Hapuskan Ohm dan Kevin!

418 45 15
                                    

"Hahaha. Kelakar pula aku tengok budak-budak ni. Korang ingat ni cerita kartun? Friendship Power huh? Mengarut,"perli Ohm dan mentertawakan mereka.

Gelak tawanya kedengaran sangat menyakitkan hati. Kata-katanya penuh dengan unsur ejekan yang menusuk kalbu.Betullah kata orang bahawa lidah itu lebih tajam daripada mata pedang. Eh ke situ pula.

Ohm memandang mereka sambil menjongketkan sebelah keningnya manakala kedua-dua tangannya pula disilangkan ke dada. Dagunya pula ditinggikan sedikit menunjukkan keangkuhannya ala-ala gaya ketua pengarah syarikat yang terkemuka.

Manakala Kevin yang berada di sebelah Ohm pula hanya mengangguk mempersetujui kata-katanya. Terbit senyuman sinis di bibirnya menyokong perbuatan Ohm.

Sedang mereka sibuk melontarkan perlian dan cacian, tiba-tiba satu bebola api terbang laju ke arah Ohm. Bebola api itu kelihatan persis seperti sebuah komet kecil. Ya, itu adalah daripada Pyro. Tidak syak lagi.

Tetapi Ohm hanya beriak biasa sambil tangannya masih disilangkan. Malah dia tersenyum kecil memerli tindakan Pyro.

Beberapa meter lagi sebelum api itu tepat membakar muka Ohm, tiba-tiba satu portal kecil terbuka di tengah-tengah yang mana menjadi pengantara kepada Ohm dan Pyro. Dan dalam satu detik, bebola api itu lesap ke dalam portal tanpa meninggalkan sebarang kesan.

Geo terkejut dan terkedu. Aqua dan Stelix juga begitu. D-dia sempat memunculkan portal walaupun bola api itu terbang dengan laju dan sudah sangat hampir dengan mereka? Tak adil!

Berhamburanlah tawa Ohm dan Kevin di khalayak mereka. Ohm leka ketawa sampai dia tertunduk-tunduk menekan perutnya.

"Hahaha. Serangan apa tu? Dah lah perlahan . Lepas tu bukannya kena pun hahaha,"tawa Ohm.

Pyro menjadi berang. Dia mengepul tangannya. Asap halus keluar dari celah-celah jarinya menandakan tangannya sudah mula memanas. Ianya memang benar jika nak dilihatkan pada tangannya yang sudah mula memerah menyala.

"Kesian budak ni. Jangan lebih-lebih. Nanti dia mengadu kat bapak dia pula. Hahaha". Kevin menyambung ejekan Ohm tadi dan Ohm ketawa terhibur.

"Haha. Tulah, aku takut nanti bapak dia bawa rotan. Aku tak suka kena rotan,"kata Ohm sambil sengaja membuat suara rengekan sedih.

"Hahaha"

"Bapak dia mungkin bawa rotan berapi hahaha"

"Hahahah "

"Hahaha. Bapak pun lembab macam anak eh?"

"Hahaha"

Gelak tawa dan ejekan mereka benar-benar menguji tahap kesabaran Pyro. Dan dalam sekelip mata, kedua-dua tangan Pyro mengeluarkan api yang marak.

Tetapi bukan itu sahaja, api di tangan Pyro semakin membesar dan menjalar ke seluruh badannya. Badan Pyro diselubungi api yang merah menyala.

"Cukup!,"jerit Pyro.

Ohm dan Kevin yang masih dengan sisa tawa mereka, serta-merta berhenti dan sedikit terkejut melihat penampilan baru Pyro.

"Kau boleh ejek aku. Kau boleh hina aku. Tapi kau sama sekali tak ada hak nak kata ayah aku lembab!"

Serentak itu, badan Pyro mula terapung sedikit demi sedikit sambil mata Pyro tidak berganjak merenung tajam ke arah Ohm dan Kevin.

"Tak guna!!"

Pyro menjerit lalu menembak bola-bola api yang sangat banyak bertaku-talu ke arah Ohm. Pyro menggunakan kesemua tenaga yang dia ada untuk melancarkan serangan.

Namun, sekali lagi Ohm menarik senyum sumbing. Dia mengangkat srbelah tangannya lalu dia menggenggam buku lima. Angin-angin mula berkumpul ke arah Ohm dan Kevin.

ELEMENTOM ©️Where stories live. Discover now