Lelaki misteri

1.1K 150 10
                                    

Empat daripada askar itu berlari ke arah Terra dan Geo. Manakala enam lagi masih cuba untuk menyerang yang lain.

Windy naik ke udara. Diikuti Virnus. Mereka berdua mencipta bebola angin dan mencantumkannya bersama. Maka muncullah sebuah sfera udara yang lebih besar. Sfera gergasi itu dilontarkan ke arah keenam-enam orang askar itu.

Akibat daya tolakan angin yang kuat, askar-askar itu jatuh terbaring ke belakang dan terseret beberapa meter di tanah.

Satu deruan ombak besar pula dikawal Aqua dan Hydro. Ombak itu menyimbah badan mereka yang terbaring itu dengan pantas. Dengan mudah, Izz berjalan mendekati mereka dan menyentuh linangan air tersebut.

Keseluruhan air yang membasahi mereka itu mula membeku dan menyekat askar-askar itu daripada bergerak. Kini tinggal empat askar tadi sahaja yang perlu diuruskan.

Seorang askar itu berlari ke arah Geo dan Terra. Geo dan Terra memandang wajah masing-masing sebelum kedua-duanya mengangguk serentak sebagai sigmal bersedia. Mereka melutut dengan pantas lalu terus meninju tanah dengan kuat. Lantai bumi mula bergegar. Lubang yang menenggelamkan jalan itu terbentuk di hadapan mereka. Perlahan-lahan lubang itu membesar mendekati askar tersebut.

Mereka berundur ke belakang beberapa tapak . Namun rupanya mereka sudah dikepung. Pyro dan Ember sudah membuat jurang api yang mengelilingi mereka supaya tidak dapat lari.

Mereka menyerah. Memandangkan mereka sudah penat dan tidak mahu menyerang lagi, putus asa sahaja lah yang dapat difikirkan .

Keselupuluh askar itu diikat ke batang pokok . Mata mereka juga ditutup. Step terakhir, Toni disuruh untuk menggunakan kuasanya.

Awalnya Toni kelihatan segan. Namun apabila ternampak muka Windy yang garang merenungnya tanpa menoleh, dia ikutkan sahaja. Gas racunnya disebarkan sedikit kepada askar itu. Mereka mula tertidur perlahan lahan.

"Okay, kita dah boleh teruskan perjalanan," ujar Stelix.

Mereka meregang-regangkan otot yang sudah sakit-sakit. Manakala Aqua pula masuk ke rumahnya untuk mengambil bekalan.

Dengan keazaman dan kesungguhan yang tinggi, mereka meneruskan misi mereka untuk menyelamatkan semua orang yang telah diculik.

'Aku akan selamatkan ibu aku . Lepas tu Cikgu Sajoo, Puan Yennie dan Cikgu Vibe. Selain itu, Rebecca pun sama juga. Dengan Haiqal sekali . Boleh dikatakan semua lah aku nak selamatkan,' monolog Pyro dalam hati.

Lamunan nya terhenti apabila dia terlanggar seorang lelaki dewasa yang berada di hadapannya secara tiba-tiba. Pyro tertolak ke belakang sedikit disebabkan impak pelanggaran itu tetapi dia berjaya mengimbangkan semula dirinya.

"Maafkan saya pakcik. Saya tak perasan," ujar Pyro sambil memaniskan muka.

"Tak apa, saya tahu kamu tak sengaja," balas lelaki itu.

Setelah mengucapkan maaf, Pyro berlari ke arah rakannya yang sudah berada di hadapan meninggalkannya.

"Beberapa saat lagi , kau akan datang sini balik , Pyro,' monolog lelaki itu pada dirinya sendiri sambil tersenyum dan tanpa menoleh ke arah Pyro yang berada di belakangnya.

"Asal tinggalkan aku macam tu je?," ucap Pyro yang geram.

"Dah kau lambat",jawab Windy ringkas.

"Aku minta maaf kat ada pakcik tadi tu lah. Aku terlanggar dia, tu ya v lambat ," jawab Pyro.

"Tunggu sebentar... pakcik mana? Bukan ke kita je yang selamat dekat kawasan ni?," tanya Ember pula dengan nada misteri.

Mereka yang lain juga berhenti melangkah . Memang benar yang dikatakan Ember itu. Pyro membuat muka seram. Tetapi perasaan tertanya-tanya Pyro lebih kuat memayungi perasaan takutnya lalu Pyro pun terus membuka langkah berlari ke arah tempat tadi.

"Kau nak pergi mana tuu?!" laung Geo dengan suara lantang kerana Pyro semakin jauh.

"Pakcik tadi!," jawab Pyro ringkas sambil berlari.

Akibatnya, mereka yang lain juga turut ikut tertanya-tanya. Flora mengajak mereka untuk mengikuti Pyro. Yelah, takkan nak biarkan Pyro  tu seorang diri, macamlah dia boleh jaga diri dia kalau jadi apa-apa.

Mereka mempersetujui cadangan Flora. Berlari juga mereka mengikuti Pyro dari belakang.

Pakcik itu duduk di bangku tepi jalan. Didengarinya dentuman tapak kaki dari jauh. Dia memandang ke hujung jalan.

"Seperti dijangka, Pyro . Kau masih mengikut garis masa.", kata lelaki itu seorang diri lagi.

Beberapa meter dibelakang Pyro, ternampak sekumpulan remaja lain yang turut berlari mendekatinya.

"Kumpulan Elementom. Kamu dah bersatu sejak dari dunia ni rupanya", bisik lelaki misteri itu seorang diri.

Dia hanya tersenyum melihat mereka mendekati dia. Dah diagaknya perkara ini terjadi . Nampaknya pertemuan mereka telah diaturkan.

Dari jauh Pyro melambai ke arah, lelaki misteri itu. Lelaki itu hanya membalas lambaian nya.

'Kalian, maafkan saya. Kisah tragis kalian tidak lama lagi akan bermula  '

_______________________
to be continued....:)

ELEMENTOM ©️Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora