Penjaga unsur air

1.8K 213 16
                                    

Aqua segera berlari ke arah tempat memasak. Dia terkejut apabila di terlihat masih terdapat seorang daripada petugas kantin yang terperangkap di dalam .Aqua hendak merempuh sahaja api itu tetapi ia terlalu besar dan berasap tebal.

Tetapi satu yang mengejutkannya ialah kehadiran Pyro yang berada di hadapan pintu keluar. Pyro kelihatan berdiri di sana dengan muka penuh cemas. Pyro memandang Aqua.

"Termenung apa?! Cepat tolong padamkan api ni!". Pyro melantangkan suaranya kerana keadaan sedang riuh-piuh ketika ini.

Aqua perlu mendapatkan jalan alternatif yang lain dengan segera . Sedikit terlengah, nyawa petugas itu mungkin akan terancam .

Walaupun petugas itu merupakan penjaga unsur, tetapi dia tak tahu menggunakannya . Kemahirannya hanya digunakan dalam menyediakan makanan untuk pelajar.

Aqua terfikirkan satu idea dalam waktu yang genting itu . Tetapi dia memerlukan kerjasama dari rakan-rakannya . Tanpa diarah, Aqua segera berlari ke arah tempat murid murid dikumpul dengan pantas.

"Sesiapa disini merupakan penjaga unsur air? Aku perlukan bantuan kalian untuk memadamkan api itu,"teriak Aqua sambil matanya meliar mencari sukarelawan atau sukarelawati.

Namun tiada seorang pun yang sanggup menawarkan diri . Tersirat ketakutan yang tersembunyi di setiap wajah pelajar itu . Mereka hanya mendiamkan diri dan menunduk menukur lantai.

Aqua hampa dengan keberanian penjaga-penjaga unsur air lain . Dia tidak mendapat sebarang bantuan seperti yang diperlukannya . Mungkin ini lah yang menyebabkan orang ramai berkata bahawa penjaga unsur air ni semuanya lemah-lemah.

Tetapi stereotaip itu sedikit pun tidak melemahkan azamnya untuk menyelamatkan pekerja kantin dan memadamkan kebakaran itu.

Aqua tidak takut untuk tercedera mahupun jikalau nyawanya dipertaruhkan. Apa yang ada di fikirannya kini hanyalah, menyelamatkan sesiapa yang lemah. Dia terus berlari ke arah kawasan yang sudah tebal dengan asap itu.

"Mana bantuan?!,"soal Pyro sambil terbatuk-batuk.

"Tak ada. Cuma ada kita berdua je!,"jawab Aqua

Tanpa berlengah , Aqua menggerakkan tangannya ke kiri dan ke kanan untuk mengawal air yang terdapat pada kolam yang tak jauh dari kawasan itu. Tetapi air yang dapat diangkat hanyalah sedikit memandangkan dia merupakan penjaga unsur tahap 3 sahaja.

Sambil Aqua mengawal air, Pyro pula cuba untuk mengawal api yang marak itu supaya reda dan semakin kecil.

Dia menggerakkan kedua tangannya ke hadapan dan menolak api tersebut supaya semakin rendah.

Namun Pyro tidaklah sekuat mana, api pun kembali membesar dan menjadi semakin marak .

Aqua juga tidak henti-henti menyimbah api tersebut dengan bebola airnya yang kecil namun api tetap gagal dipadamkan.

Tiba-tiba mereka berdua terlihat bebola air gergasi yang datang entah dari mana . Bebola air yang terhuyung-hayang itu terus menghentam api sekaligus memadamkannya.

Aqua dan Pyro menoleh ke belakang . Rupa-rupanya pelajar- pelajar penjaga unsur air yang lain telah bergabung membentukkan bebola air tersebut.

Aqua tidak menyangka yang bantuan seramai itu akan tiba. Aqua terharu sehingga bergenang air matanya di tubir mata. Aqua amat berterima kasih kepada mereka kerana membuktikan bahawa penjaga unsur air tak semuanya lemah.

Pyro yang berada di tepi melihat Aqua berpelukan sesama rakannya dan turut tumpang gembira.

Cikgu Sean dan Puan Meriline datang sejurus api terpadam .

"Maafkan kami, kami terlambat . Tadi ada mesyuarat jadi cikgu-cikgu tak mengetahui perkara ini,"ujar Cikgu Sean.

"Tak sangka kamu semua bergabung untuk memadamkan api ini bersama. Cikgu bangga dengan kalian di atas keberanian yang tinggi ini," puji Puan Meriline.

"Kebakaran ni semua berpunca daripada Pyro cikgu!,"kata satu suara mengesyaki Pyro

Pyro yang sedang menolong petugas kantin itu keluar hanya tersentak dan membisu di atas tuduhan itu.

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

Kringgggg!!!

Mereka semua diarahkan ke kelas setelah loceng berbunyi menandakan tamatnya waktu rehat kecuali Pyro dan Aqua yang diarahkan untuk pergi ke bilik disiplin.

Peristiwa tadi masih lagi menjadi buah mulut segelintir pelajar di dalam kelas.

Izz duduk termenung di dalam kelasnya sambil membayangkan kejadian tadi . Dia merasakan bahawa Aqua itu terlalu berani bagi perempuan dan usia semuda itu . Izz tersenyum sendirian.

Cikgu Sajoo masuk ke kelas agak lambat . Mungkin banyak urusan kelas lain yang mengganggunya tadi.

Dia memang cukup dikenali pelajar dengan bidangnya dalam mengajar subjek sejarah. Semua murid berdiri untuk memberi salam tetapi Izz masih termenung memandang tingkap.

"Izz , termenung apa lagi tu?," tegur Cikgu Sajoo.

Izz tersentak . Dia segera bangun dari tempat duduknya dan bersedia untuk memberi salam.

Cikgu Sajoo tersengih melihat telatah Izz.

"Baiklah hari ini saya akan mengajar kalian tentang sejarah negara kita, Unitex . Tetapi sebelum itu kamu tahu kan bagaimana negara kita terbentuk?,"tanya Cikgu Sajoo lagi.

Murid murid menganggukkan kepala mempersetujui kata kata Cikgu Sajoo.

Tiba tiba seorang murid mengangkat tangan untuk memberi soalan .

"Tapi cikgu bukankah dulu semua negara berperang?,"tanya murid itu .

__________________________
to be continued .. :)

ELEMENTOM ©️Where stories live. Discover now