Kevin

841 98 14
                                    

Seorang askar yang masih berdiri terpinga pinga. Hanya dia seorang yang kekal berdiri.

"Mana kau nak lari?", tanya Ember.

Askar itu tidak melarikan diri malah mengejar Ember yang berada beberapa meter dihadapannya.

Bum!

Askar itu jatuh ke tanah dek kerana tembakan api Pyro.

"Nampaknya sekarang baru dah selesai", kata Ember bernada lega

Mereka memandang kearah Aqua , Flora dan Toni yang sudah menghapuskan puting beliung itu.

Mereka berlari mendekati mereka bertiga.

"Hebatlah,korang dah berjaya", puji Shiny.

Ohm yang masih tertiarap itu mengangkat badannya perlahan. Sendi sendi nya terasa amat sakit. Namun dia masih kekal dengan gaya senyuman sinis.

"Tahniah budak, kerjasama korang dah berjaya. Aku terharu", kata Ohm memerli.

Dia mengangkat dirinya lalu berdiri. Ditepuk tepuk debu dipakaian .

Semasa itu juga, Pakcik Liq menyedarkan diri. Dia menggosok matanya tak percaya dengan keadaan berlaku.

Sedar sedar sahaja, sudah teebaring di atas rumput berikatkan pokok. Banyak barang bertaburan di tanah.

"Apa jadi ni?", tanya Pakcik Liq mahukan kepastian.

"Pakcik Liq!", ujar Flora

"Ayah!", ujar Hydro lalu mendekati ayahnya.

Flora membuka ikatan pokok itu supaya Pakcik Liq boleh berdiri.

"Hahaha orang tua tu dah bangun. Bagus",kata Ohm bertepuk tangan.

"Kauu....", kata Pakcik Liq menahan geram.

"Kau masih ingat aku? Kenal aku lagi? Kuat juga ingatan kau ni"

"Tapi takapa, aku bagi korang semua ingat lagi seorang ni", sambung Ohm lalu tersenyum menyerigai.

"Kevin, muncullah", kata Ohm ringkas.

Tiba tiba satu portal gelap muncul di sebelah kanan Ohm. Mereka yang menyaksikan serta merta terkejut.

Keluarlah satu susuk badan lelaki yang hampir sebaya dengan Ohm dari portal itu.

"Wah, kau dah jumpa budak Elementom tu, hebat",puji Kevin menghadap Ohm.

"Aku memang hebat. Dah, tugas aku dah selesai. Sekarang giliran kau",kata Ohm kepada Kevin

"Dia pun gelarkan kami dengan nama Elementom?"

"Maksudnya adakah dia juga dari tempat yang sama seperti Dr. Chrone dan Ohm?"

"Maksudnya dia adalah Wisdom juga. Habislah"

"Dan apa pula yang dimaksudkan dengan giliran? Tapi yang pasti situasi sekarang memang teruk"

Pyro tersentak apabila rakan rakannya yang lain berada dalam posisi menyerang.

"Wah, memang berani betul budak ni", kata Kevin .

Aqua dan Hydro serentak menembak Tombak Air ke arah Kevin.

"Apakah?!"

Kedua dua tombak itu tidak mengenai Kevin. Tombak tombak itu hilang setelah memasuki portal yang Kevin buka dihadapannya.

"Hahaha nice try kids", ujar Kevin

"Aku rasa aku nak bunuh watak utama lah, biar cepat sikit cerita ni habis", kata Ohm menanyakan pendapat Kevin.

"Good idea bro.",balas Kevin tersenyum kejam.

"S...siapa watak utama?", tanya Flora

"Habislah ...kuasa kita tak cukup kuat",adu Shiny.

Dengan pantas, Ohm mengangkat tangan kanannya ke atas lalu memetik jarinya.

Sekelip mata sahaja, satu petir gergasi yang merah menyala datang ke arah Pyro.

Bzttttttt!!!!!!!

Pyro tergamam. Pakcik terbaring dihadapannya. Pakcik Liq dalam keadaan hampir rentung.

"P-p...pakcik Liq"

______________________
to be continued.. :)

ELEMENTOM ©️Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt