Junior vs Senior

1.5K 163 11
                                    

Dirinya yang kepenatan dan kepanasan akibat bahang itu diserang dengan satu tali air yang deras.

Tanpa boleh untuk berbuat apa apa, dia sudah terjatuh ke bawah gelanggang.

Mereka berenam tersorak gembira. Mereka bersalaman berterima kasih sesama sendiri.

Pelajar yang lain bertepuk tangan . Pyro hanya tersengih melihat sorakan mereka . Dia rasa seperti dirinya hebat . Perasan sungguh

"Kesemua peserta yang menang tadi, boleh naik ke atas gelanggang"

Cikgu Vibe berteriak sambil matanya memandang ke arah gelanggan sebagai isyarat .

Windy bergerak perlahan naik ke atas. Stelix yang memerhatikan Windy juga naik sama. Begitu juga dengan Zack, Dash, Izz dan Reo.

Semua pemenang berjumlah dua belas orang keseluruhannya.

" Kesemua pemenang ini telah membuktikan yang mereka lah perwira sejati . Mereka boleh menjadi contoh untuk.."kata kata Cikgu Vibe disampuk seseorang dari belakang.

"Dah habis ke?Bukan kah ada satu lagi game?", tanya Pyro.

Ramai pelajar yang memandangnya dengan aneh . Aqua hanya menepuk dahi melihat 'kelurus bendulan' Pyro.Cikgu Vibe tersengih memandang ke arah Pyro.

"Siapa kata dah habis? Kamu baru sahaja nak bermula"

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

Pyro berlari anak ke sana dan ke sini. Aqua yang turut mengelak menyerang panahan air sesekali ke arah lawan. Dinding tanah gergasi timbul ke permukaan menghalang serangan lawannya ke arah mereka.

Pyro menyorok di belakang bahan legap itu bersama Aqua. Pyro menggerakkan bibirnya walaupun masih terketar ketar.

"Kenapa kita kena lawan mereka?"

"Ini lah pusingan penentuan untuk menentukan sama ada kita layak digelar pemenang dan menjadi wakil sekolah", jawab Pyro dengan lancar.

Sesekali Pyro menimbulkan kepalanya untuk melihat lawannya. Dia sempat mengira jumlah lawannya . Dua belas orang . Sama dengan jumlah kumpulannya. Difikirkannya bagaimana untuk menumpaskan pelajar tingkatan 5 yang berpengalaman itu.

Mereka semua mula berkumpul di belakang dinding tanag itu setelah Aqua memanggil dengan suaranya yang ditahan supaya tidak berapa kuat.

Aqua mula memberi rancangan. Semua rakan kumpulannya mendengar dengan tekun walaupun ada juga yang seperti tidak berapa fokus. Izz tersenyum kecil sambil memandang Aqua yang kelihatan comel sedang berleter.
Izz mengalihkan pandangannya apabila Aqua memandangnya dengan tiba tiba.

Mereka mula bergerak mengikut rancangan. Aqua menunjukkan dirinya dan lekas menyimbah air yang deras sehingga membasahkan lantai gelanggang. Senior penjaga elektrik mula untuk mentarget Aqua dengan busur petirnya. Busur petir itu meluncur laju tetapi tiba tiba melencong ke tepi .

Kelihatan Windy yang terbang di udara. Sempat juga di menepis busur petir itu. Senior api pula cuba untuk menyerangnya namun keadaan tiba tiba menjadi gelap gelita. Desiran petir dapat didengari semua. Ada senior yang cuba untuk berlari ke posisi lain tetapi terjatuh menyembah lantai. Cis, lantai gelanggang telah menjadi lantai ais.

Senior yang lain cuba untuk membantu tetapi tak dapat bergerak . Mereka melihat kaki masing masing yang telahpun dibelit dengan akar jangkang Flora.

Senior logam mencipta pedang dan menghayunkannya untuk memotong akar itu. Alangkah terkejutnya dia apabila hayunannya dihalang oleh pedang lain . Stelix melibas libaskan pedangnya menyerang senior logam itu. Gaya mereka berdua amat lincah walaupun tidak berapa kelihatan.

Api sbar menyambar di pertengahan perlawanan. Ya. Itu kerja Pyro. Kesemua senior mula bergerak dan mengelilingi kawasan kelam itu .

Yes! Masuk perangkap!

Tanpa disedari , senior itu semua sedang mengelilingi Toni yang berada di tengah tengah. Toni mebuka sapu tangannya .

Nafasnya dihembus deras ke sekeliling . Satu persatu badan senior itu rebah.

Prtttt!

Mereka diisytiharkan menang . Seorang demi seorang lehernya digantungkan dengan medal perak berkilau . Tertulis di atas medal itu ayat keramat Cikgu Vibe.

"Hanya perwira sejati yang kekal berdiri", sebut Geo perlahan lahan membaca tulisan itu .

"Kamu semua dah berusaha . Maka bersedia lah untuk mewakili sekolah . Tetapi memandang mulai esok kamu semua akan cuti seminggu , saya nak kalian praktikkan lagi kebolehan itu", pesan Cikgu Vibe.

Kringggggg!

Loceng sekolah berbunyi . Larian murid tingkatan satu dan dua dapat didengari di tangga. Berpusu pusu mereka untuk pulang ke rumah .

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

Pyro masih tak dapat melelapkan matanya walaupun sudah pukul 2 pagi . Entah kenapa terlalu banyak persoalan yang bermain di fikirannya ketika ini.

______________________________
to be continued... :)

ELEMENTOM ©️Where stories live. Discover now