Negara Lahar

830 97 6
                                    

Aqua jatuh terduduk ke tanah. Dia memandang ke atas dan melihat portal itu sudah tertutup.

"Tak guna punya Ohm dan Kevin. Aku ada dekat mana sekarang ni?", ujarnya seorang.

Aqua berdiri lalu berjalan meninjau sekeliling.

Penat , letih dan haus. Tempat ini terlalu panas dan bahangnya yang kuat. Tentu suhu tempat ini tinggi.

Aqua membelek botol air kecilnya yang di gantungkan di pinggangnya.

"Ah , air dah sikit ", keluhnya

Aqua mengerling ke kiri lalu ternampak sekumpulan budak lelaki yang sedang bermain bola beracun.

Aqua lega. Ada juga penduduk di tempat aneh ini. Aqua berlari ke arah mereka sambil berteriak.

"Hey budak... kakak nak tanya", kata Aqua sambil melambai lambaikan tangannya.

Budak lelaki itu memandang kosong ke arah Aqua lalu sambung bermain.

Aqua tersentak dengan tingkahlaku mereka. Biadap!

Aqua menyinsingkan lengan bajunya ke atas lalu berjalan menghentakkan kaki ke arah mereka.

"Hey! Kakak panggil kamu tapi kamu tak kesah pun kan?!", kata Aqua separa marah.

Seorang daripada mereka memandang Aqua dari atas ke bawah.

"Hmm.. ha nak apa?", katanya.

"Kakak nak tanya dekat mana ada kolam air di sini?", tanya Aqua.

Mendengarkan perkataan 'air' itu menyebabkan kesemua mereka berhenti serentak.

Bola beracun yang mereka mainkan itu secara tak sengaja tercampak ke arah Aqua.

Aqua terkejut sehingga matanya terbeliak. Bola beracun yang bergerak ke arahnya rupanya merupakan satu bola api.

Dengan pantas Aqua membuka botol kecil yang tersisip dipinggangnya lalu mengawal air di dalamnya dan memadamkan bola api itu.

"Penjurus air!!", teriak budak itu.

Mereka berundur ke belakang sambil membentukkan bara api di tangan mereka. Manakala seorang di antara mereka sudah lari masuk ke kawasan perumahan.

"Tembak!",teriak budak itu.

Mereka mencampakkan bebola api sebanyak yang mungkin ke arah Aqua.

Aqua tidak mampu menyerang kerana bekalan airnya sudah habis. Dia mengelak sahaja kesemua bebola api itu dengan cemas.

Tak lama kemudian sekumpulan pengguna unsur api datang ke situ dan turut serta melemparkan bebola api

Aqua kaku. Dia tak tahu apa yang perlu dibuat kini.

"Fikir Aqua fikir", detak hatinya.

Dapat!

Aqua membuka matanya lalu menggerakkan tangannya ke kanan dan ke kiri.

Mukanya menjadi serius . Pandangan matanya tajam seperti pandangan helang.

"Maafkan saya korang, saya tak bermaksud nak buat ni",katanya perlahan.

Shinggg...

Ke semua penduduk itu kaku dan berhenti bergerak. Bebola bebola api berhenti dilempar.

Hanya Aqua yang bergerak seperti biasa.

"Wei.. epe keu deh buet heh?!", kata seorang lelaki yang turut kaku.

"Ianya mudah. Dalam badan semua orang ada air dan saya juga memang penjaga unsur air yang asli", kata Aqua tanpa menurunkan tangannya.

Mereka tersentak. Penjaga unsur air ini....dapat mengawal badan seseorang. Bukankah itu meeupakan penjaga unsur tahap tinggi?

"Keleu nek bunuh kemi, terusken leh!", teriak mereka

"Saya tak sanggup.. saya hanya nak hentikan pergaduhan ini sahaja", kata Aqua

Tiba tiba..

ZYUUUUUUUUUU

Aqua memandang langit jauh itu. Terdapat pancaran cahaya gelap. Twin Twilight itu dapat dilihat dari setiap pelusuk.

"Itu Zack dan Shiny", bisik Aqua perlahan pada diri sendiri.

Aqua bersedia untuk berlari ke sana.

"Wei! Begeimene dengen kemi?!", kata lelaki tadi .

Aqua memandang mereka semua yang hanya tercegat seperti patung. Aqua membuat gaya berfikir.

"Saya perlukan bantuan korang untuk meminjamkan saya kenderaan untuk ke tempat cahaya itu", kata Aqua sambil menundingkan jari.

"Kenepe kene ke sene?", tanya lelaki itu lagi.

"Adalah sebabnya. Boleh tak?", kata Aqua .

Dia meleraikan kuasa Kawalan Badan itu dan membiarkan mereka bebas.

"Okay , pakcik boleh tolong . Ikut pakcik",kata lelaki tersebut mempelawa Aqua.

_______________________
to be continued

ELEMENTOM ©️Where stories live. Discover now