Negara Ozon

917 97 27
                                    

Lubang portal tertutup sebaik sahaja Toni jatuh melepasinya.

Toni jatuh tanpa sebarang persediaan. Kedudukan badannya pun masih tidak betul. Kakinya berada di atas manakala kepalanya yang berada di bawah mengadah ke atas.

"Selamat tinggal dunia"monolog hatinya pasrah.

Buk..

Toni terjatuh di atas permukaan lembut. Lantas dia membuka mata dan meraba raba tubuhnya. Fuh, masih hidup.

Dia segera berdiri lalu cuba untuk berpijak di atas permukaan tersebut. Agak sukar untuk mengimbangkan badan di permukaan yang serba lembut itu.

Toni membelek permukaan tempat berpijaknya. Serta merta matanya terbuntang . Tangannya ligat meramas rambutnya hingga kusut.

"Aku dah mati..ya , aku memang dah mati.."monolognya.

Rupa rupanya tempat dia berpijak itu merupakan satu kepulan awan gergasi . Memang diluar batas fikirannya.

Toni duduk memeluk lutut serta menggigil ketakutan. Dia menoleh ke kanan dan ke kiri setiap ketika bagaikan orang hilang kewarasan.

"Aku dah mati.. aku duduk atas awan. Ini barangkali syurga .."katanya menggigil tak tentu arah.

"Hahahahhah!"meletus tawa yang lantang entah dari mana.

Serta merta kedua tangan Toni diangkat seperti gaya menyerah pada polis. Tindakan spontannya itu membangkitkan lagi tawa tadi.

"Hoi budak , kau ni dah kenapa? Macam tak betul je"perli seorang remaja lelaki yang muncul entah dari mana.

Tawanya kian reda . Digeleng gelengkan kepala dek kerana tingkahlaku Toni yang menggelikan hati.

Buk!

Tiba tiba sahaja remaja itu terasa dipeluk. Dia memandang Toni yang merangkul tubuhnya erat.

"Woi kau ni apahal?!"seloroh remaja itu serentak menolak Toni menjauh.

"Jangan hukum aku. Aku tak ada buat salah apa apa pun"kata Toni sambil membuat gaya minta maaf.

Remaja itu keliru dengan Toni. Susuk tubuh seperti sudah remaja, tapi pemikiran macam budak mentah .

"Kau ni merepek apa?"tanya remaja itu sambil menggaru kepala.

"Apa apa pun , perkenalkan .. Aku Cyclone. Penjaga unsur angin , tahap 4 tau ha jangan main main"kata Cyclone nada menunjuk nunjuk.

Dia menghulurkan tangan untk bersalaman.

"Kau tu dah tahap berapa? Jurus angin apa je yang kau boleh buat?"sambungnya

"Err...nama aku Toni. Penjaga unsur racun ..tahap 8"gugup Toni sambil tangannya bersedia untuk menyambut salaman.

Namun belum sempat tangan mereka bertemu, Cyclone terlebih dahulu menarik semula tangannya dan menjauhkan diri sedikit dari Toni.

"Unsur racun?! Tahap 8?! Seriously?!"kata Cyclone tak percaya

"Ye.."jawab Toni gugup.

"Haha memandangkan Negara Ozon ni tak boleh terima mana mana penjaga unsur lain, so kau kena blah"ancam Cyclone.

"T-tapi aku tak tahu macam mana nak keluar. Kau tolong lah aku"Toni membuat nada memujuk.

"Haha ikutkan hati memang aku taknak tolong pendatang asing , tapi sebab orang macam kau ni nampak agak...."katanya tergantung sambil matanya meleret memandang Toni dari atas ke bawah

"Agak apa?"

"Agak lembab . So aku tolong kau, tapi syaratnya kau kena lawan aku" seloroh Cyclone.

Toni tidak begitu terasa dengan kata katanya . Baginya , lebih penting untuknya keluar dari tempat aneh ini dan balik ke negara asalnya.

Toni mengangguk setuju. Sapu tangan yang menutup mulutnya diperkemaskan lagi beserta kacamatanya.

"Entah betul ke tidak budak ni tahap 8, entah entah sembang je lebih"kata hati Cyclone

Tanpa memberi kata sedia , Cyclone segera menerjah ke arah Toni dengan gerudi angin yang terpampang kemas di buku limanya.

"Rasakan!"

Toni tak sempat mengelak lalu tercampak beberapa meter ke belakang. Boleh tahan juga gerudi angin tu.

Toni segera berdiri semula. Secara jujurnya, dia mahu sahaja untuk mengaku kalah. Tetapi jika ini lah syarat untuk dirinya pulang ke tempat asal, dia terpaksa berlawan.

"Now ,its my turn"ringkas Toni

Satu aura yang tidak pernah dilihat keluar dari badan Toni. Mata Toni berubah menjadi merah marak. Auranya membuatkan Cyclone meneguk liur beberapa kali.

"Ku-kuasa apakah ini? Dahsyatnya"kata Cyclone kagum.

Perlahan lahan Toni membuka ikatan sapu tangannya lalu dimasukkan ke dalam kocek seluar. Begitu juga dengan kacamata. Rambutnya diperkemaskan sedikit.

"I'll make sure that you regret with your decision"

Zummm!!!

Dengan pantas , Toni menghilang menjadi debu.

Cyclone terpinga pinga memandang keadaan sekeliling. Dia menoleh ke kirinya dan...

Gedebuk.

Badan Cyclone yang terkulai lemah jatuh terbaring ke permukaan. Toni tersenyum menyerigai sambil memandang jasad Cyclone dengan mata merahnya.

"Terima kasih je untuk niat kau hantar aku balik tadi. I can do it my own"suara Toni beransur hilang apabila tubuhnya bertukar menjadi debu.

______________________
to be continued..:)

ELEMENTOM ©️Where stories live. Discover now