Negara Logam

385 55 0
                                    

"Kau datang pada masa yang tepat anakku...,"kata Raja Venom lalu datang ke arah Toni.

Raja Venom menepuk-nepuk bahu anak tunggalnya itu sebagai tanda meraikan kedatangannya.

"Bagaimana tinggal di Negara Unitex kamu tu? Tentu membosankan betul tak?,"soal Raja Venom.

Toni hanya diam tak menjawab. Lagipun dia tidak fokus langsung untuk mendengar apa yang diperkatakan ayahnya, kerana fokusnya daripada tadi ialah Windy yang terduduk di hadapan mereka.

"Haha. Apalah soalan ayah ni kan... mesti lah kamu sudah bosan. Kerana itulah kamu balik ke sini, betul tak?,"soal Raja Venom lagi.

Toni menganggukkan kepala perlahan. Cukup untuk membuat ayahnya faham bahawa dia mengiyakan kata-kata ayahnya.

"Dan kamu sangat beruntung anakku. Kebetulan, kedatangan kamu disambut dengan kehadiran dua orang penceroboh yang telah menceroboh negara kita"

"Kamu kan dulu paling menyukainya. Kamu suka untuk menyeksa tebusan dan hamba , jadi ayah rasa kamu pasti teruja untuk membuat mereka berdua merana,"kata Raja Venom lagi.

"Ya-yaa. Sudah tentu,"jawab Toni ringkas.

'Toni... dia sanggup untuk menyeksa kami berdua? Sedangkan dulu dia nampak seperti budak yang baik...Dasar talam dua muka!,'monolog Windy.

Tanpa disedarinya, Windy sudahpun mengepalkan tumbukannya akibat kegeraman.

"Baiklah Toni, kamu tolong masukkan perempuan angin ke dalam kurungan tersebut bersama dengan budak bunyi itu,"arah ayahnya kepada Toni.

Raja Venom pun meninggalkan ruang tersebut. Dia bergerak ke kawasan rehat , tak lain tak bukan untuk mengisi kekosongan perut.

Tinggallah Toni berseorangan berdiri di hadapan Windy. Toni dan Windy tidak henti-henti merenung mana masing-masing.

"Haa raja jahat tu dah tak ada. Toni, cepat lepaskan aku. Ini peluangnya,"kata Reo dari dalam kurungan.

Toni hanya memandang Reo sekilas sebelum kembali merenung Windy. Toni bergerak menuruni tangga yang sangat mewah tersebut mendekati Windy.

"Bangun,"ringkas Toni.

Windy terkesima. Apa? Dia mengarahkan aku?

"Bangun aku kata, tak dengar ke?,"ulang Toni dengan nada yang sedikit ditinggikan.

Namun Windy masih begitu. Matanya dijegilkan memandang rupa Toni yang mana sudah berubah serta-merta.

"Aku kata bangun kan!,"bentak Toni lalu menggenggam lengan Windy.

Toni menyentap tangan Windy secara paksa. Windy juga mahu tidak mahu terpaksa berdiri akibat kesakitan.

"Woi Toni! Jangan kasari Windy lah! Kita kan kawan!,"jerit Reo dari dalam kurungan dengan lantang.

"Kawan? Sejak bila kita kawan?! Korang pun pernah anggap aku kawan ke ha?!". Tiba-tiba Toni membentak dengan suaranya yang naik seokaf.

Reo terkedu. Dia agak terasa akibat dimarahi sebegitu.

"Ka-kau dah lain Toni. Kau tak sama macam yang aku kenal. Kau biasanya baik, pendiam, pemalu, sopan dan...."

"Lemah?! Dan lemah kan?! Aku memang nampak lemah, sebab tu korang semua sisihkan aku betul tak?!,"balas Toni memotong kata-kata Reo.

Reo terkedu sekali lagi. Kali ini, dia betul-betul terbisu. Toni sangat berlainan, Toni yang dulu tidak sama lagi dengan apa yang dilihatnya didepan mata.

Windy yang berada di dalam genggaman tangan Toni cuba meronta untuk dilepaskan.

Namun Toni tetap memegang lengan Windy hanya dengan wajah bersahaja. Dia menyeret Windy ke arah kurungan.

ELEMENTOM ©️Where stories live. Discover now