Kerjasama

1.4K 164 10
                                    

Bunyi tiupan wisel itu menamatkan perlawanan . Kubus kegelapan tadi mulai reda.

Penontop di tepi merenung setiap wajah yang masih teguh berdiri digelanggang. Beberapa ketika kemudian, sorakan mulai didengari.

Pelajar dan guru bertepuk tangan dengan teruja tetapi Pyro tidak . Dia merasakan cara permainan ini berlangsung dengan kejam . Perlukah menyerang dengan begitu teruk? Tujuan game ini untuk mengeluarkan peserta bukannya menyerang seperti hendak membunuh teruk!

Lamunan Pyro dibunuh dengan panggilan Cikgu Vibe.

"Peserta acara bertiga boleh naik"

Empat peserta diatas pentas tadi turun dari gelanggang memberi ruang untuk peserta lain.

"Jom" , ajak Aqua . Geo dan Pyro mengikut Aqua dari belakang sehingga lah ke atas pentas.

"Kau tak masuk ke? Semalam kata nak masuk?", tanya Flora kepada Shiny dengan nada sindiran.

"Aku nak masuk lah ni", lantas tangan Flora direntap olehnya dan dibawa ke atas gelanggang.

Flora yang penakut mulai menggigil apabila melihat wajah wajah pelajar yang terkira ramainya bakal melihat dia bertarung . Flora mahu turun tetapi dia tahu yang dia akan dihalang Shiny. Tiba tiba Flora mendapat akal

"Shiny, kita dua orang je . Jadi kita tak boleh masuk lah kan? Ha jadi jom lah turun cepat", Flora mengucapkan kata katanya dengan pantas dan cuba menarik Shiny ke bawah.

Namun tangannya ditarik kembali yang menyebabkan Flora terhenti mendadak.

"Kita boleh masuk . Aku ajak lah seorang lagi"

Kata kata Shiny membuatkan Flora termenung . Siapa seorang lagi?

Shiny mula melambai lambai tangan ke bawah . Cara lambaiannya bagaikan sedang dituju ke arah seseorang . Disebabkan lambaiannya tidak balas sesiapa, Shiny mula menjerit dari atas gelanggang.

"Toni!!!"

Seorang lelaki nerd dibawah memandang Shiny dengan wajah yang terkejut. Shiny menyuruhnya untuk naik ke atas tetapi Toni menggelengkan kepala.

Shiny yang geram terus turun ke bawah lalu menarik tangan Toni ke atas.

Toni menaikkan lagi sapu tangan dimulutnya sehingga menutup hidung. Dia amat malu apabila ramai orang yang memandangnya. Namun, mimpi buruknya ini sedang berjalan dengan lebih teruk kerana perlu menyertai perlawanan.

Cikgu Vibe mengira kumpulan yang ada di atas gelanggang .

"Baiklah . Ada 5 kumpulan yang terdiri dengan 3 ahli ada dekat atas gelanggang sekarang . Jadi pertandingan boleh dimulakan"

Sempat lagi dia menyebut slogan pertandingan keramat ini .

"Hanya perwira sejati yang kekal berdiri "

Sejurus itu, wisel ditiup .

Setiap kumpulan sudah memulakan strategi masing masing.

Luna mula mencampakkan sabit besi ke arah semua kumpulan. Ada beberapa kumpulan dapat menghalang tetapi ada juga yang terkena sabit itu dan jatuh ke tanah.

Geo sempat mengeluarkan bongkah tanah lalu sabit besi menerjah lalu dan tertusuk dalam bongkah pejal itu.

Sabit itu hampir mengenai wajah Shiny tetapi nasib sempat dihalang pokok balak Flora.

"Terima kasih Flora ", ujar Shiny.

Serangan dilemparkan bertubi tubi ke arah kumpulan lain. Serangan bersahut sahutan bagaikan tiada penghujung. Ada peserta yang telah penat dan ada juga yang hampir pengsan tetapi masih meneruskan perlawanan .

Kini tinggal 3 kumpulan ; kumpulan Aqua , kumpulan Shiny dan kumpulan Haiqal.

Pyro memandang ke arah Shiny . Dia tahu di dalam gelanggang, mereka adalah lawan tetapi pemenang yang dipilih berjumlah dua kumpulan. Pyro memberi isyarat mata ke arah Shiny untuk bekerjasama.

Shiny seperti dapat mengagak dan memberitahu kumpulannya. Secara automatiknya , dapat dilihat oleh pelajar yang ada 6 peserta yang cuba untuk menyerang 3 peserta lain.

"Pyro, kau ikut aku" ,kata Shiny.

Mereka berdua bergerak ke tepi .
Aqua pula mula membawa langkah .

Geo menjadi pelindung kepada Aqua dan Flora menjadi pelintung kepada Toni .

Haiqal, Shabil dan Alex menyedari tindak tanduk mereka . Mereka bertiga mula menutup mata dan angin bertiup kencang cuba mengangkat lawannya.

Dalam deruan angin kencang itu, kedengaran sebutan Aqua yang tak berapa jelas.

"Mereka bertiga penjaga unsur angin "

Pyro mengangguk mengerti . Tiba tiba satu sinaran cahaya yang amat terang menyerang seorang daripada penjaga angin tersebut . Alex menghentikan serangannya dan menutup mata.

"Ini merupakan peluang"

Geo menggegarkan tanah di gelanggang hinga retak sedikit . Haiqal hampir terjatuh kebawah tapi dia mula mengapungkan diri dan terbang di atas mereka .

Flora mengeluarkan akar gergasinya dan membelit kaki Haiqal . Haiqal tak mampu nak melawan . Akar diturunkan ke bawah dan didekatkan ke arah Toni . Toni menghembuskan nafasnya ke arah Haiqal dan tidak semena mena, Haiqal pengsan.

Kini tinggal Shabil. Shabil yang ketakutan membuat angin kencang mengelilinginya dan menjadi perisai.

Pyro tersenyum . Tidak disangka rancangan mereka berenam berjalan lancar.Pyro menembakkan tiupan api ke dalam angin itu . Perisai angin yang semakin memanas membuatkan Shabil lemah.

Dia mula turun dengan perlahan sambil matanya yang mulai berat . Dia membuka matanya sejenak dan...

Splash!!!

___________________________
to be continued.... :)

ELEMENTOM ©️Where stories live. Discover now