Tiada pilihan

803 100 5
                                    

Ohm yang berada di tengah tengah puting beliung itu mengawalnya mendekati mereka.

"Lari!!", teriak Aqua.

Mereka semua menoleh ke belakang lalu berlari menjauhi puting beliung itu.

Namun malang menimpa lagi, mereka telah dikepung dengan askar SOLID yang sangat ramai di hadapan mereka.

Dengan auomatiknya mereka menghentikan larian.

"Aku rasa kita kena hadap je semua ni. Kita terpaksa lawan", kata Zack.

"Kau gila ke? Dengan jumlah kita yang sikit ni. Dengan usia kita yang lebih mentah berbanding diorang", kata Windy pula.

"Kita takda pilihan lain", kata Geo pula.

Mereka mula resah . Mahu tak mahu, tinggal satu saja jalan yang tinggal.

"Sekarang.....serang!!", teriak Stelix.

Mereka semua turut berteriak sama lalu berlari ke arah askar askar SOLID yang tak terkira ramainya.

Jaluran hijau terang yang amat banyak menembak tak henti henti. Mereka berlari mendekati askar askar itu sambil mengelak serangan.

Manakala Aqua , Flora dan Toni hanya berdiri memandang yang lain sambil menjaga Pakcik Liq.

"Macam mana ni Aqua?", tanya Flora yang kerisauan.

"Kita tak boleh duduk diam. Kita kena hentikan Ohm dari sini",kata Aqua sambil memandang puting beliung yang semakin ganas.

Flora dan Toni menelan liur. Takkan lah merekea bwrtiga hendak menghentikan puting beliung yang amat besar itu.

"Mahu tak mahu, kita kena cuba", jawab Flora.

Flora mengawal akar menjalar untuk mengelilingi tubuh Pakcik Liq ke tanah. Pakcik Liq dibiarkan begitu supaya dia selamat dan tidak terbang ditarik daya angin itu.

Aqua mulai berjalan perlahan ke arah puting beliung itu sambil memandang dengan serius.

Aqua tidak berlari mahupun berganjak. Dia berdiri tegak memandang puting beliung yang mendekatinya.

"Kau tak payah nak berani sangat budak . Dengan kuasa tahap 3 korang tu, takkan dapat kalahkan aku", suara Ohm kedengaran bergema dari dalam puting beliung.

Aqua tidak tergugat langsung dengan hinaan Ohm itu. Flora dan Toni pun mengikuti Aqua dan berdiri sebelahnya.

"Dia dah cukup dekat . Sekarang!", kata Aqua.

Mereka berdua mengangguk lalu mereka bersama sama berlari ke arah puting beliung itu.

Aqua mengawal air dari dalam tanah lalu mencipta cemeti air. Cemeti airnya itu di libas ke arah puting beliung itu.

Namun cemetinya yang kecil tak mampu memberi kesan.

Flora mengawal kaktus supaya keluar dari dalam tanah. Beberapa kaktus yang berduri itu tercabut kerana angin kuat.

Kaktus kaktus itu mengelilingi puting beliung itu seperti barang yang lain.

"Kau nak lawan puting beliung aku pakai kaktus? Hahahaha", gelak tawa Ohm dari dalam puting beling itu.

"Heh, kau tunggu", kata Flora.

Kaktus itu mengelilingi puting beliung itu mengikut arus angin yang berpusar.

Semakin lama beberapa kaktus itu berpusing ke arah dalam. Ohm terkejut melihat kaktus yang semakin menghampirinya.

Tiba tiba 3 batang kaktus meluru ke arahnya, membuatkan Ohm hilang fokus.

Ohm mengawal petir dari atas awan. Dan dengan pantasnya, satu petir yang besar menembak kaktus kaktus itu hingga menjadi debu.

"Alamak! Tak berjaya", kata Flora yang sedar rancangannya gagal.

Aqua dan Flora tiada cara lain. Mereka berdua serentak memandang Toni.

"A..apa?", tanya Toni yang sedar dirinya diperhatikan .

"Gunakan kuasa kau Toni. Cepat sebelum terlambat!", kata Aqua.

Toni terketar ketar mahu menggunakannya. Dia gementar untuk menggunakan kuasanya.

"Toni! Gunakan kuasa kau cepat", cemas Flora pula.

Puting beliung itu mula menarik barang di sekeliling mereka. Beg beg bekalan merwka ditarik masuk ke dalam puting beliung.

Keadaan semakin cemas apabila badan mereka pula sudah mulai terapung sedikit . Kini mereka pula akan ditelan pusaran besar itu.

"Toni, gunakan kuasa kau. Kejadian yang lepas bukan salah kau. Kuasa kau tak bahaya. Sekarang, kami perlukan kau", kata Flora gigih.

Toni masih gementar. Tangannya perlahan lahan membuka ikatan sapu tangan dimulutnya. Sapu tangannya terbang ditarik angin.

Nafas berat dilepaskan oleh Toni. Dia memandang angin ganas itu.

Matanya juga berubah. Dari asalnya kelihatan gementar,bertukar serius.

"Okay", jawab Toni.

Toni segera menggerakkan tangannya. Lalu gas gas hijau keluar dari bawah tanah dan bergak ke arah puting beliung.

"Racun Pencemar Udara!!",jerit Toni.

_____________________
to be continued...

ELEMENTOM ©️Where stories live. Discover now