Awal Pagi

1.6K 187 10
                                    

"Ibu ! Ibu! Cepatlah,bangunlah ibu! "

Puan Zakiah terjaga dari tidur nyenyaknya . Dia membuka matanya yang masih kuyu dan terlihat Pyro dihadapannya.

Pyro telah menyarungkan baju sekolahnya yang putih bersih. Ibunya melihat jam di dinding dan mula menjerit seperti biasa.

"Pyro!!!! Baru pukul 5.00 pagi lah ! Kamu merepek apa ni" teriak ibunya.

Pyro yang sudah lama menyumbat telinganya dengan kapas tak perlu lagi untuk menutup telinganya . Dia memang sudah bersedia dengan jeritan ibunya .

"Pyro nak datang pagi lah hari ini ibu . Hari ini ada acara penting . Ada sukan tau, jadi Pyro kena lah bersedia awal untuk ke sana"jelas Pyro.

Ibunya mendengar penjelasan anaknya yang leka itu sebelum mula menarik nafas panjang lagi . Puan Zakiah menjerit lagi sambil menjentik dahi anak tunggalnya itu.

"Dah tau ada sukan, pakai baju sukan lah! Yang kamu pakai baju uniform kenapa?!?!?!?"

Pyro membuat reaksi muka terkejut. Aahlah.Tak perasan pula.

Nasib ibunya mengingatkan kerana jika tidak , tiada guna dia ke sekolah dengan awal .

Dia menukar baju sekolahnya dengan baju sukan . Baju sukan merahnya disarung . Walaupun ada sedikit kedutan, Pyro tak memandang berat terhadap perkara simple seperti ini.

Sesudah mengemas buku dan bersarapan, dia menggapai tangan ibunya untuk disalam . Tetapi kali ini dia tidak terlupa dengan duit belanjanya.

Pyro menolak laju papan luncurnya pergi ke sekolah . Keadaan kejiranannya masih gelap lagi . Itu memang perkara yang tak aneh kerana jam ditangannya baru menunjukkan pukul 6.00 pagi .

Setibanya di sekolah , dia segera pergi ke padang untuk melihat jika ada sesiapa yang sudah tiba. Padang masih kosong . Pyro hanya berseorang diri di sana.

Baginya, ini adalah peluang untuknya memanaskan badan . Dia mula berjoging mengelilingi padang dengan perlahan . Tubuhnya yang sedikit sejuk dihangatkan api yang dikeluarkan di tangan kanannya.

Dia mula mengorak langkah laju . Semakin lama dia berjoging , ia bertukar kepada larian .

"Keseorangan ke?"

Suara kecil itu kedengaran dari arah stor sukan . Pyro ternampak seorang perempuan duduk di hadapan pintu stor itu dengan tangannya yang bersinar sinar.

Pyro mendekatinya dengan perlahan . Semakin dekat , wajah perempuan itu semakin jelas . Gadis itu memandang ke arah Pyro dengan mata yang tajam.

Pyro berasa sedikit seram lalu berundur beberapa langkah ke belakang.

"Siapa kau?"

Beberapa kali soalan itu dilontarkan oleh Pyro . Namun gadis itu hanya menatap wajahnya sambil tersenyum sinis.

Gadis itu mula ketawa . Ketawanya berhenti lalu terus memandang Pyro semula.

"Kau kenal siapa aku"

Kata kata gadis itu membuatkan Pyro tertanya tanya . Pyro cuba untuk meneka sambil bibirnya masih terketar ketakutan.

"Err... kau Windy?"teka Pyro .

"Salah! Aku bagi kau dua peluang lagi",ugut gadis misteri itu .

"Jadi kau ... kau Aqua kah?", teka Pyro lagi.

"Wrong answer dude. Habislah kau kali ini ", kata gadis itu.

Gadis itu mula berdiri dan mengibas kibaskan bajunya yang sedikit berpasir.

Gadis itu membetulkan kedudukan kakinya dan mula mengumpulkan cahaya di tangannya.

Cahaya itu ditembak ke arah Pyro. Pyro sempat mengelak walaupun hampir terkena bahunya.

Pokok dibelakangnya yang menjadi mangsa tembakan . Batang pokok itu hangus bagaikan ditembak laser berkuasa tinggi.

"Kau jangan main main. Aku taknak cederakan kau ", ugut Pyro sambil menggigil.

Gadis itu hanya ketawa. Kali ini bebola cahaya dilemparkan pula ke arah Pyro . Pyro cuba mengelak bola yang dilemparkan secara bertalu talu itu .

Gadis itu mula berlari ke arahnya dan sekelip mata sahaja sudah ada dihadapannya . Pyro menggenggam kedua dua tangan gadis itu . Pyro memandang wajah gadis itu betul betul . Dia pun meneka buat kali terakhir.

"Shiny?"

__________________________________
to be continued....:)

ELEMENTOM ©️Where stories live. Discover now