Fajar pagi

1K 116 0
                                    

Fajar pagi telah menjelma. Sinar mentari menyinari suasana. Pakcik Liq memaksa dirinya yang masih mengantuk untuk bangun.

Dia menggosok gosokkan matanya yang agak kabur. Di perhatikan Ember, Hydro , Virnus dan Terra yang masih tidur. Eh, mana perginya Spike.

Pakcik Liq segera berdiri . Dia mengeliat sedikit untuk meregang regangkan otot yang sudah berehat lama. Dia terus ke bilik Dr. Chrone.

Diselaknya langsir bilik Dr. Chrone perlahan lahan. Pakcik Liq tidak mahu mengganggu tidurnya.

Rupanya Dr. Chrone sudah terjaga. Dia menyandarkan belakangnya di kepala katil sambil membaca buku. Dr. Chrone yang perasan kedatangan Pakcik Liq segera membuka kacamatanya.

"Selamat pagi pakcik", sapa Dr. Chrone lalu menyimpan bukunya tadi ke dalam begnya.

"Selamat pagi. Pakcik nak tanya, Spike ada ke datang sini?", tanya Pakcik Liq . Manalah tau Spike tidur sini ke.

Dr. Chrone hanya menggeleng lalu keluar dari selimutnya. Dia bangkit dari katilnya lalu mendekati Pakcik Liq.

"Dia tak ada dekat ruang tamu ke?",soalan dibalas soalan.

Mereka berdua kembali ke ruang tamu . Hydro dan rakannya masih lagi nyenyak tidur.

"Saya cari di luar, kamu cari di dapur", arah Pakcik Liq perlahan namun cukup didengari Dr. Chrone.

Pakcik Liq membuka pintu utama perlahan lahan . Tak mahu mengejutkan yang lain. Dia melihat sekeliling . Tak ada pun, di pokok pun tiada.

Manakala Dr. Chrone mencari di dapur. Sebelum ke dapur, dia pergi memeriksa tandas dahulu.

"Tak ada dalam tandas", kata Dr. Chrone perlahan pada Pakcik Liq.

Pintu tandas terbuka sahaja menandakan tiada orang di dalam. Dr. Chrone terus melangkah ke dapur pula.

Ternampak sosok badan yang sedang membuka peti ais. Dr. Chrone perlahan lahan mendekati orang itu.

Terdengar langkah Dr. Chrone, lelaki itu menoleh ke arah Dr. Chrone segera. Di tutupnya pintu peti ais secepatnya.

"Er, maafkan saya. Saya lapar", kata Spike yang terkejut beruk apabila ternampak Dr. Chrone.

Dr. Chrone hanya mencebik melihat telatah Spike. Rasa kelakar pun ada. Dr. Chrone memanggil Pakcik Liq untuk ke dapur.

"Spike! Kamu tak apa apa lagi?", tanya Pakcik Liq seraya memeluk badan Spike.

"Saya tak apa apa. Dah sihat dah, semalam kan anak pakcik dah sembuhkan saya", jawab Spike .

"Ya betul tu. Tapi mana kamu tahu tu anak pakcik?",tanya Pakcik Liq.

"Sebab... muka dia nampak seiras dengan pakcik", jawab Spike tersekat sekat.

Pakcik Liq hanya mengangguk. Dia melepaskan pelukannya dari badan remaja itu.

Hydro dan yang lain sudah terjaga . Tapi mereka masih duduk dalam keadaan mamai.

Pakcik Liq yang menyedari semua orang sudah bangun , segera ke kabinet dapur untuk membuat air. Pagi pagi begini perlulah sarapan.

Pakcik Liq menghidangkan beberapa cawan air teh dan meletakkannya di tengah ruang tamu. Dia mempelawa yang lain untuk minum.

Dengan keadaan yang agak malu malu, mereka menjamu air teh kosong itu. Air bujang bak kata orang tua tua.

Matahari mula naik ke atas. Dah hampir tengahari . Mereka hanya duduk sambil bersembang bertanya satu sama lain . Tiada apa lagi yang boleh dibuat .

"Ha bagaimana kamu boleh lolos dari pangkalan SOLID?", tanya Dr. Chrone pada Spike.

Soalan Dr. Chrone yang mendadak itu menyebabkan Spike tersedak kuat air yang sedang diminumnya. Terbatuk batuk dia cuba melegakan tekak.
Setelah sedikit lega, dia mula menjawab

"Macam ni, sebenarnya...."

______________________
to be continued... :)

ELEMENTOM ©️Where stories live. Discover now