Lawan

2.1K 230 34
                                    

Para guru dan badan pengajar bergegas dengan segera ke arah tempat yang dikerumuni pelajar tersebut. Ramainya kerumunan sudah bak semut jumpa gula.

"Apa yang berlaku ni?"soal Cikgu Yennie seloroh tiba di tempat kejadian. Sudah tentu dia turut datang setelah mendengar kekecohan tersebut.

Tetapi disebabkan keadaan yang terlalu riuh-rendah , soalan Cikgu Yennie tidak kedengaran dan hanya dibiarkan tak berjawab oleh sesiapa.

Di celahan antara kerumunan murid itu, kelihatan figura seorang lelaki berpakaian serba hitam dan seorang lelaki kacak berjaket jingga. Setelah ditilik seketika, dapat dicam bahawa itu adalah Zack yang sedang beradu tenaga dengan Dash. Panahan kilat kelihatan sambar-menyambar keluar dari tangan Dash . Aura gelap juga tidak lekang menyelubungi badan Zack.

Mereka berdua berdiri merenung dan menghadap masing-masing dengan berjarakkan hanya beberapa meter. Badan mereka berdua sedikit menunduk dek kerana kelelahan menandakan bahawa sudah seketika juga mereka beradu.

"Ya Tuhan..."keluh Puan Yennie. Dia mengurut dahinya .

Dash menggenggam buku limanya dan bersedia untuk menumbuk Zack . Dengan kepantasan kilat, dia menerpa ke arah Zack sambil penumbuknya dilayangkan ke udara.

Namun dengan pantas, Zack berjaya menepis tangan Dash ke tepi lalu mencampakkan Dash ke belakang menggunakan kekuatan impak aura kegelapannya.

Tetapi Dash masih tidak mahu mengalah. Dia kembali bangkit berdiri lalu meludah ke sisi.

"Heh... tu je kau ada?,"cabar Dash dengan nada sarkastik.

Dash melenturkan petir sehingga menjadi bentuk lembing gergasi dan mencampakkannya ke arah Zack.Zack menerima tentangan Dash lalu mencipta penumbuk gergasi yang berwarna hitam yang bergelora.

Kedua dua serangan mereka bertembung sesama sendiri sehingga menyebabkan impak yang kuat terhasil ke sekeliling. Angin bertiup kencang ke sekeliling sehingga menyebabkan situasi menjadi kabur disebabkan debu yang bercampur udara.

Pertarungan ini masih tidak tamat lagi. Dash memecut larian dengan sangat pantas dan sedia untuk menendang Zack yang sedang berada pada posisi kekuda . Nampaknya sebarang kecederaan tak mustahil untuk berlaku.

"Berhenti!,"pekik Puan Yennie yang akhirnya berjaya melepasi tembok manusia yang menghalang laluannya dari tadi.

Puan Yennie meliar-liarkan kedua tangannya ke udara.Tiba-tiba beberapa akar liar gergasi timbul ke permukaan dan melilit tangan Dash serta paha Zack serta-merta.

Akar itu mengangkat mereka berdua sehingga kaki mereka tidak lagi bersentuhan dengan tanah. Kedua-duanya hanya tergantung di udara terikat dengan akar kawalan Cikgu Yennie.

Rupa-rupanya akar itu timbul bukan semata-mata disebabkan perbuatan Puan Yennie tetapi dia turut dibantu oleh anaknya, Flora. Mereka berdua mengawal semula akar tersebut dan membawa Dash dan Zack turun ke permukaan.

Apabila keadaan kembali reda, guru-guru yang lain segera menjalankan tanggungjawab mengarahkan murid-murid yang tidak berkenaan supaya balik ke kelas masing masing .

"Kamu berdua... masuk,"arah Puan Yennie dingin sambil memberi isyarat untuk ke bilik disiplin.

Zack menjeling Dash. Dash juga tidak mahu kalah membalas jelingan Zack. Kedua-dua mata mereka bertentangan dengan pandangan tajam masing-masing.

"Saya kata masuk,"ulang Puan Yennie segera membelah suasana tegang itu.

Mereka berdua masuk ke dalam bilik disiplin tanpa sebarang dolak-dalih . Wajah mereka masih lagi kelat . Mereka juga duduk dengan kedudukan kerusi yang berjauhan sesama yang lain.

"Apa yang buatkan kamu bergaduh? Kamu tahu kan bergaduh itu berbahaya lebih-lebih lagi kalian menggunakan kuasa kalian dengan teknik yang dahsyat tadi ,"tegur Puan Yennie.

"Bukan saya yang mulakan, Zack yang mulakan . Dia kata orang yang mempunyai kuasa petir ni semuanya pengecut!," ujar Dash ingin membela diri.

"Aku tak ada kata macam itu pun! Tapi Reo kata kau yang ...," belum sempat Zack menghabiskan ayat, Dash menyampuk lagi.

"Tapi Reo yang kata kau memperlekehkan aku!"

Puan Yennie menggelengkan kepala. Tangan kanannya digunakan untuk menongkat dahinya yang sudah pening. Jadi itulah dia punca masalah rupanya.

"Baiklah sekarang saya tahu apa nak dibuat..."

"Shiny... sudahlah menyorok di belakang pintu tu, cikgu nampak,"sindir Puan Yennie secara tiba-tiba.

Perlahan-lahan perempuan berambut kuning bertocang dua memunculkan diri di hadapan bilik.Shiny menunjukkan rupanya sambil tersenyum malu kerana ketahuan. Dia sepatutnya sedar yang cubaan mencuri dengar perbualan mereka memang perkara yang bahaya dan confirm akan diketahui .

"Maafkan saya cikgu , saya tak bermaksud nak..,"pinta Shiny terketar ketar. Habislah aku kena 'masak' lepas ni.

"Dah jangan risau. Saya cuma mahu awak panggilkan Reo dan suruh dia turun ke sini"

Shiny mendongakkan wajahnya dan melihat muka Puan Yennie. Berdasarkan riak muka Puan Yenie, tak ada unsur-unsur gurauan jadi betullah Puan Yennie melepaskannya.Shiny menghela nafas lega. Ingatkan nak kena marah tadi.

Shiny menganggukkan kepala tanda mengerti lalu segera mengambil langkah naik ke kelas 3 Gema yang berada pada tingkat 3 blok B.

Setibanya di sana, tanpa salam tanpa khabar Shiny pun merempuh masuk ke dalam kelas itu.

"Weh Reo , Puan Yennie nak jumpa kau di bilik dia,"kata Shiny sekilas

"Alamak..., "wajah Reo yang sedang gembira bergurau bersama rakannya sebentar tadi serta merta berubah pucat.

_____________________________
to be continued.... :)

ELEMENTOM ©️Onde as histórias ganham vida. Descobre agora