Selesai?

795 103 11
                                    

"Racun Pencemar Udara!", jerit Toni

Ohm yang sedang memuji dirinya sendiri terkejut. Kepulan gas hijau keluar dari tanah tempat yang hendak ditujuinya.

Gas gas hijau itu keluar tanpa henti. Gas tersebut mulai disedut masuk ke dalam puting beliung.

"A..apa benda ni?", kata Ohm yang berasa tidak selamat.

Angin kencang yang berputar itu telah bertukar warna. Daripada warna asalnya yang berwarna kelabu, bertukar kepada hijau mengikut warna gas itu.

Ohm yang mulai panik sudah berpeluh. Dia yang terapung apung itu sudah mulai pucat.

Beberapa saat selepas itu, Ohm mulai menunjukkan reaksi. Ohm terbatuk batuk beberapa kali.

"Uhuk! Uhuk! Tak guna", kata Ohm.

Toni yang berada di permukaan tanah memandangnya dengan wajah serius.

Ohm mulai pening apabila dia tidak berhenti dari batuk. Gas hijau itu jugq tidak henti henti daripada menambah stok ke dalam puting beliung.

Muka Ohm pucat kerana kekurangan oksigen. Dia pasti udara yang menjadi puting beliung ini sudah dipenuhi racun pencemar.

Ohm bertambah pening sehingga berat untuk membuka matanya. Disebabkan itu, rentak pusingan puting beliung itu tak stabil.

Teras puting beliung sudah tidak kukuh. Angin kencang itu mulai bergoyang tak tentu arah. Setelah beberapa ketika perkara itu berlaku , tiba tiba...

Puff!

Puting beliung itu terus hilang. Ohm yang sudah lemah itu jatuh ke tanah pada ketinggian 7 meter.

Barang barang serta konkrit konkrit yang dibawa terbang tadi juga jatuh berselerakan ke tanah.

Satu batang pokok yang agak besar jatuh di sebelah Ohm. Hampir sahaja batang pokok itu menghempap badannya.

"Tsk! Kurang ajar kau", kata Ohm lemah.

"Kau dah kalah Ohm", kata Aqua memandangnya yang sedang tertiarap.

Sementara itu...

"Pyro! Tunduk!", ujar Stelix.

Pyro yang sedang sibuk mengelak serangan askar SOLID itu secara spontannya terus menundukkan badan.

Stelix melemparkan pisau timau ke arah kedudukan dada Pyro tadi. Pyro dapat merasakan angin dari pisau itu melintasi belakangnya yang sedang menunduk.

Seorang askar yang hendak menyerang Pyro dari belakang terus ditikam pisau tersebut.

Geo pula menghentakkan kakinya ke tanah lalu tanah cerakah yang besar timbul ke permukaan. Cerakah itu menghentak tiga orang askar SOLID yang berlari ke arahnya ke tanah.

Windy terbang ke udara lalu membuat libasan angin ke arah beberapa askar yang lain.

Zack berlari ke arah seorang askar SOLID lalu terus hilang berdebukan bayang. Tiba tiba Zack muncul di atas askar itu dan menyepaknya jatuh.

Shiny menembak bebola cahaya ke arah askar itu sambil dibantu Ember dan Virnus.

Izz mencipta lantai ais dan menyebabkan beberapa askar yang berlari tergelincir dan jatuh. Terra dan Hydro bekerjasama membuat lumpur hasil campuran kuasa tanah dan air mereka.

"Sana!",kata Terra.

Hydro menjirus air ke arah empat orang askar SOLID dan diikuti Terra yang mencampurkan tanahnya menjadi lumpur.

Reo pula menjerit tak henti henti ke arah beberapa askar SOLID yang mengepungnya. Entah mengapa lah Reo selalu ditarget ramai.

Seorang askar SOLID menembak lasernya ke arah Geo . Namun dapat dihalang menggunakan perisai Stelix.

Dua orang askar pula menembak lasernya ke arah Shiny.

"Uuu terima kasih bagi bekalan", jawab Shiny sambil tersenyum.

Shiny tidak mengelak mahupun lari dari tembakan itu. Malah dia menadahkan tangannya menyambut tembakan mereka.

Askar askar itu terkejut.

"Terima kasih bagi plasma ni", kata Shiny.

Shiny membentukkan plasma itu menjadi bebola di telapak tangannya.

"Nah makan balik!", kata Shiny separuh menjerit.

Dia mencampakkan semula plasma itu ke arah askar tadi. Askar itu tak sempat mengelak lalu ditembak .

"Dah selesai?", tanya Pyro menepuk nepuk seluarnya.

"Hampir selesai", kata Ember.

____________________
to be continued..

ELEMENTOM ©️Where stories live. Discover now