Kawan Baru

1.1K 139 1
                                    

Aqua duduk dihujung kiri bangku manakala Reo duduk dihujung kanan bangku. Sudah setengah jam mereka semua berehat di sana, tetapi Aqua dan Reo masih tak berbunyi.

Pyro sudah tidak tahan dengan gelagat mereka. Kalau malu pun, tak perlulah senyap lama begini.

"Sudah sudah lah tu. Lupakan hal tadi. Anggap itu hanya kemalangan", kata Pyro selamba.

"Kemalangan?! Hampir je dia melepaskan 'hajat' dekat depan aku", jerit Aqua geram.

"Depan kau? Aku bawah kau. Mana aku tahu kau atas pokok tu",bantas Reo sambil meninggikan suara.

"Yang kau pergi melepas kat pokok kenapa? Tandas tak ada?", tanya Aqua lagi. Suaranya sudah naik satu oktaf.

Sambil mereka membebel bergaduh, Windy hanya mengendahkan mereka. Dia berjalan di sekitar kawasan perumahan itu sambil memandang persekitaran untuk menghilangkan bosan.

Berjalan punya berjalan, dia ternampak satu taman permainan. Ada gelongsor, buaian , kotak pasir dan jongkak jongket . Tetapi jongkang jongket itu telah patah dua. Mungkin disebabkan tembakan askar SOLID semasa mengejar mangsa.

Windy pergi ke buaian dan bermain seorang . Perlahan lahan buaian di tolaknya. Badannya terhayun ke depan dan kebelakang.

Tiba tiba, dia dapat merasakan ada orang dikawasan persekitaran . Sesiapa pun dia, dia sudah bersedia untuk membela diri.

Dia bergerak ke arah gelongsor . Perlahan sahaja langkahnya supaya tidak dikesan orang itu. Dengan pantas, dia menoleh ke dalam lubang gelongsor untuk meneliti siapa di dalam itu.

Dia berundur segera. Tembakan api menyambar keluar dari lubang. Orang itu turun dari gelongsor dengan laju. Tangannya juga sudah mengepal bebola api.

"Kau tak kan dapat aku lah askar tak guna!",jerit gadis itu.

Dia mencampakkan bebola api itu ke arah Windy. Windy hanya mengelak ke tepi lalu terbang ke udara.

Gadis itu memandang Windy dan dengan perlahan dia menurunkan tangannya yang sedang menggenggam bebola api itu. Dia memadamkan sendiri api tersebut.

"Kau bukan askar tu eh? Sorry", kata gadis itu dengan suara bersalah.

Windy hanya menggeleng. Dia turun ke tanah dengan anggun.

Gadis itu datang ke arah Windy. Melihat gadis itu mendekatkan diri dengannya, Windy berundur sedikit ke belakang.

"Jangan risau. Aku tak serang kau dah. Perkenalkan , nama aku Ember",kata gadis itu lalu menghulurkan tangan tanda perkenalan.

Windy berhenti berundur. Dia melihat tangan itu seketika. Baru dia menghulurkan tangan sekali untuk berjabat tangan. Secara tiba tiba, Windy tersenyum sedikit.

"Aku Windy. Selamat berkenalan . Aku suka perangai kau", kata Windy cuba untuk memulakan perbualan.

"Ya? Kenapa ?", tanya Ember yang tidak faham.

"Sebab kau berani pertahankan diri dan bela nasib kau . Jarang aku jumpa gadis yang berani macam kau", jawab Windy.

"Oh, kau pun apa kurangnya. Anggun dan berkeyakinan. Tapi aku minta maaf sebab serang kau . Aku ingatkan kau askar jahat tadi tu",balas Ember.

Semakin rancak perbualan mereka . Dari topik ini beralih ke topik lain.

"Oh ya. Macam mana kau boleh selamatkan diri?",tanya Windy.

"Aku serang diorang. Tapi lepas keadaan jadi semakin tak terkawal, kami berundur dan menyorok ", jawab Ember.

"Kami?", tanya Windy lagi kebingungan.

Tiba tiba terasa gegaran kecil di tanah. Windy yang tak berapa seimbang, mengapungkan diri ke udara.

Muncul lah 3 orang remaja lain dari bawah tanah. 2 lelaki dan seorang perempuan.

"Perkenalkan ini kawan aku. Virnus , Hydro dan Terra",terang Ember sambil memperkenalkan mereka.

Windy hanya senyum menyapa. Dia tidak biasa untuk berkomunikasi dengan orang . Lagi lagi yang baru kenal.

"Perkenalkan pula. Ini Windy. Dia penjaga unsur angin", terang Ember kepada 3 rakannya pula.

"Sama macam unsur kau lah", kata Hydro sambil menepuk bahu Virnus.

"Tak payah lah kecoh sangat", balas Virnus lalu menepuk pula bahu Hydro dengan lebih kuat.

Terra berjalan ke hadapan . Dia menghulurkan tangan .

"Aku Terra, penjaga unsur tanah ",sapa gadis berkulit gelap itu.

Windy menyambut tangannya dengan teragak agak.

"Lari!"

_______________________
to be continued... :)

ELEMENTOM ©️Where stories live. Discover now