Bencana

1.3K 153 14
                                    

"Murid murid dipersilakan beratur mengikut kelas", arah Puan Lin.

Murid murid yang baru memasuki dewan bergegas memasuki barisan kelas mereka.

Izz berjalan dengan tenang ke arah barisan kelasnya yang sudah tidak jauh dihadapannya.

Sesekali dia memandang ke arah murid murid yang sudah duduk dalam barisan. Matanya segera dialihkan ke hadapan semula apabila ternampak Zack di belakang barisan 3 Gempita.

Dia pun duduk di barisan di hadapannya.

Pyro berlari dengan terhegeh hegeh memasuki dewan. Syukur, dia tidak lah terlalu lambat seperti selalu.

Setelah semua murid mula memenuhi ruang dewan, Puan Lin mula untuk memberi ucapan permulaan.

"Dah puas cuti semua? Ke ada yng tambah cuti lagi", ucap Puan Lin dengan sedikit nada bergurau.

Setelah perhimpunan berlangsung selama 1 jam, murid murid dibenarkan untuk ke kelas.

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Puan Zakiah menyapu rumahnya yang sudah bersepah walaupun baru pukul 10 pagi . Bawah kerusi, belakang almari dan atas almari habis diterokainya dengan penyapu.

"Dari tadi asyik cerita CJ Wowshop ni je", kata Puan Zakiah setelah memberhentikan penyapuannya.

Dia pergi ke meja ruang tamu untuk mengambil alat kawalan jauh. Butang off dicarinya. Sebaik sahaja dia hendak menekannya, media berita terpampang di depan skrin.

"Beri apa pulak tiba tiba pukul 10 pagi", kata Puan Zakiah lalu membatalkan hasratnya untuk mematikan televisyen.

Berita gempar! Satu kumplan askar pengganas telah menyerang kawasan Bandar Elvetor. Kedatangan mereka dijangka adalah untuk menculik semua Elementom(spesis yang boleh menggunakan unsur).Dianggarkan sudah hampir beribu orang diculiknya. Sila berhati hati. Awasi keluarga dan anak anak anda daripada..."berita dimatikan. Puan Zakiah sudah mula mengalirkan air mata kerisauan. Tidak tertahan risaunya yang amat tarhadap Pyro.

"Pyro. Anak aku.."

Puan Zakiah segera mengambil kunci dan mengunci rumahnya. Dia menyarungkan selipar jepun nya . Puan Zakiah berlari ke arah SM Elvetor tanpa berfikir tentang apa apa lagi selain keselamatan anaknya.

"Cukuplah aku dah kehilangan suami . Aku taknak kehilangan anak aku sekali"

Sesekali air matanya dikesat. Langkahnya terhenti di pertengahan jalan. Beberapa askar SOLID dilihatnya di hadapan. Puan Zakiah berancang untuk berundur ke belakang dan cari jalan yang lain. Tetapi dia telah dikepung dari belakang juga.

Puan Zakiah telah terkepung dari kedua dua arah. Matanya memandang ke semua arah mencari jalan keluar namun sudah tiada. Puan Zakiah redha.Tiba tiba terukir senyuman sinis di bibirnya.

"Kau nak tangkap aku? Jadi kau kena 'cuba' ", kata Puan Zakiah dengan tenang.

Tiga askar SOLID mendekatinya .Puan Zakiah memandang tajam ke arah askar itu. Genggaman tangannya dibuka. Terbentuk satu api merah di tangannya.

Tanpa berlengah, Puan Zakiah melontarkan beberapa bola api ke arah askar itu.

"Aku nak selamatkan anak aku, Pyro daripada pemerintahan korang. Aku pasti dia akan buat korang semua merana dasar askar upahan durjana!", teriak Puan Zakiah sambil meneruskan tembakan.

Dua dari askar itu mengelak manakala seorang lagi tidak. Dia hanya berdiri tegak dan membuka kacamata hitamnya sambil memandang ke arah bebola api itu.

Satu sinar cahaya kehijauan keluar deras dari matanya. Bebola api itu terus musnah dan lesap.

"Un-unsur apa itu?", kata Puan Zakiah yang terkejut.

"Unsur plasma. Unsur buatan kerajaan ",jawab askar itu dengan angkuh sambil menyarungkan kaca matanya semula .

Tiba tiba tangan Puan Zakiah direntap dari belakang. Beberapa askar itu menangkap Puan Zakiah yang sudah tidak boleh berbuat apa apa.

Dua orang askar SOLID menggangkat Puan Zakiah ke tempat lain manakal yang lain meneruskan misi mereka di tempat lain.

__________________________
to be continued... :)

ELEMENTOM ©️Where stories live. Discover now