Tujuan

870 106 9
                                    

Tumbukan berapi Ember tepat mengenai pipi mulus Tetha. Tetha jatuh terbaring ke tanah.

"Cepat! Kita kena balik segera sementara dia masih terbaring", arah Ember cemas namun sedikit tegas.

Tanpa berlengah waktu lagi, Hydro dan Virnus memapah Pakcik Liq . Ember memimpin di hadapan manakala Terra menjaga dari belakang.

Tinggal beberapa meter lagi untuk sampai. Mereka memperlahankan sedikit pergerakan mereka kerana sudah keletihan.

Rumah tersebut sudah kelihatan. Kini mereka berada di sebelah bangku jalan tempat mereka berjumpa Dr. Chrone .

"Ha, tinggal sikit lagi", kata Terra mendekati rumah itu.

"Hati hati!!", teriak Ember setelah memandang Terra di belakang.

Terra yang terkejut dengan jeritan ember lantas menoleh ke belakangnya. Alangkah berdebar rasanya apabila kelihatan Tetha yang berlari laju menghampiri mereka sambil lidah tajamnya sudah dikeluarkan.

"Cepat kita kena masuk", kata Ember.

Ember mengintai muka depan pintu kerana hairan melihat pintu yang dibiarkan terbuka dan bunyi bising di dalam.

Diintainya sedikit melihat keadaan. Terbeliak matanya apabila ternampak 3 orang lelaki dewasa sedang cuba menyerang Dr. Chrone. Seorang daripadanya kelihatan tidak bergerak.

"Kalau masuk ni,lagi bahaya",bisik hati Ember.

Ember kembali ke rakan rakannya yang lain. Dia berlari tercungap cungap ke arah mereka.

"Kita tak ada pilihan ", kata Ember menatap wajah tiga rakannya itu.

"Apa kau cakap ni? Straight to the point jelah!", suara Terra meninggi akibat gementar.

"Kita kena lawan Tetha", kata Ember muktamad.

Mereka tak tahu apa sebabnya dan kenapa perlu lawan 'gadis lidah' itu. Namun jika itu lah yang perlu, itu lah yang perlu dilakukan.

Virnus dan Hydro meletakkan Pakcik Liq ke tanah. Mereka berempat berdiri sebaris menghadap Tetha yang sedang berlari dan semakin hampir dengan mereka.

"Aku akan hapuskan kalian berempat macam lalat. Lalat yang suka menyibuk!", bisik hati Tetha memandang mereka berempat yang kelihatan sudah berbaris.

Tetha kini tepat tepat berada di hadapan mereka. Di geselkan lidahnya perlahan di jalan tar sehingga berbunyi. Bunyi macam besi gesel dengan kertas pasir je.

Tetha menghayunkan lidahnya dengan laju ke arah mereka. Mereka berempat tak kelihatan mahu melarikan diri pun. Mahu bunuh diri kah?

Lidahnya meluncur laju hendak menikam perut Ember. Tiba tiba..

Lidah Tetha di genggam oleh Ember dengan tapak tangan bara nya. Tetha berada amat panas dan seperti lidahnya sudah melecur.

"Ah!! Lepaskan lidah aku!", desah Tetha .

Tiba tiba kakinya pula mulai mengangkang. Tetha menjenguk kakinya. Kedua dua bulu lalinya telah dikunci dengan tanah dan sedikit demi sedikit membuatkannya terkangkang. Macam nak buat split tu.

Bebola air gergasi pula kini terapung di atas kepala Tetha . Perlahan lahan bebola air itu turun kebawah dan merendam kepala Tetha di dalamnya.

Tetha kelihatan terkapai kapai mencari nafas. Beberapa ketika kemudian, Tetha pengsan. Secepat mungkin Hydro membuang bebola airnya ke tanah.

"Dia dah pengsan. Baringkan dia lepas tu jom masuk ke rumah",kata Virnus.

Mereka pun bergegas memasuki rumah sambil mengusung Pakcik Liq.

Kelihatan 3 orang lelaki tadi tidak bergerak. Apa jadi? Main mannequin challenge ke?

"Kamu semua okay?",tanya Dr.Chrone yang terduduk keletihan di tepi .

"Kami okay. Tadi kami dikejar oleh seorang gadis mana entah. Nama dia Tetha",kata Hydro.

"Tetha? Mutan katak beracun tu pun datang juga?",soal Dr. Chrone.

"Doktor kenal?", soalan berbalas soalan.

"Ya, askar Wisdom juga. Nampaknya puak Wisdom memang berusaha nakkan mereka ", ujar Dr. Chrone yang kelihatan risau.

"Mereka? Apakah yang dimaksudkan dengan 'mereka'?", tanya Hydro

"Apa tujuan askar Wisdom ni? Apa yang diorang nak?",soal Terra pula.

"Jawab doktor!!!!"

Tiba tiba sahaja Ember melantangkan suara. Mungkin kerana geram melihat Dr. Chrone yang membiarkan mereka bertanya sendirian.

Dr. Chrone mengeluh kecil. Wajahnya seperti hendak mengatakan sesuatu namun ditahannya. Akhirnya di beranikan juga untuk berkata.

"Tiba masanya saya hilangkan dinding rahsia antara kita semua. Sebenarnya askar Wisdom dan askar SOLID juga mahukan...", terang Dr. Chrone perlahan.

"Mereka", sambungnya sambil menudingkan jari kepada Pyro dan 11 rakan lainnya yang masih tidak sedarkan diri.

_____________________
to be continued...

ELEMENTOM ©️Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz