Sarjan SOLID

1.2K 140 8
                                    

Cahaya hijau mula membulat dimata askar itu. Plasma itu hanya menunggu masa itu menembak sasarannya dengan mudah.

"Nanti!!"

Kedengaran jeritan dari sebelah kiri. Askar itu menoleh ke jalan dan ternampak seorang remaja lelaki yang sedang berlari di dalam arus kilat.

Sekelip mata sahaja, Dash tiba di sebelah askar itu. Tangannya dikepal lalu menumbuk mukanya. Askar tersebut jatuh sambil memegang rahangnya. Sinaran di matanya hilang.

"Jangan kacau Aqua. Kau kena langkah mayat aku dulu", kata Dash dengan muka bengis.

"Heh, budak tak sedar diri!", jerit askar itu lalu mencekik leher Dash dan mengangkatnya sehingga kaki Dash tidak lagi menyentuh tanah.

Dash hanya terpinga pinga mencari nafas. Tangannya pula cuba untuk melepaskan genggaman lelaki berjambang itu. Muka Dash mula merah kekurangan oksigen.

"Ha ha ha, kau boleh mati dalam genggaman aku sekarang. Jadi bolehlah aku langkah mayat kau macam yang kau minta", kata askar itu dengan gelak jahatnya .

Semakin kuat genggamannya mencekik leher Dash. Aqua yang berasa diatas pokok cuba untuk membantu tapi tiada sumber air pun di kawasan itu. Dia pun mendapat idea dalam saat getir itu.

"Ha ha ha! Lepas budak petir ni mati , giliran kau pulak", riak askar itu laku memandang ke atas pokok.

Terbeliak mata askar itu apabila ternampak Aqua yang sedang membentukkan bebola air gergasi. Dengan pantas, bebola air itu menghempas tubuh askar tersebut sehingga jatuh terduduk. Genggamannya di leher Dash terlepas.

Dash meregang regangkan lehernya yang sudah sakit sakit. Lalu terpancar arus elektrik di telapak tangannya. Dia berjalan pantas ke arah askar yang cuba untuk berdiri itu.

Bzzttt!

Terbaring askar berpangkat sarjan itu dibuatnya. Renjatan yang dikenakan cukup untuk membuatkan dia pengsan selama 2 jam.

Dash menepuk nepuk kotoran yang melekat di bajunya. Bajunya juga telah basah kesan tempias bebola air Aqua tadi.

"Taknak turun ke?", ajak Dash kepada Aqua sambil menghulurkan tangannya kepada Aqua yang masih di terselit ranting ranting itu.

Aqua tidak menjawab. Dia cuma menggelengkan kepala . Aqua masih lagi takut untuk turun walaupun sudah tiada askar di situ.

"Aku nak duduk sini je dulu. Nanti aku turun", jawab Aqua dengan suara yang masih tersangkut sangkut.

Dash hanya tersenyum kecil melihat Aqua. Dia pergi ke kawasan perumahan berdekatan dan memeriksa rumah rumah tersebut. Mana lah tahu ada yang masih selamat kan?

Tak lama selepas itu, Pyro dan yang lain tiba di sana. Zack juga telah trsedar dari pengsan namun masih berjalan dalam keadaan yang lemah.

Geo mendudukkan Zack di bangku kayu di hadapan rumah Aqua. Dia mengipas kipaskan dirinya yang terasa panas.

Mereka berehat sebentar di hadapan rumah Aqua sementara Pyro pergi ke dalam mencari Aqua. Namun batang hidung Aqua pun dia tak nampak.

Aqua yang masih di atas pokok tak perasan dengan kedatangan mereka kerana dia juga telah terlelap ke dalam mimpi di atas pokok.

Reo pergi ke sebatang pokok besar berhampiran rumah Aqua untuk melepaskan 'hajat'. Sudah lama ditahannya sepanjang perjalanan tadi.

Pyro bergegas keluar dari rumah Aqua. Mukanya kelihatan penat bercampur risau.

"Aqua tak ada! Aku dah check", jelas Pyro dengan riak yang mengejutkan.

Semua yang lain turut mula memikirkan macam macam. Izz yang sudah terlampau risaukan keselamatan Aqua , sudah berdiri dan berjalan mundar mandir.

Aqua tersentak dengan jeritan lantang Pyro tadi. Dia menggosok matanya yang masih berat. Dia masih dalam keadaan mamai dan bersedia untuk turun. Dia memandang ke bawah untuk berpijak.

Matanya terbeliak. Mukanya merah padam dan terkejut. Segera tangannya menutup mata.Tak dijangkanya perkara ini pula yang dihadapinya. Bibirnya terketar ketar untuk menjerit .

"Reo!! Tak senonoh!!"

______________________
to be continued... :)

ELEMENTOM ©️Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt