Sedar

909 101 28
                                    

"A....ap..apa??", soal Hydro terkebil kebil.

"Ya, mereka lah sebenarnya target askar askar itu",keluh Dr. Chrone.

"Jad.. jadi apa yang kita kena buat sekarang?!", kata Virnus.

Remaja remaja itu kelihatan gelabah. Entah apa lagi halangan yang bakal menimpa.

De. Chrone berjalan mundar mandir memikirkan idea . Semestinya tempat ini tidak selamat lagi untuk mereka diami.

Beberapa ketika , jari jemari Pyro mula bergerak. Begitu juga dengan Aqua dan yang lain.

Melihat keadaan mereka, Dr. Chrone segera duduk bersila disamping. Hydro hanya memerhati Geo dan yang lain yang semakin ligat menggerakkan sendi sendi.

Dengan tak semena mena, Pyro bangun dari pembaringan secara melulu. Tindakan pantasnya itu mengejutkan Dr. Chrone hingga terduduk ke belakang.

"Opocot mak kau", terhambur latah Terra dari bibir kecilnya.

Ember tertawa besar mendengar Terra yang melatah spontan. Pipi Tra merona merah menahan malu. Lebih lebih lagi dia ditertawakan Ember sekuat kuatnya.

Virnus yang menyedari muka Terra berubah, menyiku lengan Ember yang masih terkekek kekek.

"Ouch", desah Ember lalu memegang lengannya.

Kini mereka semua telahpun bangun dari 'tidur'. Terkebil kebil mata Reo memandang sekitar.

Toni pula menggapai kacamatanya di sebelah . Mereka sudah bangun ke alam nyata.

Setelah meregangkan sedikit sendi sendi, baru lah Pyro membuka mata. Matanya terbeliak sebaik sahaja dibuka.

"A..apa jadi ni?", tanya Pyro kebingungan.

Matanya menerpa melihat tiga sosok lelaki dewasa yang berdiri kaku berhadapan televisyen. Seorang dalam posisi hendak melompat manakala dua lagi seperti sedang berlari.

"Banyak yang dah jadi",jawab Dr. Chrone ringkas.

"Eh. Kenapa Pakcik Liq ni? Tidur ke pengsan?",tanya Aqua lalu bingkas bangun menerpa ke arah Pakcik Liq.

"Dia pengsan di kawasan semak hujung taman sana. Kami pun tak tahu mengapa", jawab Virnus.

Aqua mengerutkan dahi. Dia yakin pasti ada sebab sebaliknya. Kebenaran juga pasti akan terungkai. Cuma lambat atau cepat sahaja yang menjadi penentu.

Sedang mereka bertanya hal yang berlaku,tiba tiba Dr. Chrone mencelah dengan suara yang agak lantang.

"Itu semua sudah tidak penting. Yang penting sekarang ialah bagaimana hendak mengeluarkan kalian dari tempat ini",kata Dr. Chrone memandang anak mata Windy .

Melalui riak wajah Dr. Chrone, dia memang kelihatan sedang serius. Mesti otaknya serabut dengan bermacam perkara.

Windy menangkap setiap perkataan yang dikeluarkan oleh Dr. Chrone namun baru dia perasan sesuatu.

"Kenapa doktor kata macam tu? Kenapa hanya kami? Ada perkara besar berlaku semasa kami tidak sedarkan diri?",tanya Windy yang mula curiga.

"Kalian lah sasaran sebenar askar askar ini"

Ember memintas soalan Windy. Terlihat wajah Ember yang seperti serius.

Sasaran sebenar askar ni? Askar SOLID? Atau tiga lelaki berpakaian seragam merah ini?

"Sebenarnya.."

Aku membaiki barang teknikal ku. Setelah sudah, aku bersedia memasuki portal masa. Sekilas sahaja aku sudah hilang dari pangkalan

Setelah hampir 36 jam aku berada di Planet Ultra, tiba tiba aku mendapat panggilan dari pangkalan Xenon yang mengatakan telah muncul ramalan dari Core Sferum. Diramalkan akan ada 11 orang pengguna elemental yang akan ke Planet Sferum.

Disebabkan keterujaan, aku menangguhkan dahulu misiku di Planet Ultra. Terus ku kejarkan ke pangkalan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

"Di mana tempat tinggal 11 pengguna unsur itu?",tanya ku.

"Mengikut perkiraan data Core Sferum,mereka sekarang berada di Planet Elemen", jawab Volume sambil jarinya menari di atas papan kekunci.

"Kalau nak maklumat terperinci, mereka sekarang berada di Planet Elemen - Negara Unitex - Bandar Elvetor", kata seorang lagi yang berada di belakang mereka.

"Tapi hati-hati, sebenarnya Ohm dah bergerak ke sana lebih awal dari kita. Dan lagi satu, kau kena ingat bahawa tempoh masa di sana sebenarnya lebih lambat dari planet ini", terang Volume lagi.

"Kami telah menjadi sasaran utama doktor lah sebenarnya?",kata Aqua yang mulai resah dan menjauhkan diri dari Dr. Chrone.

Lamunan Dr. Chrone hancur berkecai. Dia berkira-kira untuk menjawab soalan yang dilontarkan Aqua.

"Ya... dan tidak. Sebenarnya kami mahu melindungi kalian, bukannya seperti askar...", kata kata Dr. Chrone mula bertaburan akibat gugup.

"Cukup doktor. Kami dah faham. Kami dah sedar situasi sekarang", pintas Stelix dengan muka kesal .

____________________
to be continued..

ELEMENTOM ©️Where stories live. Discover now