Bersama Kembali

396 54 5
                                    

Jika mereka terlambat walaupun sesaat,tentu mereka berdua telah menjadi mangsa nahas runtuhan bangunan tadi.

Windy mencelikkan matanya apabila dia percaya bahawa mereka telah sampai. Suasana yang disi dengan bunyi-bunyian yang bising juga menjadi tanda bahawa mereka telah sampai ke tempat lain.

Seusai mencelikkan mata, Windy nampak bahawa semua rakan-rakannya sudah ada di sana. Ya , semua... kecuali Reo ') . Mereka semua sedang ligat menyerang Ohm dan rakannya Kevin.

Pyro , Aqua dan semua yang lain berada di lapangan luar markas . Mereka semua menggunakan kuasa mereka ke atas Ohm yang berada di atas puncak bangunan markas tersebut.

Ohm kelihatan sangat mahir bertempur. Kesemua serangan yang dilayangkan ke arahnya dapat dielak dan ditepis dengan lincah.

"Hahaha mata korang ni semua dah cacat ke apa? Satu serangan pun tak mengena . Haha menyedihkan". Suara tawa dan cemuhan Ohm masih tidak dapat berpisah darinya.

Pyro yang sibuk menembak beberapa bola api ke arah Ohm , menyedari kehadiran Toni dan Windy di kawasan yang agak jauh dari sana. Dia menghentikan serangannya seketika.

"Hoi!,"laung Pyro.

Windy lantas memandang Pyro yang sedang melambai-lambaikan tangannya.

"Kenapa korang tercegat je dekat situ?  Datang lah sini!  Sudah-sudah lah berpeluk je kat sana!,"laung Pyro lagi.

Windy tersentak. Dia memandang lengannya. Daripada bahu, ke siku dan ke pergelangan tangan. Alamak!

Windy segera meleraikan pelukannya pada badan Toni dan menjauhkan diri. Dia tak perasan pula dia belum melepaskan pelukan daripada tadi.

Serta-merta wajah Windy pucat dan memerah. Dia menundukkan wajah menukur memandang tanah. Memalukan betul. Tak guna kau Pyro!

"Hahaha"

Dekahan tawa Toni kedengaran menggelakkannya. Windy mengangkat wajahnya memandang Toni. Bukan kerana ingin marah , tetapi Windy agak terkesima kerana ini kali pertama dia melihat Toni si 'budak senyap' ini ketawa.

Tetapi tawanya tidak bertahan lama. Tiba-tiba satu panahan kilat secara rawaknya menyambar ke arah mereka.

"Elak!". Toni menolak Windy ke tepi dan Toni pula berguling ke arah bertentangan.

BOOM!

"Fuh sikit lagi,"kata Toni.

Toni berdiri dan menyapu debu-debu tanah yang melekat pada uniform sekolahnya itu. Dia berjalan mendekati Windy.

"Jom. Kita kena tolong diorang semua hapuskan si pakcik cuaca tu,"pelawa Toni. Toni menghulurkan tangannya ke arah Windy.

Windy memandang tangan Toni berselang-seli dengan wajah Toni yang sedang tersenyum.Tanpa berfikir panjang, Windy tersenyum dan menyambut tangannya. Mereka berdua berlari ke arah rakan-rakan yang lain.

"Jom. Kita bertempur bersama-sama!,"jerit Windy setelah berdiri tepat-tepat di sebelah Pyro.

Pyro memandang Windy. Windy membalas pandangan Pyro kembali. Windy memberi senyuman dan genggaman tangan yang penuh semangat sebagai respon.

Pyro tersenyum. Windy kelihatan sedikit sebanyak telah berubah secara drastik walaupun baru satu hari dia dihantarkan ke tempat asing. Entah apa lah yang ditempuhinya di sana sampai dia boleh berubah ye?

"Yeay! Semua dah ada! Lepas Stelix datang dari Negara Stereo, Izz dari Negara Rumput dan Flora dari Negara Salji... sekarang Windy dengan Toni pula!,"laung Shiny riang.

Sempat juga Shiny berpusing sambil terloncat-loncat keriangan bertepuk tangan sendiri.

"Eh tapi... mana Reo?,"soal Izz memintas keriangan Shiny.

Shiny yang menyedari ketiadaan Reo serta-merta berhenti bersorak. Dia melilaukan pandangan ke arah persekitaran. Tiada pun dia di sini.

Apabila sudah pasti bahawa Reo belum tiba, Shiny menyertai yang lain memandang Windy dan Toni untuk mendapatkan jawapan.

Windy tiba-tiba berubah sebak. Dia menundukkan kepalanya sambil tangannya beralih ke mata untuk menahan tangis. Toni segera meletakkan tangannya di belakang badan Windy dan mengusapnya supaya bersabar.

"Ke-kenapa ni? Apa yang berlaku kat Reo? ,"soal Flora yang tadinya turut tersenyum melihat Shiny bersorak.

"Dia dah tak ada"

"A-apa?,"soal Izz sekali lagi dengan meletakkan harapan bahawa dia telah tersalah dengar.

"Dia dah tak ada Izz. Dia dah tinggalkan kita,"ucap Toni sekali lagi.

Izz menggelengkan kepala. Tak! Tak mungkin! Reo yang aku kenal, tak selemah ni... dia antara orang paling berani aku pernah kenal. Dia lah satu-satunya orang yang berani menegur kedinginan aku untuk mengajak aku menyertai pertandingan Sukan Unsur. Tak mungkin...

"Mustahil! Dia tak selemah tu! Kau tipu!,"jerit Izz tiba-tiba. Sifatnya yang tenang sudah dibuang entah ke mana. Air mata bercucuran mengalir.

Geo dan Stelix menahannya untuk menenangkannya tetapi Izz meronta dengan lebih ganas.

"Kau tipu! Dia seorang yang berani! Dia takkan terkorban macam tu je!,"jerit Izz lagi sambil tangisannya semakin deras.

Windy juga sudah tersendu-sendu dalam dakapan tangan Toni. Toni menahan sebaknya untuk menerima hakikat yang perit ini.

"Tak. Dia memang berani. Dia juga tak lemah. Dia mengorbankan diri dia untuk selamatkan kami berdua,"sampuk Windy pula .

Windy mengangkat wajahnya dan matanya kelihatan sembap dek kerana menangis. Dia mengelap sisa-sisa air matanya.

"Kami yang lemah sebab tak mampu nak selamatkan dia. Dia... ialah hero yang berani. Dia... ialah perwira sejati"

"Sudah. Jangan dikenang pemergian dia terlalu lama. Kenangkan sahaja tak ada guna, kita kena bertindak! Jangan biarkan pengorbanan Reo hanya sia-sia! Apa kata korang semua?,"laung Aqua untuk menanamkan semula semangat yang hilang dalam diri rakana-rakannya.

Mereka semua memandang Aqua. Kemudian, mereka berpandangan sesama sendiri untuk membaca riak wajah masing-masing. Seusai itu, mereka memandang semula tepat ke mata Aqua.

Syukurlah mereka semua mempersetujui kata-kata Aqua. Mereka menganggukkan kepala sebelum semua berdiri sebaris dengan Aqua dan memandang Ohm dan Kevin di puncak.

"Kita kena menang! Kita kena bertahan demi Reo! Sebab..."

"Hanya perwira sejati yang kekal berdiri!"
______________________
to be continued.... :)

ELEMENTOM ©️Onde as histórias ganham vida. Descobre agora