Perwira

330 36 3
                                    

Diam!

~End flashback~

"Ohm, Kevin... sekarang kita dah setaraf"

"Tak! Tak mungkin! Tak ada siapa setaraf dengan aku! Bukan korang, bukan Wisdom, bukan sesiapa!,"bentak Ohm yang seperti sudah hilang akal.

"O-Ohm... kau okay tak ni?,"soal Kevin sambil cuba mendekati rakannya itu.

"Arghhh!!"

Raungan Ohm yang sangat lantang itu memberhentikan niat Kevin untuk lebih mendekati.Ohm menggunakan tenaga penuhnya. Permukaan tanah kawasan tersebut mula bergegar.

Remaja-remaja Elementom yang baru sahaja tadinya yakin dan bersemangat, kembali gelisah. Tidak terkecuali juga penduduk-penduduk bandar Elvetor yang. Masing-masing mula memeluk keluarga dengan erat.

"Korang semua...,"ringkas Aqua menyapa rakan-rakannya. Tanpa disuruh, mereka masing-masing menolehkan kepala memandang Aqua yang membuka bicara.

"Kita... tak boleh sia-siakan pengorbanan Spike! Apa pun yang terjadi, kita kena pastikan pengorbanan mereka semua dituntut!,"seloroh Aqua dengan aura kepimpinan.

Pyro tanpa perlu berfikir panjang, terus mengangguk setuju. Windy juga tidak membantah. Diikuti dengan Izz, Geo, Zack, Shiny, Flora, Stelix, Toni dan Dash.

Mereka tampil menjadi benteng barisan hadapan penduduk Elvetor yang kegusaran. Ohm senyum senget. Kevin tidak begitu, dia sendiri pun mula bimbang dengan sebarang kemungkinan akan berlaku. 11 orang remaja tahap 9 menentang rakannya tahap 9 yang berpengalaman. Ini memang gila!

Tanpa sebarang kata mukaddimah, Ohm terus terapung ke udara dengan pantas menjadikan dirinya tumpuan pandangan semua orang. Dia terasa megah apabila berada di awangan dan jauh di atas semua orang, terasa seperti pangkatnya dijulang.

"Hahaha. Budak-budak Elementom, korang fikir korang dah cukup kuat lawan aku bila dah mencapai tahap 9 tanpa sebarang pengalaman? Silap! Aku dah cukup berbelas kasihan dengan korang. Kalau korang tak nak ikut aku ke Wisdom... korang takkan dapat ke Xenon juga! Mampus lah korang!"

Serentak itu, tanah yang daripada tadi bergegar mula merekah. Rekahannya tidak kecil, malah sangat besar dan merebak dengan sangat pantas.

Remaja Elementom panik. Bukan kerana kuasa Ohm yang tiba-tiba meningkat naik, tetapi kerana target Ohm tidak lagi hanya diri mereka tetapi termasuk orang-orang lain yang menjadi mangsa keadaan.

"Lari! Semua lari jauhkan diri dari tempat ni!,"laung Shiny menjadi sukarela untuk membawa yang lain menjauh.

Tetapi usahanya tidak membuahkan hasil apabila rekahan tanah itu sudah pun mula mengelilingi mereka dan menghalang sesiapa daripada lari daripada 'medan pertempuran' itu.

"Macam mana ni?,"soal Stelix yang juga buntu berbaur panik.

"Tak apa. Mesti ada penyelesaiannya! Kita masih boleh tangani,"optimis Pyro cuba memberi semangat kepada semua orang walaupun dia sendiri meragui kata-katanya.

"Hahaha! Kau nak cari penyelesaian apa kalau korang kena  tangani ni sekali!"

Tiba-tiba mereka terdengar daripada jauh seperti bunyi air yang besar sedang berlaga dan deras menuju mereka. Semua memaling ke arah sumber bunyi dan alangkah terkejutnya mereka apabila melihat limpahan air bak banjir bersaiz tsunami menuju ke arah mereka. Ohm memang nekad!

ELEMENTOM ©️Where stories live. Discover now