Ohm

792 103 8
                                    

Doktor Chrone! Doktor dekat mana sekarang?

Saya di mana? Kenapa keadaan gelap gelita?

Kenapa doktor tak ikut kami?

Kami tahu kami dah buat kesilapan besar tapi sekarang.....kami betul betul perlukan doktor!

Tiba tiba satu cahaya putih muncul dihadapan. Mukanya tak kelihatan akibat cahaya yang terang itu.

Saya tahu kalian dah buat kesilapan besar . Tapi saya tak ambil hati mahupun bersedih.

Namun saya tak boleh tolong kalian. Jarak kita kini sangat jauh.

Namun, ingatlah . Panduan kamu sentiasa ada di hati.

Hati kamu akan bawa kalian ke jalan yang sepatutnya.

Dan ingatlah lagi satu, tiada istilah si jahat akan menjadi jahat selamanya. Setiap orang berhak berubah.

Kini, apa yang kamu perlu buat hanyalah bangun. Bangkit dan bangun.

Bangun.
Bangun.

"Bangun!"

Jeritan yang kuat itu menyedarkan Pyro dari tidurnya. Matanya digosok kerana kabur.

Eh, aku dekat mana ni?

Pyro masih lagi dalam keadaan mamai . Tapi yang dia tahu kini dia di dalam sebuah bangunan. Kerana kedengaran suara beberapa orang bergema memenuhi ruang.

Pyro membuka matanya . Eh tempat apa ni?

Pyro ternampak rakannya yang lain juga berada di hadapannya. Mereka semua kelihatan terduduk lemah. Begitu juga Pyro.

Pyro cuba untuk bangun namun kakinya masih lemah. Apa yang terjadi ni? Pyro cuba mengimbas apa yang telah berlaku.

Satu kabus mengepung kami. Kabus itu kelihatan samar samar.
Dan secara tiba tibanya, badan kami semua jadi lemah. Aqua dan Flora terbaring seorang demi seorang.

Aku ingatkan ini angkara Toni tapi Toni juga telah pengsan. Jadi siapa punya kerja ni.

Ah! Mata aku rasa berat sangat. Kaki aku juga dah longlai. Tak lama kemudian aku pun pengsan.

Ha! Kabus tu!

Kabus begitu bukannya calang calang. Hanya penjaga unsur racun sahaja mampu membuatnya. Tapi siapa?

Tiba tiba bunyi tepukan tangan bergema seluruh bangunan. Dari mana datangnya bunyi itu pun tak dapat dikesan.

"Kalian datang juga ke tempat aku! Hahahaha", kata seorang lelaki dewasa memandang mereka lalu tergelak.

Mereka yang lain juga telah terjaga dari tidurnya kecuali Pakcik Liq. Mereka semua masih dalam keadaan mamai.

"Siapa kau hah?!", teriak Pyro.

"Siapa aku? Hahahah. Kau pernah dengar tentang....Ohm?", tanya lelaki itu lalu senyum sumbing.

Ohm?

Hydro teringat tentang perkar yang mereka borakkan dua hari lepas pada waktu petang

"Bagaimana pakcik boleh lepaskan diri?", tanya Dr. Chrone.

"Pakcik ditolong oleh Spike ni lah", kata Pakcik Liq lalu merangkul leher Spike.

"Susah ke nak lepaskan diri?", tanya Ember pula.

"Susah tu memang susah. Lagi lagi tempat itu banyak pengawal yang jaga. Dengan koperal mereka yang kejam itu lagi", terang Pakcik Liq.

"Koperal?", tanya Dr. Chrone kembali.

"Ya , koperal mereka memang kejam dan tegas. Tak silap saya, nama dia...Ohm"

"Ohm? Inilah koperal askar askar SOLID!", jerit Hydro tiba tiba.

"Syabas. Kau kenal aku. Jadi tak perlu lah aku kenalkan diri aku lebih lanjut", kata Ohm lalu duduk di kerusi sambil memandang mereka .

"Apa kau nak dari kitorang hah?!", Aqua pula memberanikan diri untuk bersuara.

"Apa yang aku nak eh?", kata Ohm pura pura berfikir.

"Ha! Adakah kalian tahu yang aku ada kaitan dengan Wisdom?", tanya Ohm lalu tersenyum menyerigai.

Wisdom?!

Bukankah itu nama puak yang Dr. Chrone katakan hari itu?

Puak yang kejam itu?

Puak yang menentang dan menyerang Xenon?

Musuh Dr. Chrone!!

______________________
to be continued..

ELEMENTOM ©️Where stories live. Discover now