Berjuang!

1.5K 167 19
                                    

Stelix menoleh ke atas . Terlihat kelibat Juwita yang mengacukan penumbuk tanahnya ke arah Stelix . Stelix mencipta perisai timah sepantas yang mungkin dan menghalang serangan Juwita .

Juwita menumbuk perisai timah itu bertalu talu . Semakin lama ia semakin kemek dan retak. Stelix mulai risau tentang nasib dirinya.

Fush!!!!

Juwita terkeluar dari gelanggang akibat deruan angin kencang yang dicipta oleh Windy. Stelix berterima kasih kepada Windy menggunakan isyarat mata, namun Windy tidak mempedulikannya.

Windy mencipta puting beliung kencang sehingga mencampakkan dua peserta lain ke luar gelanggang . Dua peserta itu terbaring dengan riak wajah yang terkejut dengan kebolehan Windy.

Kini tinggal Windy dan Stelix sahaja di atas gelanggang . Mereka bertentangan mata dengan pandangan yang bagai hendak membaham sesama sendiri . Bagaikan ada arus elektrik kecil yang sambar menyambar terdapat dipertengahan pandangan mereka .

Stelix tahu yang Windy bukan calang calang orang dan sukar untuk ditewaskan .

Prttt!!

Tiupan wisel menghentikan langkah mereka berdua . Kedua dua mereka menoleh ke arah Cikgu Vibe yang berada di tepi gelanggang.

"Baiklah , kita dah jumpa dua pemenang . Sekarang masa untuk acara bergu pula ", kata Cikgu Vibe dengan pantas.

Stelix dan Windy keluar dari gelanggang. Kini baru Stelix sedar ,setiap acara akan ada dua peserta dipilih .

Peserta bergu segera menghayunkan kaki mereka dan menaiki pentas gelanggang yang diperbuat daripada simen perak itu . Terdapat pelbagai jenis unsur yang berada di atas kini . Mata Shiny tertumpu ke arah Zack yang berkumpulan dengan Dash.

"Abang ! Buat betul betul!", teriak Shiny .

Pyro hanya memandang ke arah Shiny . Rupa rupanya Zack merupakan abang kepada Shiny .

"Tapi mereka kan sebaya?" Pyro bertanya sendirian di dalam hatinya. Pyro mengetepikan persoalannya dahulu dan fokus untuk melihat perlawanan.

Reo terfikir hendak menyertai perlawanan setelah beberapa kali dia membatalkan niatnya tadi . Tapi pertarungan perseorangan dah berlalu, jadi dia perlu mencari seorang partner untuk menyertai acara bergu .

Mata Reo berhenti menjalar setelah terpandang Izz yang kelihatan berkarisma sedang berdiri sambil menyilangkan tangannya ke dada.

"Izz , jom ", ajak Reo sambil memberi isyarat menggunakan bibirnya . Izz mahu mengendahkannya tapi tangannya ditarik ganas oleh Reo . Mereka pun memasuki gelanggang.

"Weh Zack, tengok sebelah sana . Kita tewaskan jelah budak mangkuk tu", ajak Dash dengan nada angkuh sambil menudingkan jari ke arah Reo.

Walaupun Dash kelihatan seperti seorang yang selamba, tetapi dia dan Zack masih menyimpan dendam terhadap Reo di atas penipuannya tempoh hari.

Zack tersenyum sinis. Habislah Reo itu dibelasah teruk dengan mereka.

Prtt!!

Wisel ditiup . Murid yang di luar gelanggang bersorak nama peserta yang disokong mereka . Tetapi kebanyakannya , nama Dash yang dilaung . Almaklumlah , ramai pelajar wanita yang tertarik dengan kekacakannya.

Pesert mula mencipta gerakan masing masing . Dash mula berlari laju mengelilingi gelanggang. Hanua tunggu masa sahaja untuk menyerang Reo.

Reo mula menjadi cemas kerana kebanyakannya kumpulan bercadang untuk menyingkirkannya . Reo memandang Izz untuk bertanyakan rancangan apa yang perlu dibuat .

Izz hanya menjawab dengan tenang.

"Kita go on with the flow"

Reo kebingungan kerana mendapat pasangan yang acuh tidak acuh seperti Izz.

Rebecca mula meniup angin puting beliung ke arah Reo. Di dalam pusaran itu dapat dilihat pasangannya ,Azmi mencipta bebola petir . Bebola petir itu di campak ke arah Reo . Reo ketakutan dan menutup matanya dengan kedua dua telapak tangan .

Bzttttt!!!

_________________________
to be continued... :)

ELEMENTOM ©️Where stories live. Discover now