Spike

1.1K 128 7
                                    

"Spike!", teriak Pakcik Liq.

Dia segera berlari keluar . Dia terus pergi ke tengah jalan dengan hanya berkaki ayam.

Hydro dan yang lain bergegas ke pintu untuk melihat Pakcik Liq. Dr. Chrone perlahan lahan menyusul di belakang mereka.

"Apa dah jadi pada kamu, Spike? Jawab soalan pakcik", ujar Pakcik Liq sambil menepuk nepuk pipi remaja itu.

Dia meletakkan kepala Spike di atas betisnya sementara dia bersila di atas jalan. Diusapnya kepala Spike berkali kali. Remaja itu masih pengsan dan tak sedarkan diri.

Hydro hanya memandang perlakuan ayahnya itu dari pintu rumah. Terguris sedikit hatinya melihat layanan ayahnya yang terlalu baik terhadap remaja itu, namun diketepikan. Remaja lelaki tu cedera, buat apa aku nak marah.

Hydro menyarungkan seliparnya lalu berjalan ke arah ayahnya yang kelihatan sedih sambil menatap wajah Spike. Banyak luka luka dan calar di badan Spike.

"Tolong ayah angkat dia masuk ke rumah", arah Pakcik Liq kepada Hydro.

Hydro hanya menuruti kata kata ayahnya. Walaupun dia masih ada rasa cemburu di hatinya, tetap ditolong juga ayahnya menggangkat remaja itu.

Hydro mengangkat kaki Spike manakala ayahnya mengangkat badannya.

"Beratnya budak ni", keluh Hydro sambil mengangkat Spike ke dalam rumah.

Ember dan yang lain juga datang untuk menolong manakala Dr. Chrone mengambil sebuah tilam dan meletakkannya di ruang tamu. Tilam itu diletakkan bersebelahan dengan Pyro dan rakan rakannya yang masih belum sedar.

Perlahan lahan diletakkan Spike ke atas tilam . Penat juga lah nak angķat dia kerana dia juga agak berat .

"Siapa budak ni pakcik?", tanya Dr. Chrone seraya duduk di lantai .

"Nama dia Spike. Baik budaknya. Dia juga penjaga unsur tumbuhan seperti Flora", terang Pakcik Liq lalu duduk bersebelahan dengan Dr. Chrone dan berhadapan Spike yang terbaring.

Virnus , Ember, Hydro dan Terra hanya membuntuti mereka berdua. Didengarkan sahaja buah mulut dua orang tua ni.

"Pakcik kenal dia semasa kami dalam pangkalan askar SOLID dua hari lepas. Dia yang tolong pakcik larikan diri", terangnya lagi.

"Mulia betul remaja macam dia ni. Dia sanggup gadaikan nyawa untuk biar pakcik lari", ujar Dr. Chrone.

"Ya, sebenarnya kami berancang untuk larikan diri bersama tapi dia tak sempat keluar. Dia telah ditahan terlebih dahulu...di hadapan mata pakcik", sambung Pakcik Liq dengan nada sebak.

Dr. Chrone memerhatikan tubuh Spike yang sudah luka luka. Calar calar sama seperti cakaran di pintu.

"Hydro, boleh kamu tolong sembuhkan luka dia? ", tanya Pakcik Liq pada anaknya.

Anaknya hanya mengangguk berat. Terselit dalam lubuk hatinya dia tidak mahu, tapi terpaksa dituruti juga. Baginya, Spike ni dikira penjahat .

Hydro membawa sebesen air ke ruang tamu. Diangkatnya air itu perlahan lahan lalu didekatkan pada luka luka Spike.

Air itu mula menyelaputi luka luka Spike di kaki dan di muka. Bebola air mulai bercahaya. Cahayanya cukup untuk menerangkan satu ruang tamu itu.

Luka di kaki Spike mulai hilang begitu juga dimuka nya. Air itu juga dialihkan beberapa kali ke tangannya yang luka juga.

Akhirnya luka Spike sudah semakin hilang, hanya tinggal kesan merah dan sedikit lebam sahaja. Penat juga rasanya. Dah lah lama, hampir satu jam baru selesai.

Dia melihat Ember dan yang lain. Ember sudah terlelap di paha Terra manakala Terra sudah tertidur duduk. Virnus juga telah dibuai mimpi.

"Dah lah tu, masuk tidur . Esok sahaja lah sambung",ujar ayahnya pada Hydro.

Dr. Chrone menelaah jam ditangannya. Sudah pukul 2 pagi, cepat betul. Dia pun mengatur langkah meninggalkan mereka.

Pakcik Liq mengunci pintu ruang tamu lalu berbaring di sofa . Dr. Chrone masuk ke sebuah bilik kosong di rumah itu.

Akhirnya mereka semua telah tidur dan dibuai mimpi. Hanya bunyi cengkerik sahaja kini kedengaran. Dengkuran Pyro pun sahut menyahut dengan dengkuran Hydro.

Spike membuka matanya perlahan. Dilihatnya semua orang di ruang tamu telah terlena.

Dikeluarkan walkie talkie mini di dalam koceknya. Punat walkie talkie ditekannya segera. Spike mendekatkan bibirnya pada speaker .

"Misi satu berjaya"

____________________
to be continued.. :)

ELEMENTOM ©️Where stories live. Discover now