Selamatkan Aqua II

1.2K 151 3
                                    

"Ingat , pergerakan kita terhad. Banyak kawasan yang dipantau askar tu . Jadi kita kena bergerak bersama dan jangan berpecah", ucap Stelix.

Pyro mengangguk faham. Mereka mula bergerak ke luar sekolah dan menuju ke arah jambatan.

Kini Geo yang mengangkat Zack kerana Shiny telah keletihan. Namun Geo tidak mengeluh sedikit pun. Tunjuk macho lah tu.

Pergerakan mereka terhenti apabila ternampak 2 orang askar sedang berkawal di jambatan. Ada je askar ni dekat mana mana.

Namun mereka tetap meneruskan perjalanan walaupun mereka semakin mendekati askar itu. Seorang dari askar tersebut menyedari kumpulan pelajar berjalan ke arahnya.

"Hei budak. Serahkan diri", kata askar itu.

Geo hanya menghentakkan kaki diatas jalan tar. Kedua dua askar itu bingung dengan perlakuan Geo.

"Kau buat apa hah? ", tanya seorang lagi askar itu lalu datang ke arah mereka.

Glup!

Kedua dua askar itu jatuh ke dalam sungai. Jambatan itu tiba tiba sahaja berlubang di tempat askar itu berpijak.

Geo hanya tersenyum tenang kerana taktiknya berjaya.

Mereka meneruskan perjalanan ke rumah Aqua dengan bimbingan Pyro di hadapan.

"Biar aku check depan. Kalau ada apa apa masalah , aku bagitahu", ujar Dash lalu berlari sepantas kilat ke hadapan .

Mereka akur . Perjalanan tetap diteruskan walau apa pun halangan yang akan menimpa.

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
"Mak...ayah...Aqua takut"

Pintu rumahnya di ketuk kuat. Dia tahu itu semestinya askar yang ternampak dia tadi. Menyesal juga rasanya pergi ke tingkap ini.

Aqua masih duduk memeluk lutut sambil setitis demi setitis air matanya menitik.

Pintu rumahnya dirempuh lebih kuat. Skru pintu juga sudah semakin renggang dan hampir tercabut. Aqua segera berdiri. Dia terus berlari ke tandas.

Boom!

Akhirnya pintu itu tercabut. Askar pangkat sarjan itu ternampak Aqua yang sedang berlari ke tandas. Dia segera mengorak langkah mengejar Aqua di dalam rumah itu.

Tombol pintu tandas hampir di capainya . Cepat Aqua ! Kau boleh! . Dia memulas tombol pintu itu dan pintu terbuka. Sejurus sahaja dia hendak melangkah masuk, tangannya ditarik kasar.

"Kau nak pergi mana?! ", suara tegas itu dikeluarkan dari mulut askar itu sambil menarik ganas tangan Aqua.

Aqua mendesah kesakitan. Dia masih tidak melepaskan tangannya daripada tombol pintu. Nasiblah idea tiba tiba terlintas di fikirannya.

Dia melepaskan tombol itu yang membuatkan dirinya tertarik laju oleh askar tersebut. Sambil itu, dia mengawal air di dalam tandas dan menyimbah ke lantai.

Gedebuk!

Tergolek askar itu di lantai akibat licin. Dahlah lantai rumah itu seramik, ditambah dengan simbahan air pula . Kurang asam betul.

Aqua segera berlari keluar meninggalkan askar itu yang masih tersungkur. Aqua tidak tahu mahu ke mana lagi . Semua tempat bagaikan tidak selamat . Dia membuat keputusan untuk menyorok di batang pokok besar berdekatan dengan rumah Pyro.

Aqua memanjat pokok itu dan menundukkan kepalanya di dalam daun daun yang rimbun. Dia agak tempat itu agak selamat kerana kebanyakan askar telah bergerak ke tempat yang lain.

Tetapi dia masih dalam bahaya. Askar yang tersungkur tadi keluar dari rumah Aqua dan matanya meliar ke sana sini. Akhirnya dia ternampak Aqua di atas pokok. Tajam juga matanya. Banyak makan lobak mungkin.

Askar itu mendekati Aqua dan kini dia berada tepat di bawah Aqua yang ada di atas pokok.

Askar itu merenung Aqua yang ada di atas. Dia membuka kacamatanya perlahan lahan. Sinaran hijau mulai kelihatan dari bola matanya. Aqua masih tidak tahu unsur askar ini . Malah dia hanya memandang perlakuan askar itu.

Kacamata dibuka sepenuhnya. Sinaran hijau mulai terbentuk dan bersedia untuk menembak Aqua dengan sekali das.

"Nanti!!"

_______________________
to be continued... :)

ELEMENTOM ©️Where stories live. Discover now