Askar SOLID

1.1K 149 2
                                    

Pyro hanya duduk di bangku yang selalu didiaminya jika ke kantin. Dia hanya menunggu barisan untuk membeli makanan sehingga berkurang.

Geo yang ternampak Pyro keseorangan, berjalan ke arahnya dan mengambil tempat di sebelah Pyro. Diperhatikan Pyro yang termenung keseorangan itu.

"Kenapa seorang je? Mana Aqua?", tanya Geo.

"Aqua tak datang hari ini. Dia demam", jawab Pyro ringkas.

Barisan di kantin mula reda, dia segera berlari di barisan belakang . Sudah tidak tertahan lagi perutnya yang lapar itu. Sesekali jam tangannya di belek.

"Dah pukul 11.45 . Waktu rehat dah nak tamat", keluh Pyro seorang diri.

Tiba tiba suasana menjadi kecoh di luar sekolah . Ramai orang menjerit jerit dan ada juga bunyi tangisan.

Pelajar Tingkatan 3 yang berada di kantin menoleh ke arah pintu pagar sekolah. Begitu juga dengan pelajar Tingkatan 1 dan 2 yang sedah belajar di dalam kelas.

BOOM!

Pintu pagar ditembak dan tercabut . Beberapa orang yang memakai uniform askar mula memasuki sekolah. Semakin lama semakin ramai jumlahnya.

Seorang dari askar itu terpandang murid yang terdapat di kantin.Beberapa murid yang sedar dengan kedatangannya mula lari.

"Hari ini ada lawatan askar ke sekolah ke?", tanya Pyro.

"Tak tahu", jawab Geo sebelum menggigit sandwich nya semula.

Askar itu sudah berada hampir dengan kantin. Murid yang masih di kantin ada yang bertepuk kagum. Maklumlah pertama kali ada askar melawat sekolah.

Tiba tiba askar itu membuka kacamatanya. Sinar cahaya kehijauan terpancar dari matanya dan menuju tepat ke arah kantin. Satu tembok ais gergasi menjadi penghalang. Cikgu Sajoo yang mencipta dengan segera.

Cikgu Sajoo yang kelihatan sudah penat menahan serangan askar yang ditmbak bertalu talu itu mula memandang ke arah Izz.

"Larikan diri. Bawa rakan kamu", ucap Cikgu Sajoo perlahan namun cukup didengari Izz.

Izz yang mula cemas segera mengarahkan semua pelajar di kantin untuk lari ke dewan. Pelajar mula berpusu pusu meninggalkan kantin. Pyro yng berlari di belakang menoleh ke kantin . Terlihatnya Cikgu Sajoo yang sudah terbaring dan diangkat askar SOLID.

"Dekat dewan ni kita selamat", kata Izz.

"Kenapa kami kena ikut cakap kau?", ujar Zack tiba tiba.

Izz memandang ke arah Zack dengan pandangan tajam. Tiba tiba bunyi ketukan kuat didengari di luar dewan. Berkali kali pintu dewan itu diketuk dengan kuat sehingga hampir pecah.

"Macam mana ni?", tanya Stelix yang semakin cemas.

"Aku tak tahu. Biasanya Aqua pandai dalam bagi cadangan tapi hari ini dia demam", jawab Pyro.

Pintu pecah akibat dirempuh . Empat orang askar memasuki dewan.

"Serahkan diri. Jadi kami tak akan cederakan adik", pujuk askar itu dengan suara yang agak serak.

Rebecca tampil ke hadapan menyerahkan dirinya. Kemudian Sean dan diikuti juga dengan Haiqal. Murid yang lain terkejut dengan tindakan mereka. Tiba tiba Windy juga melangkah ke hadapan.

"Windy, kau pun nak serah diri?", tanya Pyro yang terkejut.

Windy menoleh ke arah mereka . Dia tersenyum ringkas. Ringkas sahaja jawapannya.

"Aku bukan bodoh"

Dia memandang ke arah askar itu lalu keadaan di dalam dewan menjadi sejuk. Angin kencang bertiup deras mengelilingi dewan.

"Aku tak akan perbodohkan diri untuk mengalah .."kata Windy sambil memandang sinis ke arah askar askar itu.

"Sebab hanya perwira sejati yang kekal berdiri!"

_________________________
to be continued... :)

ELEMENTOM ©️Where stories live. Discover now