Flashback Ohm II

246 30 4
                                    

Ohm menepuk-tepuk pergelangan bajunya untuk menepis debu yang melekat. Ohm tersenyum senget melihat kesemua tentera berkuda yang mana tadinya kelihatan sangat menggerunkan, kini sedang terbaring di tanah mengerang kesakitan.

'Tak ada lah hebat mana pun rupanya penduduk Planet Elemen ni...,' getus hati Ohm.

Ohm berjalan menghampiri ketua askar itu yang mana sedang memegang bahunya yang sakit akibat terkena tempias panahan petir Ohm sewaktu bertarung.

Ohm merendahkan badannya dan melutut untuk menyamakan ketinggiannya dengan ketua askar itu. Ohm cuba merenung mata lelaki yang 'gah' sebentar tadi, askar itu tidak berani lagi untuk bertentang mata dengannya.

Ohm tersenyum makin lebar. Hatinya puas. Begini rupanya rasa apabila kekuatan kita diakui, rasa seperti seorang yang diagung-agungkan dan digeruni ramai. Satu sensasi yang sangat mengasyikkan.

Ohm menggenggam leher baju ketua askar itu lalu diangkat badannya agar mendekati dirinya. Ohm mendekatkan mukanya dan mengarahkan bibirnya ke telinga askar itu.

"Jawab soalan aku. Mana pemerintah tempat ni? Aku nak jumpa," ringkasnya.

"Er-er..."

"Aku tanya sekali lagi. Mana pemerintah kau? ,"soal Ohm buat kali kedua tetapi dengan suara yang lebih dingin.

"Di Is-istana. Istana Agung Negara Toksik. Ada di bahagian atas bukit sana tu,"jawab askar itu dengan tergagap-gagap lalu menudingkan jarinya ke arah sebuah bukit yang terletak agak jauh dari sini.

Bukit itu agak tinggi, sudah seperti gunung gamaknya. Bukan itu sahaja, malah bukit itu tidak jelas jika dilihat dari jauh dek kerana kabus kehijauan yang berkumpul di sana.

Tanpa berlengah, Ohm berdiri semula dan pandangan matanya jelas menunjukkan bahawa dia mahu fokus terhadap tujuannya itu.

Ohm terus mendepakan tangannya. Tanpa mengambil masa yang lama, Ohm mula terapung perlahan-lahan dan kakinya pun bergerak menjauhi tanah.

Penduduk dan penghuni pasar hanya mampu tercengang memandang Ohm yang semakin lama semakin menjauhi mereka. Begitu juga dengan para askar yang telah tewas itu, mereka sungguh tidak sangka ada orang yang sangat kuat seperti itu. Malah, dia mampu mengawal cuaca!

Ohm tepat-tepat mendarat di hadapan pintu besar istana itu. Tanpa dijemput, pintu gerbang itu dibuka paksa disebabkan impak angin ribut yang dibuat oleh Ohm.

Sebaik sahaja pintu itu terbuka, kelihatan seorang lelaki pertengahan usia yang berpakaian kemas dan mahal sedang berdiri di tengah-tengah bilik tetamu itu.

Lelaki itu langsung tidak menunjukkan wajah gerun. Dia juga tidak menunjukkan sebarang reaksi tentangan. Malahan, lelaki itu memberi riak senyuman dan menyambut kedatangan Ohm dengan memberi tunduk hormat.

"Venom..."

"Ohm. Lama tidak berjumpa". Lelaki itu terus datang ke arah Ohm dan memeluknya.

"How are you? You looks like getting more older and wrinkling since last time we met. Makanan tak cukup sihat ke kat sana?,"soal Venom cuba bersikap mesra.

"Aku tak nak cakap banyak Venom. Bagi aku apa yang aku nak atau kau... akan tahu apa yang aku buat,"seloroh Ohm dengan nada ancaman.

"Wow wow, kasar nampak. Kau dah kenapa? Terdesak macam ajal nak menjemput,"perli Venom sambil menjongketkan sebelah keningnya.

