Negara Granit

819 92 14
                                    

Lubang portal pun tertutup.

Dash jatuh ke tanah dengan bergaya. Sempat juga dia membetulkan gaya rambutnya.

Dia berdiri lalu melihat sekelilingnya. Kosong. Hanya tanah tandus yang tak berpenghuni.

Satu makhluk pun tak dapat dilihatnya. Debu debu berterbangan ditiup angin.

"Tempat apa pulak ni?"monolognya.

Dash berjalan ke kawasan persekitaran. Tanah keperangan itu memang dapat dilihat walau kemana pun dia melangkah.

Membosankan. Ya , dia semakin bosan. Tempat apakah ini sudah tidak penting baginya. Dia hanya terfikir untuk pulang .

Brrr...

Brrrrrrrrrr.

Tanah dihadapannya merekah . Lantai terasa sedikit bergegar.

Dash segera menukar posisinya lalu membuka kuda kuda supaya lebih seimbang.

Dia sudah bersedia untuk menghadapi sebarang bahaya yang bakal menjelma.

Dash mengepal tumbukannya lalu terbit elektrik kecil dari tangannya. Dia menggenggam dengan lebih erat lalu dibukanya telapak tangan secepat mungkin.

Bebola petir sudah kemas berada di telapak tangannya . Hanya menunggu masa untuk dilempar.

Tanah semakin merekah dan tiba tiba sahaja munculnya satu lubang dihadapannya.

Zhuuuuu

Muncul satu kelibat keluar dari lubang itu dan dengan pantasnya ia mendarat ke tanah.

Sempat juga kelibat itu membuat gaya seperti superhero filem sebelum berdiri menghadap Dash.

"Woi kau siapa ?"kata orang itu secara selamba.

"Aku Dash. Kau nak apa?"jawab Dash sedikit angkuh.

Orang itu memandang Dash dari atas ke bawah. Namun matanya dengan pantas tertumpu memandang telapak tangan Dash. Bebola petir itu masih tetap di tapak tangannya.

"Ka...kau penjaga unsur petir?!!?"pekik orang itu dengan pantas.

Dia berundur beberapa langkah ke belakang sebelum membuka kuda kuda.

"Pergi kau dari tempat ni!!"teriaknya lalu menghentakkan kaki ke tanah.

Satu batu terapung ke udara lalu ditumbuk oleh orang itu ke arah Dash. Batu besar itu bergerak laju ke arah Dash.

"Wow wow , rileks lah"kata Dash

Dash mengelak ke kiri sebelum melemparkan bebola petirnya ke arah pengguna unsur tanah itu.

Bzzzztttttt!

Tembakannya tepat. Pengguna unsur tanah itu terduduk melutut ke tanah.

"Tt...tak guna kau.."katanya dengan geram.

Orang itu segera berdiri dan berundur ke belakang lalu terus melompat ke dalam lubangnya tadi. Tanah tanah yang berselerakan bergerak memenuhi lubang itu semula.

"Fuh , entah apa apa lah orang tu"keluh Dash kepenatan bercampur lega.

Shuuuuuu!!!!

Dash mengadah ke atas memandang sinaran cahaya Twin Twilight itu. Seketika dia menjadi taksub.

"Aku rasa itu pasti Zack dan adiknya, Shiny"monolognya sendiri.

Belum sempat Dash memulakan langkah, tanah bergegar sekali lagi. Tetapi kali ini lebih kuat daripada tadi.

Brrrrrr.....

Brrrr....

Brrrrrrrrrrrr.....

Brrrr....

Terdapat banyak lubang yang timbul ke permukaan. Lubang lubang itu berada dalam kedudukan tak teratur.

Zhuuu

Dalam masa yang hampir serentak , berbelas orang penjaga unsur tanah melompat ke permukaan.

"Ini lah yang serang saya tadi"kata pengguna unsur yang menyerang Dash tadi.

Mendengarkan aduan itu, semua penjaga unsur tanah itu berasa marah. Mukanya bengis sambil mereka sudah bersedia dengan kuda kuda dan penumbuk di genggam.

"Dia tu bangsa kilat. Lebih lemah dari kita. Jadi jangan takut, kita serang!!"teriak seorang lelaki di tengah kumpulan itu yang kelihatan seperti ketua.

Berbelas batu besar terapung dari tanah lalu bergerak laju menyerang Dash.

"Macam mana ni?!"resah Dash.

Dia mengelak setiap batu itu . Semakin mengelak, semakin Dash mendekat ke arah kumpulan penjaga unsur tanah tersebut.

Apabila tiba masa yang sesuai , Dash dengan pantasnya berhenti.

Dia memejamkan matanya dan....

Bzzzzzzzzttttttttt!!!!!

Pancaran kilat berganda ganda keluar dari badan Dash . Panahan panahan kilat itu secara rawak menyerang ke semua tempat.

Batu batu pecah di tembaknya. Begitu juga dengan batu batu besar yang berada di persekitaran dan tanah juga merekah.

Melihatkan kedahsyatan yang dibuat Dash, penjaga penjaga unsur tanah itu mencicit lari ke lubang masing masing sebelum menghilang.

Dash keletihan . Pancaran kilatnya akhirnya terpadam dengan sendirinya. Detak nafas Dash tak seimbang.

Fuuuu!!

Dash ternampak satu susuk tubuh yang diselubungi api sedang meluncur laju di udara. Dash memandang kelibat itu dengan teliti sehinggalah dia menyedari yang rupanya itu ialah Pyro!

"Pyro!!!"teriak Dash.

"Pyro!!!!!"teriaknya sekali lagi namun ditambah dengan panahan petir yang menyilaukan di sekeliling badannya.

Pyro yang sedang terbang itu ternampak Dash di bawah. Dengan pantas dia meluncur ke bawah.

"Kau nak pergi mana?"tanya Dash.

"Aku nak pergi dekat cahaya gelap tu. Aku pasti tu angkara Shiny dan Zack"jelas Pyro pantas.

"Aku pun rasa macam tu. Terbangkan aku sekali"kata Dash tanpa beralah.

"Sukahati je. Kau tak terbakar ke nanti?"tanya Pyro kembali.

Dash memandangnya dengan muka menyampah . Banyak pula soalan, orang nak cepat ni.

"Aku ni penjaga unsur petir. Lagi panas dari api. Kau apa tahu?"balas Dash.

Dengan segera Pyro mengangkat Dash ke belakangnya lalu terbang ke punca cahaya gelap tersebut.

________________________
to be continued...

Addition
______________________

"Weh Pyro, sebenarnya aku tertanya tanya ni. Macam mana kau boleh terbang eh?"tanya Dash yang duduk di belakang Pyro.

"Jangan tanya,"balas Pyro.

____________

ELEMENTOM ©️Where stories live. Discover now