Negara Kelam

804 112 8
                                    

"Nampaknya mereka dah jadi kuat ...dah hampir dengan kita", kata Ohm tidak percaya.

Dia berlutut ke tanah sambil menggenggam pasir. Genggamannya dieratkan lagi sambil mukanya berubah menjadi lebih serius.

"Aku....aku akan pastikan mereka semua mati", kata Ohm memandang bumi.

"Woi kau dah gila ke?! Kita ditugaskan untuk bawa dia pergi pangkalan Wisdom hidup hidup!", tungkas Kevin yang terkejut mendengar kata kata Ohm.

"Biar! Aku tak kisah benda tu! Yang penting aku ...aku akan pastikan remaja Elementom tu mati", katanya seperti orang yang sudah tidak waras.

"MUAHAHAHAHAHA!!!!!!", tawa Ohm .

Kilat sambar menyambar disamping suasana menjadi mendung.

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

"Arghh!!!!", teriak Shiny.

BUM!

Shiny jatuh ke tanah. Portal yang berada di atasnya tiba tiba hilang . Shiny menggosok lututnya yang sakit dek terhempas tanah.

"Auch...sakitnya", aduh Shiny sambil cuba untuk duduk bersila.

Dia memegang lututnya. Nasib tak luka. Nasib lah lubang portal tadi tu tak tinggi sangat..

"Eh! Tempat apa ni?", soal Shiny.

Dia memandang sekelilingnya. Hanya satu perkampungan yang gelap gelita. Tiada sumber cahaya yang wujud untuk menerangi tempat itu.

Dia mengangkat tubuhnya untuk berdiri. Dia mengerling sepintas lalu kawasan itu. Ya, memang tiada sumber cahaya langsung.

Pokok juga tidak wujud disini. Mungkin kerana tiada sumber cahaya untuk melakukan fotosintesis.

"Woi", sergah satu suara dari belakang Shiny.

"Opocot mak kau terbang meletup letup", latahnya sambil bersilat spontan.

Lelaki itu memandang Shiny dengan hairan. Dia juga menjadi lebih hairan melihat Shiny bersilat.

"Apa kau buat kat sini ? Gadis gadis tak dibenarkan keluar malam malam .. tak elok", kata lelaki tua itu.

Shiny kebingungan. Kerana seingatnya , sebelum ke sini tadi... masih siang lagi.

"Err.. kalau macam tu , saya boleh keluar siang je lah disini ya? Maaf", kata Shiny menundukkan kepala.

"Siang? Tempat ni sentiasa malam lah.. mana wujud siang", kata lelaki itu memandang Shiny bingung.

Shiny terkejut. Mulutnya sedikit ternganga.

"A..apa ? Tempat ni tak pernah siang?", tanya Shiny mendapatkan kepastian.

"Memang lah ..apa yang peliknya. Memang sejak azali lagi Negara Kelam hanya mengalami malam", kata lelaki itu.

Shiny terkejut sekali lagi. Matanya terbeliak diikuti mulutnya ternganga luas.

"Ne..negara Kelam?", kata Shiny.

Dia mengundurkan diri beberapa tapak menjauhi lelaki itu sebelum berpaling ke belakang dan memulakan langkah seribu.

"Negara Kelam? Aku sampai ke tempat ni? Negara yang mana membencikan cahaya yang mana itu adalah AKU!!?", kata hati Shiny sambil berlari tanpa hala tuju.

PUK!

Shiny jatuh terduduk ke tanah dek terlanggar seorang lelaki yang berbadan gempal.

"Woi budak! Mata letak kat lutut ke hah?!", bentak lelaki itu.

Dia berjalan ke arah Shiny sambil mengurut urut penumbuknya.

Shiny gelabah. Dia tak tahu kawasan ini . Dia tak tahu nak lari ke mana .

Apa aku harus buat?

Lelaki itu tersenyum lalu mengangkat penumbuknya ke udara. Serentak itu penumbuknya dikelilingi aura hitam. Dia menghayunkan penumbuknya ke arah Shiny dan..

KABOMM!!!!!

Lelaki itu tercampak ke belakang dan melanggar dinding konkrit sehingga retak. Badan badannya terasa sakit dek hentakan itu.

Shiny terlopong dan tergamam. Dia membelek telapak tangannya dengan wajah terkejut.

"Ku..kuatnya aku", katanya yang tidak menyangka kuasa cahayanya mampu menolak lelaki itu sehingga menghempas dinding.

Lelaki itu bangun dengan wajah bengis.

"Penduduk kampung.....ahli penjaga unsur cahaya ada di sini!!!", teriak lelaki itu selantang yang boleh.

Shiny gelabah. Dia tak tahu apa yang berlaku tapi apa yang dia tahu, dia dalam bahaya.

Penduduk kampung itu berlari ke kawasan itu dan sekejap sahaja, sudah berpuluh orang berkumpul memandang Shiny.

Larilah kaki...lari

Masing masing memandang Shiny dengan wajah amarah. Telapak tangan mereka mula mengeluarkan aura hitam.

Lari Shiny..cepatlah lari..

"Serangg!!! Bunuh dia dan jangan bagi dia terlepas!!", teriak lelaki di tengah kumpulan itu diikuti penduduk yang lain.

Mereka berpusu pusu berlari ke arah Shiny.

Shiny cepat lari!!!

Shiny berpaling ke belakang dan memulakan larian.

ZOOOOOOOMMMM

Shiny berlari dalam kadar kelajuan yang amat amat pantas. Shiny berlari sehingga matanya tertutup. Deruan angin kencang tak henti henti melanggarnya.

"Aku...aku berlari dalam kelajuan cahaya", katanya sedikit teruja.

Shiny pasti semua penduduk itu sudah tertinggal jauh di belakang.

Shiny meneruskan larian cahayanya tanpa henti. Dia berlari sambil berfikir..

Tanpa dia sedar, dia kini sedang berlari di atas air atau lebih tepat, lautan.

"Wahhhhh!!! Aku boleh lari atas air.. cool!! ★_★ ", terujanya gagal ditahan.

Tapi dia mengalihkan pemikirannya semula pada sesuatu yang lain.

"Ini Negara Kelam......, jadi Negara Unitex ada.... di bahagian sana!!", katanya sambil berjaya menyelesaikan pemikiran nya.

Shiny berlari ke Barat melalui laut itu. Tak perlulah dia mengelak bangunan bangunan darat yang menghalang.

"Negara Unitex..Aku datangggg!!!!"

ZOOOOOMMMMMMM

____________________
to be continued

ELEMENTOM ©️Место, где живут истории. Откройте их для себя