Hutan

847 106 20
                                    

"Cepat . Kita kena bergerak lebih pantas daripada sekarang ", kata Spike sambil mengetuai di hadapan.

Mereka meneruskan larian memasuki hutan. Dengan waktu yang kelam seperti ini, tempat ni kelihatan persis seperti hutan berhantu.

Sukar untuk melihat. Mereka berjalan pun hanya bersuluhkan cahaya bulan .

Pokok pokok semuanya kelihatan besar. Dengan dahan dahan berdaun dan pokok menjalar, menyukarkan lagi perjalanan.

"Kita dah berada hampir dengan pertengahan hutan. Jadi hati hati sikit", pesan Spike tanpa menoleh ke belakang.

"Tunggu!", jerit Shiny.

Mereka berhenti . Masing masing memandang Shiny .

"Jalan ni dah makin gelaplah ", kata Shiny.

Dia pun mula menggesel geselkan kedua belah tapak tangannya.

Digeselkan lebih laju dan..

Tring!

Cahaya biru muncul dari telapak tangannya. Cahaya berbentuk sfera itu terapung di atas tapak tangan Shiny.

"Eh, macam mana kau boleh hasilkan cahaya. Bukan ke kau perlukan sumber cahaya matahari?", tanya Flora di sebelahnya.

"Memang lah tapi itu untuk cahaya kuning. Cahaya biru ni aku gunakan hablur dingin atas cuaca malam",terang Shiny.

Nampaknya Shiny bijak mengaplikasikan keadaan sekeliling. Dia juga pandai menggunakan kuasanya dengan cara yang pelbagai.

"Ha bagus jugak idea kau ni. Boleh suluhkan cahaya untuk perjalanan ",kata Spike .

"Aku pun boleh juga lah", kata Pyro.

Pyro memetikkan jarinya lalu terpancar api kecil dari ibu jarinya.

Mereka yang melihat Pyro tergelak dengan lagaknya. Jangan nak menunjuk sangat kalau tak pakar. Apa bak kata orang tu, bagai pipit dengan enggang

"Kau bawak pemetik api ke Pyro?",perli Geo sambil tergelak.

Mereka yang lain juga masih tergelak. Nak lawan Shiny guna api kecil tu, pergi baliklah.

Tapi tak boleh nak balik pulak sebab nanti kena tangkap dengan askar SOLID pulak.

"Takpayah lah ejek aku sangat ", ujar Pyro dengan nada merajuk.

"Haha tak payah terasa", pujuk Aqua sambil menggosok belakang Pyro.

Pyro menarik nafas lalu menghembuskannya semula. Terpaksa lah terima je dengan ejekan yang diterima.

Mereka meneruskan perjalanan. Kini mereka berada di tengah tengah hutan.

Tiba tiba sahaja Zack berteriak.

"Hati hati!", jeritnya .

Zack menarik badan Toni supaya menunduk. Sejurus selepas itu, sebatang anak panah meluncur hampir dengan kepalanya lalu tercacak ke batang pokok di belakang.

"Apa tu?!", soal Reo menggelabah.

"Ada jerangkap samar. Jaga pergerakan!", pesan Zack.

Mereka mendekatkan diri masing masing. Ketakutan dikongsi bersama. Badan Flora yang menggigil ketakutan dipeluk Shiny.

"Jangan risau. Aku ada", pesan Shiny pada rakan baiknya itu.

"Kita kena teruskan perjalanan tak kira apa yang berlaku", tegas Spike lalu berjalan ke hadapan.

Mereka yang lain berpandangan sesama sendiri lalu memandang Spike. Spike ni tak takut langsung ke apa.

Mereka membuntuti Spikedari belakang. Spike berjalan terlalu pantas sehingga sukar untuk mengikutinya .

Ember, Hydro , Virnus dan Terra dah berapa kali terjatuh dek tersadung akar kayu.

Sudah lama mereka berjalan, kelibat Spike semakin pudar. Tidak lama kemudian, mereka kehilangan jejak Spike.

"Macam mana ni? Spike dah hilang. Kita nak pergi mana?", resah Flora.

Geo memegang tanah tempat mereka berpijak. Beberapa saat kemudian, dia kembali berdiri.

"Tidak jauh di depan, kita dah keluar dari hutan",kata Geo.

Zack meliarkan pandangannya . Lalu dia memberitahu mereka.

"Laluan di hadapan clear. Tiada halangan",kata Zack.

Mereka pun teruskan perjalanan ke hadapan. Beberapa meter lagi untuk keluar .

Cahaya mulai kelihatan daripada hujung jalan di hadapan. Itu pasti jalan keluar. Mereka melangkah berhati hati ke sana.

Tiba tiba satu gas asing tersembur ke arah mereka. Gas itu membuatkan setiap dari mereka pening.

"Ini...gas...tidur..", kata Izz sebelum rebah.

"Ini kerja kau ...ke Toni?", tanya Pyro yang semakin mamai.

Toni menggeleng sebelum turut rebah.

Mereka semua tertidur lalu jatuh ke tanah. Tiada seorang pun yang berdiri kini.

Tiba tiba seorang remaja lelaki datang lalu berdiri di hadapan badan mereka semua. Dia hanya berdiri tanpa membuat apa apa.

"Maafkan aku semua", kata Spike sambil memandang mereka yang tidak sedarkan diri.

___________________
to be continued..

ELEMENTOM ©️Where stories live. Discover now