Puting beliung

886 110 11
                                    

Gelak tawanya yang lantang itu bergema di dalam pangkalan. Mereka yang sedang menyerang juga terpaku memandangnya.

"Hahaha aku akan pastikan kalian tarik balik keputusan korang tadi", kata Ohm yang sudah kelihatan berlainan.

Kini dia kelihatan benar benar lain. Anak matanya yang sudah bertukar merah itu juga menambahkan lagi kesangsian.

Geo datang menerpa ke arah Pyro dan Aqua untuk membantu mereka berdiri sementara Ohm masih dengan ayatnya.

Awan hitam yang berkepul kepul terbentuk di loteng bangunan itu. Tempat itu menjadi sedikit gelap dan mendung. Kemudian Ohm tersenyum menyerigai dan dengan sekuat hati dia pun menjerit.

"Petir Menyambar!", teriak Ohm.

Dengan teriaknya itu, panahan petir mula berkobar kobar. Satu daripada panahan petir itu menghala ke arah Dash dengan pantas namun Dash sempat mengelak ke tepi.

"Tak guna!", jerit Dash lalu berlari ke arah Ohm.

Dia memang geram dengan tindakan Ohm yang menyerangnya secara curi curi.Dipercepatkan langkahnya ke arah Ohm.

Tiba tiba deruan angin kencang bertiup. Sumber angin itu juga entah dari mana. Kekuatan angin itu berjaya menumbangkan Dash. Dash terjatuh ke atas lantai sewaktu lariannya.

"Kuatnya kuasa tu", kata Windy yang tak percaya

Tanah pula terasa bergegar. Retakan mula timbul di lantai simen pangkalan itu.

"Gempa bumi! Bergoncanglah!!!", jerit Ohm sambil mendepakan tangan.

Ohm menggunakan dua teknik serangannya serentak.Gegaran semakin kuat. Gempa bumi ini memang hanya berlaku di tempat ini yang menyebabkan kuasanya tertumpu.

Tanpa disedari,deruan angin kencang Ohm mulai perlahan. Ohm yang masih mengawal gempa bumi itu terkejut dengan perubahan itu.

"Ke..kenapa boleh macam ni?", tanya Ohm yang kehairanan.

Matanya terpacak melihat seorang remaja perempuan yang berambut pendek sedang menggerak gerakkan tangannya ke kanan dan ke kiri.

Itu adalah Windy! Dia kelihatan fokus untuk mengawal arah angin di dalam pangkalan itu supaya berkurangan. Matanya terlihat kegigihan yang dialaminya.

"Jangan kacau kawalan aku budak!", jerit Ohm memandang Windy.

Dia menudingkan jarinya ke arah Windy yang terleka lalu satu panahan petir menyambar laju ke arah Windy.

Bztttt!!

Ohm terkejut. Sekali lagi kuasanya dapat dihalang remaja ini.

Windy terselamat daripada dipanah petir kerana dilindungi perisai besi yang dikawal Stelix.

"Teruskan Windy! Kawal angin ni dan aku akan cover kau",kata Stelix yang mula serius.

Ohm amat geram dengan tindakan mereka. Tak mungkin. Dia tak mungkin kalah dengan budak hingusan seperti mereka!

"Mati lah kau budak tak guna!"

" Puting beliung muncullah!!!!", jerit Ohm sekuat hati.

Angin yang mulanya tadi sudah perlahan dikawal Windy mula bergolak dengan lebih ganas.

Angin itu mula berputar sesama sendiri. Beberapa atap loteng mulai tercabut dan terbang di udara

Mereka yang melihat situasi itu tergamam dan mulai panik. Tak sangka sekuat ini kuasa Ohm.

"Lari! Kita kena keluar ke tempat lapang!", jerit Aqua menegah mereka.

Mereka semua setuju dengan cadangan itu lalu keluar dari pangkalan itu. Pakcik Liq juga tak dilupai untuk dibawa keluar.

Kini mereka sudah berada di halaman hadapan pangkalan itu. Tempatnya luas berbentangkan padang rumput. Tiada pokok pun disitu yang tumbuh kecuali rumput dan lalang.

Dari luar, mereka dapat nampak atap atap genting bangunan itu mulai tercabut dek keganasan puting beliung tadi.

Puting beliung itu juga mulai membesar sehingga terkeluar dari atas loteng bangunan tersebut.

Dinding konkrit juga ada yang retak dan melayang terbang tapi masih ada lagi beberapa yang tinggal kukuh membentuk kuboid bangunan itu.

"Ohm mana?", sayup sayup sahaja kedengaran suara Pyro itu dek kerana bunyi bising puting beliung itu.

Mata mereka meliar mencari kelibat Ohm yang hilang setelah puting beliung itu membesar dan keluar dari bangunan itu. Puting beliung itu mulai bergerak ke arah mereka.

"Tu!", jerit Toni sambil menuding jari ke arah puting beliung tersebut.

Mereka menumpukan pandangan pada puting beliung yang mendekati mereka itu. Dicari kelibat Ohm dimana.

"Aku nampak! Ohm ada di tengah tengah puting beliung tu!"

_____________________
to be continued...

ELEMENTOM ©️Where stories live. Discover now