Ohm berang. Dia terus menggapai kolar persalinan Venom dan menariknya menyebabkan Venom sedikit terjengket ke atas. "Aku tak main-main Venom. Kau memang raja di sini, tapi aku tak ambil kisah tentang tu".

"O-Ohm... janganlah macam ni. Le-lepaskan aku dulu. Kita boleh bawa berbincang dengan lebih profesional. Takkan lah kau datang-datang je terus nak rampas negara aku? That's rude man." Venom cuba menenangkan Ohm walaupun dalam keadaannya yang sedikit tercekik.

Ohm melepaskan genggamannya dan menolak Venom menjauhi dirinya. Venom terbatuk-batuk sedikit mencari nafasnya yang tersekat. Dia juga sempat membetulkan kolar persalinan dirajanya itu.

"Aku datang bukan nak negara kau. Aku datang sebab nak cari orang,"jelas Ohm dengan nada yang sudah mereda.

"Orang? Siapa pula seseorang yang kau nak kali ni?"

"Bukan seorang. Tapi 11 orang. Dan mereka semua adalah remaja". Ohm menjemput dirinya sendiri duduk di singgahsana diraja kepunyaan Venom.

Venom sedikit mencebik memandang Ohm yang duduk di tempatnya. 'Nasib baik aku tak mampu nak lawan kuasa kau, kalau tak aku dah pancung kau , kau tahu,' monolognya dalam hati.

Venom menghela nafasnya lalu menghembuskannya semula dengan berat. "Jadi, kau nak cari kat mana? Negara aku ni besar kau tahu. It's not that easy to find."

"Aku tak tahu. Tapi berdasarkan vision Core Center, mereka semua berlainan kuasa elemental"

"Mungkinkah penjaga elemental yang dimaksudkan ni berada di Negara Unitex?"

"Unitex?"

"Ya. Negara tu negara yang mempunyai pelbagai kaum. Semua penjaga unsur berbagai elemental terdapat di sana,"jawab Venom sambil bergerak perlahan ke meja kecilnya. Venom mengambil minuman lalu dihirup perlahan.

"Tapi kalau aku main ceroboh je negara tu secara solo, aku tetap tak boleh nak buat apa,"balas Ohm pula.

"Jadi? Apa yang kau cuba nak terangkan sekarang ni?". Venom cuba memproses kata-kata Ohm yang kedengaran tersirat.

"Aku nak kau bekalkan aku bantuan ketenteraan." Mudah sahaja Ohm memberi perintah sebegitu kepada Venom, sehingga tersedak Venom dibuatnya dan dia jelas terkejut.

"Suka hati kau je! Kau ingat kau-"

"Balasannya, aku akan bagi kau Negara Unitex tu." Ohm terus memotong ayat Venom sebelum sempat Venom menghabiskan amukannya.

Venom jeda seketika. Tiba-tiba, dia rasa tertarik pula pada tawaran yang Ohm berikan ini. Sepertinya sangat menguntungkan. Minda Venom ligat mempertimbangkan idea.

"Macam mana? Aku akan dapat remaja 'Elementom' tu, dan kau... akan dapat Unitex. Sounds like a fair deal, right?"soal Ohm lalu berdiri dan berjalan ke arah Venom.

Ohm meletakkan kedua-dua tangannya di bahu Venom. Dia menepuk-nepuk bahu Venom sambil memberikan senyuman dan menjongket keningnya untuk jawapan.

"Ok. Aku setuju. Tapi pastikan kau kotakan janji kau,"jawab Venom sambil menepis perlahan kedua-dua tangan Ohm di bahunya.

"Okay deal. Dan aku nak kau bekalkan aku bala tentera yang kuat. Bukannya macam lapan orang askar lemah yang kau hantar untuk serang aku tadi"

"About that, chill. Aku akan bagi askar yang paling kuat dengan kemudahan canggih. Askar... Unsur Plasma. Unsur ciptaan aku"

Ohm tersenyum berpuas hati. Dia menghalakan tangannya untuk bersalam dan Venom menyambutnya.

"Deal"

~¤~

ELEMENTOM ©️Where stories live. Discover now