Kevin menepuk bahu Ohm dan melayangkan senyuman manis sebagai satu tanda sokongan moral. Tetapi Ohm hanya membalas dengan muka sayu.

"Kau jangan memandang rendah lah dekat Ohm! Aku percaya dia mampu juga buktikan yang dia berguna dan mungkin dia boleh jadi lagi hebat daripada korang!" lantang suara Kevin mempertahankan rakan baiknya itu.

Riuh tawa yang membingitkan tadi serta-merta berhenti. Mereka semua saling berpandangan seketika seperti ingin membaca raut wajah masing-masing. Namun hampa, mereka bukannya hendak insaf malah mereka menyambung semula tawa yang menyakitkan hati itu... bahkan lebih lantang berbanding tadi.

"Kau pun sama je lah lemah macam Ohm tu. Hahaha tak payah nak berlagak hebat lah Kevin, lemah tu mengaku je lah. Tak payah sampai nak malukan diri sendiri"

Ejekan dan hinaan yang dilayangkan memang benar-benar menguji keegoan Ohm. Ohm dengan perasaan penuh amarah, berjalan pantas keluar daripada bilik perbincangan meninggalkan mereka semua yang masih dalam sisa tawa. Kevin pula tidak ketinggalan mengikuti Ohm dari belakang.

"Ohm tunggu!" sahut Kevin sambil memecut laju.

Ohm mengendahkannya. Langkah kakinya langsung tidak diperlahankan mahupun dihentikan. Kini mereka berdua sudah pun tiba di luar istana,jauh dari rakan-rakan mereka yang menyakitkan hati.

"Woi tunggu lah". Kevin memecut menghampiri Ohm dan merentap bahunya supaya Ohm terus berhenti dan berpaling ke arahnya.

"Alah kau ni... tak payah lah nak ambil hati sangat. Diorang bergurau je tu," pujuk Kevin.

"Bergurau kau kata? Kau tahu kan ini dah kali berapa diorang memperlekehkan kita? Bukannya sekali dua!" bangkang Ohm. Ohm menepis tangan Kevin yang berada di bahunya. Terasa rimas pula bila ada sentuhan sewaktu badan terbakar ni.

"Habis tu? Kau nak buat apa? Bunuh diri? Lari dari istana? Terjun gaung? Tu semua tindakan bodoh lah!" marah Kevin.

"Bukanlah bengap. Aku bukanlah bodoh sangat sampai nak buat benda macam tu" bangkang Ohm pula.

"Dah tu? Apa perancangan kau?"

Zroom!

Tak semena-mena, satu paparan skrin hologram gergasi muncul di awangan langit. Ianya tidak lain tidak bukan, mesti merupakan satu vision dari Castle Center. Siapa pula agaknya orang dalam ramalan tu?

"Vision terbaru. Akan muncul 11 remaja. Merupakan pengguna elemental. Di Planet Elemen"

Ohm merenung skrin gergasi itu tanpa berkelip. Wajah dan susuk tubuh 11 remaja yang terpapar di skrin itu dibeleknya teliti. Di fikirannya ligat memproses segala idea dan cadangan. Kevin yang dari tadi menunggu jawapan Ohm, hanya termenung dan mengerutkan dahinya.

Makin hairan Kevin jadinya apabila Ohm tiba-tiba sahaja menarik senyuman nipis. Senyum yang penuh misteri.

"Dah kenapa kau senyum-senyum ni?"

ELEMENTOM ©️Where stories live. Discover now