Bebas dari Markas

328 47 6
                                    

"Kita tak boleh mengalah Flora. Kita kena kekal bersama melawan Ohm. Kita pasti boleh! ,"pujuk Stelix yang melutut di sebelah Flora dengan bait-bicaranya yang lembut.

"Ta-tapi... macam mana? Kit-kita dah tak ada harapan dah. Kita dah tak ada cara lain...,"

"Masih ada cara"

Satu suara asing tiba-tiba mencelah dan memotong kata-kata Flora. Mereka semua terkejut dan terus memandang kelibat yang terselindung dengan kabus itu. Kelibat itu mengipas-ngipaskan kabus agar menjauhi wajahnya.

"Spike?!"

Spike tersenyum dan mencekakkan kedua-dua tangannya ke pinggang lagak posing adiwira yang berjaya mengalahkan kejahatan. Spike juga menayangkan senyumannya sebagai maklum balas namanya disebut.

----------------------------

"Weh Ohm! Tu budak Spike tu kan? Asal dia pergi jumpa budak-budak tu?,"soal Kevin sambil menyiku-nyiku Ohm yang sedang fokus terhadap kuasanya. Ohm membuka matanya yang tadi tertutup dan melihat Spike yang berada di hadapan budak-budak ELEMENTOM itu.

"Ish! Manalah aku tahu. Biar lah dia, dia bukannya berguna lagi dah .Dah-dah,kau pun tak payah kacau aku tengah kumpul kuasa,"bantah Ohm lalu kembali menutup matanya.

---------------------------

Spike berjalan pantas ke arah mereka sambil melambai-lambaikan tangannya. Fikirnya bahawa mesti mereka terkejut dan gembira dengan kehadirannya . Namun malangnya... dia tersilap.

Setibanya Spike di hadapan mereka, dia kembali membuat posing heronya itu sambil meninggi dada.

"Hai semua! Rindu aku tak? Haha aku rasa korang mesti...",

"Aduh!"

Belum sempat Spike menghabiskan ayatnya, pipi putih sebelah kirinya mendapat satu layangan tumbukan. Serta-merta Spike jatuh terduduk ke tanah. Diusapnya pipi putih itu yang perlahan-lahan merona merah.

Spike mengangkat wajahnya dan memandang Zack dengan wajah tak percaya. Kenapa pula Zack tiba-tiba menumbuk aku?

"Ke-kenapa kau tiba-tiba...,"

"Kenapa aku tiba-tiba tumbuk kau? Berani tau tanya soalan macam tu lepas apa yang kau dah buat kat kitorang?!,"pintas Zack membuatkan Spike menjeda ayatnya.

Melihatkan Spike yang membuat riak wajah tidak bersalah, membuatkan Zack semakin galak dengan amarahnya. Dia menggenggam penumbuknya sambil rahangnya juga diketap kuat.

Zack datang menghampiri Spike yang terduduk di tanah. Dia menggenggam dan mengepam penumbuknya berkali-kali dengan helaan nafas yang kencang.

Terbit peluh dingin di dahi Spike melihatkan Zack yang bergitu berang semakin mendekatinya. Namun Dash segera meluru ke arah Zack dan memegang badannya untuk menahan daripada sebarang pergaduhan berlaku.

"Wowowo , sabar Zack sabar. Ramai perempuan kat sini, lagi-lagi adik kau pun ada. Tak manis dipandang orang,"pujuk Dash yang masih lagi memegang bahu Zack.

Zack yang daripada tadi cuba untuk melepaskan diri daripada Dash, terus akur dan berhenti mendesak untuk badannya dilepaskan. Dia tersenyum sumbing seketika.

"Heh, betul juga. Jadi apa kata kalau aku heret kau kat tempat lain. Situ kita settle kan masalah ni, man to man business. Amacam?," soal Zack sambil menjongketkan sebelah keningnya.

Sekelip mata, tangan kanannya merentap kasar kolar baju Spike dan memaksanya untuk berdiri. Spike terkial-kial apabila diheret oleh Zack secara paksa.

"Abang!,"jerit Shiny. Namun hanya diabaikan oleh Zack.

"Zack!". Kali ni bukan suara adiknya. Bukan juga mana-mana suara rakannya yang lain.

Zack menoleh ke belakang untuk mencari punca suara itu. Alangkah terkejutnya dia apabila dia ternampak ibunya yang sedang melambai.

