Senja

940 108 0
                                    

Spike berusaha untuk melepaskan dirinya. Dia mula menumbuhkan beberapa batang pokok seri pagi lalu membelit beberapa askar berdekatan.

Tiba tiba dia ternampak seorang askar yang berpangkat koperal sedang mencekik maknya. Lelaki itu menggenggam leher maknya dan mengangkatnya ke atas.

"Kau nak berhenti ataupun nak mak kau mati", ugut lelaki itu dengan pandangan tajam ke arahnya.

Spike terkedu. Apa yang boleh dibuatnya sekarang. Melepaskan diri atau menyelamatkan maknya.

Spike menundukkan kepala. Pokok pokok seri pagi itu mulai layu dan melepaskan askar yang dibelitnya. Dia menyerah. Spike tak sanggup melihat maknya terseksa disebabkan dirinya.

Spike mengalah lalu berlutut di lantai. Dia memandang lelaki itu dengan wajah meminta simpati.

"Saya mengalah", ujar Spike menghela nafas berat.

"Heh.. bagus",ujar lelaki itu dengan tenang lalu melemparkan maknya ke tanah.

"Tuan Ohm nak kami hapuskan mereka berdua?", tanya seorang askar itu lalu mendekati lelaki berpangkat koperal tersebut.

"Tak payah. Aku rasa aku ada cadangan yang lagi bagus", kata Ohm dengan nada kejam.

Dia menarik lengan mak Spike lalu didirikannya. Dia menggenggam rahangnya sambil memandang Spike.

"Kau nak keluar kan tadi? Okay aku bagi kau keluar. Tapi kau kena ikut cakap aku", ugut Ohm sambil tertawa jahat.

Spike akur. Tidak boleh melawan dan tak boleh juga membantah. Apapun jua yang disuruhnya perlu dipatuhi kerana nyawa maknya kini dalam genggaman askar koperal durjana itu.

"Bagus betul. Jadi apa yang kau perlu buat ialah..", kata Spike tergantung apabila disampuk Ember.

"Sudah lah tu, kami dah tak nak dengar. Dah hampir senja kau bercerita",keluh Ember lalu pergi ke dapur.

"Ya, lagipun kau dah cerita part kau kenal ayah aku", sampuk Hydro pula .

"Dah hampir senja dah ni. Nanti malam mereka bangun lah tu", kata Dr. Chrone sambil mengusap kepala Toni.

"Baiklah, ayah nak pergi cari kedai berdekatan. Bekalan makanan kita dah sikit", kata Pakcik Liq pada anaknya lalu keluar dari rumah.

Spike hanya duduk di sofa termenung sendiri. Terra memerhatikan perangai anehnya.

"Kau termenung tentang apa?",tanya Terra membunuh lamunan Spike.

Spike terkejut dan sedikit terpinga pinga. Dia bagaikan baru masuk ke dunia yang nyata. Termenung jauh lah tu.

"Tak, tak ada apa apa. Err... aku nak ikut Pakcik Liq lah. Nak tolong dia cari kedai", kata Spike yang sedikit cemas.

Dia segera menyarungkan seliparnya lalu bergegas pergi.

"Kau taknak tolong ayah kau ke?", tanya Virnus pada Hydro.

Hydro sedikit tersentak. Betul juga katanya itu. Spike terlalu rapat dengan ayahnya. Mereka seolah olah seperti...anak beranak dan Hydro seperti dilupakan begitu sahaja. Kenapa aku tak tolong ayah aku dulu?

"Nanti aku pergi lah tolong. Aku nak tengok cerita ni . Lagipun kena jaga diorang",jawab Hydro sambil mengalihkan pandangannya dari televisyen ke arah mereka bersepuluh yang masih terbaring.

_______________________
to be continued.. :)

ELEMENTOM ©️Where stories live. Discover now