Negara Sinar

756 109 22
                                    

Zack terjatuh melalui portal itu. Disebalik portal tersebut , wujudnya tempat yang berbeza dari tempat asalnya tadi.

"Pengapung Kegelapan!", seru Zack semasa dirinya semakin dekat untuk terhempas ke tanah.

krik...krik

Zack hairan. Pelampung Kegelapannya tak dapat diwujudkan . Mengapa ?

KEDEBUK!!

Zack jatuh ke tanah. Dia menyapu lututnya yang berdebu.

Zack segera bangkit dari posisinya yang sedang melutut.

"Tempat apa aku sampai ni?", Zack tertanya tanya.

Dia meluaskan pandangan pada persekitarannya. Terang benderang. Adakah aku jatuh di matahari?

Zack berjalan untuk memantau kawasan tersebut. Dia semakin hairan dengan keadaan yang ganjil di tempat ini.

Cahaya, disetiap pelusuk terdapatnya sinar cahaya. Belukar, lorong ..semuanya terang.

Zack memerhati sekeliling tanpa sedar dia telah tiba di sebuah perkampungan. Zack teruskan kakinya melangkah ke sana kerana dia tahu, jika ada perkampungan tentu ada penghuninya.

Zack berjalan perlahan sambil tangannya dimasukkan ke kocek seluar.

"Aloha, adik cari siapa?", tegur wanita yang tak sengaja berada di situ.

"Err , saya tak cari siapa siapa pon",kata Zack.

Seketika dia menatap pakaian wanita itu. Kuning dan terang. Labuci penuh menghiasi baju dress itu.

"Oh, adik ni sesat ke apa? Baju pun nampak kotor hitam semacam je", kata wanita itu sambil memandang Zack dari atas ke bawah.

Zack mencebik. Dia kata baju aku kotor? Sesat? Ada nampak macam aku ni orang yang lembap macam tu ke?

"Baju saya memang warna hitam. Ada masalah?", tanya Zack selamba.

Wanita itu menyepetkan matanya memerhati Zack seteliti mungkin. Kemudian matanya tiba tiba sahaja terbeliak.

"Kau...kau penjaga unsur kegelapan kan?!", seloroh wanita itu.

Zack mengerutkan dahi. Apa yang peliknya dengan unsur aku?

"Aah , kenapa tak boleh ke?", tanya Zack memeluk tubuh.

Wanita itu ternganga lalu membetulkan pendiriannya. Seketika dia menenung Zack dengan serius dan tiba tiba sahaja...wanita itu melarikan diri memasuki lorong kampung.

"Apa masalah makcik tuq tu?", detak hati Zack

Zack berjalan ke arah bangku berdekatan lalu duduk mengangkat kaki.

Tak lama selepas itu, bunyi riuh dari lorong kampung kedengaran. Sekumpulan penduduk kampung berlari ke arah Zack sambil membawa serampang dan juga parang.

"Woi pengguna gelap, nyah kau dari tempat kami!", kata wanita tadi mengetuai penduduk kampung.

"Eh saya baru sampai sini. Tempat ni pun saya tak tau tempat apa lagi, jadi apa salahnya saya duduk dulu?",tungkas Zack tenang.

"Ini Negara Sinar. Pengguna unsur kegelapan diharamkan ke sini. "

"Jadi makcik pakcik ni nak lawan saya lah? Hehe.. saya tak takut", kata Zack lalu berdiri memandang penduduk itu.

"Kau ..kurang ajar! Kau takkan tak sedar yang kau lemah dengan cahaya.. lebih lebih lagi sekarang yang hampir pukul 12 tengahari", kata wanita itu senyum serong.

Zack terdiam. Betul juga kata kata wanita itu. Aku akan pengsan pada pukul 12 tengahari kerana kewujudan tempat gelap berkurangan.

Namun tiba tiba sahaja Zack senyum sinis. Dia memandang wanita itu bagai mahu membahamnya.

"Ya memang betul saya lemah bila kegelapan berkurang. Tapi tak sedarkah kalian yang kegelapan sentiasa ada walaupun tengahari?", kata Zack bongkak sambil membetulkan posisi kakinya.

Penduduk itu terdiam. Berfikir apa yang di maksudkan Zack.

Zack tersenyum sinis lalu bergerak ke arah penduduk itu perlahan lahan. Tangannya mula diangkat untuk mengawal kuasa.

"Maksud saya... bayang bayang kalian", kata Zack lalu segera berlari ke arah mereka.

Penduduk kampung berundur ke belakang sambil memandang tanah. Ya, bayang bayang mereka terbentuk banyak kerana jumlah yang ramai.

"Pengikat Bayang!", jerit Zack.

Bayang bayang naik ke permukaan lalu mengerumuni penduduk kampung. Badan mereka ditarik supaya terbaring ke tanah.

Debu debu berterbangan. Sekejap sahaja, semua penduduk kampung sudah terbaring ke tanah.

"Tak..guna", kata wanita itu cuba untuk bangkit namun tidak berjaya.

"Heh, senang kacang "

ZIUUUUU!!!!

Satu garis cahaya kekuningan mencacak ke langit .

Zack memandang cahaya itu. Nampak gaya macam dari tempat yang jauh.

"Eh tapi.."

Zack meneliti garis cahaya itu. Nampak seperti biasa dilihat. Tiba tiba firasatnya muncul

"Itu...itu cahaya Shiny!!", kata Zack.

Dia berlari meninggalkan kampung itu lalu bergerak ke arah cahaya tersebut.

"Tempat tu jauh. Macam mana aku nak sampai?", Zack memikirkan semula tindakan dungunya yang hanya berlari.

"Kalau aku mempunyai kuasa tahap 8, bukankah sepatutnya aku boleh teleport?"

Zack membetulkan posisi berdirinya. Dia memejamkan mata.

Kedua telapak tangan digenggam sambil matanya tertutup.

"Teleport...teleport , tolonglah teleportkan aku ke punca cahaya tu cepat", ujar Zack perlahan

"Abang! Apa abang terkumat kamit tu? Cepat tolong sini!", satu suara menerjah telinganya.

Zack membuka mata lalu tersenyum lega. Dihadapannya kini merupakan Shiny yang sedang memancarkan sinaran cahaya gergasi ke langit.

Zack berjalan ke arah Shiny.

"Apa adik buat ni?", tanya Zack hairan.

"Pancarkan cahaya ke langit supaya yang langit akan ke sini juga, bandar Elvetor", kata Shiny tanpa memandang abangnya.

"Jadi apa abang boleh tolong?", tanya Zack.

Shiny berhenti memandang sinaran cahayanya lalu memandang Zack dengan wajah serius.

"Kita kena buat kuasa Twin Twilight tak kira apa terjadi"

Zack ternganga. Kuasa itu...

_____________________
to be continued

ELEMENTOM ©️Where stories live. Discover now