"M-mama?,"soal Zack untuk kepastian lalu melepaskan kolar baju Spike yang digenggamnya. Terbatuk-batuk Spike mencari nafasnya.

"Ya Zack. Ni mama. Dah berapa kali ibu kata jangan buli orang?,"tegur ibunya. Shiny pula sudah berdiri di sebelah dan memeluk ibunya dengan sebelah tangan.

Zack serta-merta berlari ke arah ibunya dan tanpa berfikir panjang, dia mendepakan tangannya lalu memeluk luas ibunya dan adiknya itu. Pyro tersenyum melihat adegan yang mengharukan itu. Satu persatu rakan-rakannya memeluk keluarga masing-masing. Pyro tersenyum nipis dan agak tawar. Matanya redup ketika dia mula termenung menekur lantai.

"Pyro termenung apa tu? Meh sini,"satu suara menjerkah lamunannya.

Pyro kenal benar dengan suara itu. Suara yang setiap pagi membangunkannya dari tidur. Suara yang menegurnya setiap kali dia melakukan kesalahan. Suara yang acap kali memujuknya apabila dia kesedihan memikirkan bapanya.

"Ibu!"

Pyro berlari dan menghempaskan badan memeluk ibunya itu dengan erat. Erat sangat.

"Adui. Pyro rasa makin berat pula semenjak mak tak ada. Kau makan apa ha?,"soal ibunya dengan gayanya yang amat dikenali Pyro. Kasar tetapi penuh prihatin.

Pyro hanya tersenyum tanpa membalas soalan ibunya. Dieratkan lagi pelukan kemas pada badan perempuan yang disayanginya itu.

Namun apabila tersedar seketika, Pyro terus mengangkat mukanya dan menatap wajah ibunya itu.

"Tapi... macam mana ibu dengan semua orang... dapat melepaskan diri?". Soalan yang daripada bermain di mindanya akhirnya dicurhatkan juga agar dapat terjawab. Pyro melihat ke sekitarnya . Dia mendapati semua rakan-rakannya sedang memeluk ahli keluarga masing-masing.

Aqua dengan mak dan ayahnya. Izz dengan bapanya. Shiny dan Zack bersama ibunya. Windy dengan mamanya. Dash memeluk ibunya dan ayahnya. Stelix memeluk adik-beradiknya beserta kedua orang tua. Manakala Toni pula hanya berdiri memandang yang lain. Pandangan Toni dan Pyro bertembung, Toni hanya melukis senyuman kelat sebagai tanda bahawa dia tak apa-apa. Yelah, ayahnya kan berada di Negara Toksik. Ibunya pula tidak diketahui.

Puan Zakiah tersenyum. Dia mencuit hidung anaknya yang sekarang ni kelihatan kembang-kempis menunggu jawapan.

"Spike. Spike yang lepaskan kami semua," jawab Puan Zakiah sambil mengusap wajah anak tunggalnya itu.

"Korang semua! Tengok!,"jerit Shiny lalu menudingkan jari telunjuknya ke satu arah.

Lantas, semua remaja ELEMENTOM mengikut arah yang Shiny maksudkan. Alangkah terkejutnya mereka semua apabila nampak beratus, malah beribu orang penduduk bandar keluar dari pintu markas itu satu persatu. Masing- masing yang keluar ada yang kelihatan terhuyung-hayang , ada yang terus berlari ketakutan dan ada juga yang terpinga -pinga. Jadi benarlah apa yang Puan Zakiah katakan, Spike menyelamatkan... mereka semua

Pyro memandang ke arah Spike. Dash juga begitu. Diikuti juga oleh semua orang, memandang Spike yang sudah berdiri dengan lagak heronya sekali lagi. Kembang-kempis hidung Spike ditambah pula dengan wajahnya yang jelas kelihatan penuh bangga.Yang terakhir sekali, Zack memandang Spike dengan wajah yang tak dapat dibaca.

Zack bergerak mendekati Spike dengan tumbukannya yang masih dikepal seperti tadi. Spike ketakutan dan baru sahaja dia hendak lrimenyorok di belakang Pyro, bajunya direntap oleh Zack. Spike menyilangkan kedua tangannya pada muka untuk menjadi penampan dari sebarang tumbukan dari Zack.

"Err... jangan. Aku tak..."

_______________
to be continued... :)

ELEMENTOM ©️Where stories live. Discover now